Pages

Friday, June 17, 2011

sekadar luahan hati

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

strong??
im independent??

...

actually im not
...

im just accept what had be happen n will be happen as the best way from HIM. But im really hurt with that. 

Alhmdulillah kata2 DIA kembali memujuk hati.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah: 216)

>>means that, apa yang kita suka lakukan or inginkan ia berlaku tidak semestinya baik untuk kita n sebaliknya. Ya, ini kata-kata ALLAH. So aku tidak sepatutnya begini berterusan. Perkara yang belum berlaku itu tetap belum berlaku. just sediakan hati before the bad thing for me itu btul2 terjadi..

Kuatkan hati ini Ya ALLAH..

Sunday, June 5, 2011

Bicara hati

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Pelihara cintamu!

Soal kamu suka siapa, sayang siapa, siapa sayang kamu dan suka kamu, biarlah rahsia antara kamu dan dia. Bukan maksudnya, rahsia kamu bebas berhubungan dengan dia. Maksudnya adalah kamu dan dia ada hubungan atau perjanjian. Lebih baik, perhubungan dan perjanjian ini dikawal oleh keluarga. Alternatif paling bijak adalah bertunang. Kemudian, kamu hidup dengan cara kamu, begitu juga dengan dia. Sekiranya ada perkara penting yang memerlukan perbincangan, maka kamu dan dia boleh berbincang. Sekiranya tiada, maka cukuplah kamu mengetahui yang dia masih hidup, tidak sakit dan dia juga begitu.

Seandainya tiada izinNya untuk ke proses itu pada ketika itu, maka hiduplah tanpa sebarang hubungan dengannya. Kerana itu adalah yang terbaik buatmu. Cukuplah untuk kamu berusaha mengejar dan mendapat cintaNya. Kerana cinta dan kasihNya lah yang paling utama dalam hidupmu yang perlu kamu
utamakn pada ketika itu. 

Sukar menahan perasaan??..Ya tersangatlah sukar kerana kategori itulah yang disebut mujahadah. Dan mujahadah itu sememangnya bukan sesuatu perkara yang 
mudah kerana Syurga itu juga bukan tempat 
yang murah dan mudah untuk ditempati. Ia sesuai dengan pengorbanan kamu.
 Pengorbanan yang suci mengejar cintaNya.

Bukan Dia tak tahu sakit peritmu
Bukan Dia tak tahu perasaan hatimu
Bukan Dia tak tahu kelukaanmu
Bukan Dia mahu menghancurkan hatimu

Tapi Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu
Dialah yang menghantarkan perasaan itu pada kamu
Dia tak perlu asbab dan keizinan kamu untuk apa yang patut Dia lakukan
Dia Maha Mengetahui.
Miliknya apa yang ada dilangit dan bumi
termasuk juga kamu

Sememangnya
Dia mahu menguji hatimu
Dia mahu menjadikan kamu kuat dan tabah
Dia mahu menjaga hatimu
Dia mahu kamu bermujahadah dan mendapat cintaNya
Bukan kah itu yang kamu kejarkan selama ini??

Setiap dariNya adalah ujian yang boleh menjadi dua perkara:

1. Menghapuskan dosa-dosa mu yang lalu
2. Menguatkan dan menjadikan kamu seorang yang layak untuk syurganya

Tapi, itu seandainya kamu berjaya melepasinya tanpa membelakangkanNya iaitu mengambil kira pandangaNya

kalau tidak, dua perkara lainnya yang akan menemani kamu:

1. MurkaNya
2. NerakaNya

Nauzhubillahiminzalikh..Maka segeralah bertaubat andai hati terleka dan terlalai. Kerana ampunan dan rahmatNya mendahului kemurkaanNya. Dia Maha Pengampun akan dosa hamba-hambaNya.

Maka, sekarang adalah tugas kamu untuk membuktikan yang kamu adalah sebaik-baik makhlukNya.

FirmanNya:

You are the best of Peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah. If only the People of the Book had Faith, it were best for them: among them are some who have Faith,
but most of them are perverted transgressors.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia; kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (yakni kufur) serta kamu pula beriman kepada Allah dengan benar-benar iman; dan kalaulah ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasrani itu) beriman sebagaimana yang semestinya tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka.Tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.

(Ali-'Imran:110)

Matlamat tidak menghalalkan cara. Berhati-hatilah dengan perjalanan hidupmu!. 
"dia" sungguh ghairah berjuang untuk memesongkan hatimu. 

notahatiku : Membuat pilihan adalah diri kamu. Maka pastikanlah pilihan yang kamu itu adalah pilihan yang sebenar- benar benar dan berlandaskan padaNya fully..
notahatiku : Jawapan ada padaNya. Istikharah cinta.

Friday, June 3, 2011

Jaga hatimu!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Makin hampir kepada tamat pengajian, makin banyak perkara berlaku yang diluar dari jangkaan. Dan makin juga hati ini sakit kerana gagal mengawalnya dengan baik.

Dalam hati ada taman. Perkara yang paling besar untuk saya perlu usaha dan cuba tangani dengan baik. Menyalurkan pada jalan yang Allah redha. Kerana redha Allah yang paling utama. Tidak mungkin aku menghianati perasaan suci yang Allah anugerahkan. Tidak mungkin juga hati ini sanggup membawamu kesana dengan ditemani kemurkaanNya. 

Aku tahu tersangatlah sukar untuk kita saat ini. Bermujahadah. Tapi itulah yang terbaik. Kerana mujahadah itu adalah nikmat. Berjihad itu adalah kebahagiaan yang dicari.

Aku sangat kesah pada pandagan Allah. Aku sangat takut pada kemurkaanNya. Di setiap kali guruh berbunyi. Hati aku akan tersentak kerana memikirkan Allah sedang memarahiku. Dan yang paling aku takut andai kemarahanNya adalah berupa kemurkaanNya dan Dia tidak mahu lagi memandangku dengan rahmatNya. Aku takut itu. 

Aku akan cuba menyalurkan perasaan ini kearah yang Allah redha. Andai memang tiada ruang untuk kita. Aku terima kerana Allah pasti lebih menjanjikan yang terbaik untuk kita kelak. Kuyakini setiap ketentuanNya.

Aku akan bertekad dengan keputusanku walaupun perit. Aku akan terima apa sahaja ketentuan dariNya nanti. Walaubagaimanapun, aku akan tetap mendoakan kebahagiaan kamu yang juga merupakan sahabat seperjuanganku. 

"Lets have fight together as fisabilillah"

Thursday, June 2, 2011

DIA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hati yang benar-benar cintakan ALLAH pasti akan merasa ketenangan yang tidak akan 
dirasai oleh manusia lainnya

Rasullulah SAW pernah bersabda yang bermaksud “Awal-awal agama adalah mengenal ALLAH”. Ini menunjukkan pentingnya mengenal ALLAH sebagai Tuhan, sehingga yang pertama mesti dikenalkan kepada manusia adalah ALLAH.

Mengajak manusia untuk mengenal ALLAH tidak sama dengan mengajak untuk percaya kepada ALLAH. Hari ini pun jika kita tanya setiap orang tentang adanya Tuhan pasti percaya akan adanya Tuhan. Tetapi dalam kenyataannya seolah-olah Tuhan sudah tidak ada dalam kehidupannya. Pada perasaan terkesan ada atau tidaknya Tuhan sama saja. Manusia sudah tidak mengkaitkan setiap kejadian dengan ALLAH, hanya dikaitkan dengan sebab-sebab lahirnya saja. Banjir, gempa tsunami, angin puyuh dan bencana alam lain dianggap sebagai bencana alam biasa, tidak dikaitkan oleh peringatan dan hukuman ALLAH bagi hamba-hambaNya yang sudah lalai denganNya.
Bila orang telah mengenal ALLAH barulah jiwanya hidup. ALLAH Maha Berkuasa, Menghidupkan dan Mematikan, Maha Mendengar dan Melihat, Penjaga dan Pelindung, yang mewujudkan apa saja di dunia ataupun di akhirat. Tidak ada sebutir debu pun yang wujud tanpa sepengetahuan ALLAH. ALLAH-lah yang menciptaan langit dan bumi seisinya, yang menciptakan manusia, haiwan, tumbuhan dan lainnya.

Tidak takut dan cintakah kita dengan ALLAH? Padahal baru beberapa sifat saja yang kita lihat.Jika orang telah merasakan nikmat yang diberikan ALLAH dan kehebatanNya, barulah timbul rasa cinta dan takut kepada ALLAH. Jika melakukan perbuatan, meskipun kecil, dia akan bertanya-tanya dalam hatinya apakah ALLAH suka atau tidak dengan perbuatanku ini. Inilah obat yang paling mujarab, obat utama untuk manusia terhadap penyakit-penyakitnya di dunia ini.

Bila rasa cinta kepada ALLAH telah timbul dan tertanam dalam hati seorang manusia, maka dia akan menyayangi seluruh milik ALLAH, baik itu manusia,tumbuhan, haiwan, dan seluruh makhluk serta isi bumi baik yang terlihat mata ataupun tidak. Bila manusia telah takut dengan ALLAH maka manusia tidak akan melakukan hal-hal yang negatif, sehingga sebenarnya tidak lagi diperlukan suatu undang-undang atau peraturan untuk mengatur manusia yang dibuat manusia sendiri, karena pada hakekatnya manusia tidak berani melakukan hal-hal negatif dan akan berkasing sayang dengan setiap apapun ciptaan ALLAH jika manusia telah cinta dan takutkan ALLAH, Tuhan semesta alam.

Kalau begitu dunia hari ini perlu kembali mempromosikan ALLAH. Setiap manusia perlu 
memperjuangkan ALLAH, agar orang kenal ALLAH. Sehingga akan timbul kehidupan manusia yang damai dan sejahtera sesuai fitrah manusia. Pada kenyataannya pada hari ini sebagian umat Islam jika akan memperjuangkan Islam, diperjuangkannya dulu syariatnya. Bukan memperjuangkan ALLAH dulu supaya kenal dengan ALLAH. Padahal yang mempunyai syariat adalah ALLAH, dan sepatutnya diperkenalkan dan diperjuangkan terebih dulu. Rasullulah SAW berjuang selama 13 tahun untuk menanamkan iman dan tauhid. ALLAH diperkenalkan dulu, sehingga mereka kenal ALLAH dan timbul rasa cinta dan takut dengan ALLAH. Bila mengenalkan syariat dulu orang akan menerima Islam tidak dengan suka rela tetapi denga terpaksa, sebab telah diikat oleh ini halal, ini haram dan sebagainya.

Misal saja anak disuruh begitu saja untuk menyiram bunga, tidak diceritakan dulu bahwa bunga ini milik ibunya yang melahirkannya, mengasihinya memeliharanya dari kecil. Anak itu akan melakukan dengan terpaksa. Tetapi bila telah tahu bahwa bunga itu milik ibunya yang telah merawatnya tentulah di akan merasa sangat nikmat untuk berkhidmat kepada ibunya, dan rela melakukan apa saja demi ibunya.

Begitu juga dengan ALLAH sebelum dikenalkan kepada syariatnya maka semestinya dikenalkan dulu dengan yang empunya syariat. Bukan hanya sekedar hafal, tahu sifat-sifatnya tapi mengenal ALLAH dengan hati sehingga di hayati. Maka akan timbul rasa cinta dan takut dan ingin berkhidmat. Beribadah kepada ALLAH melalui berbagai ibadah dan berkhidmat kepada masyarakat akan terasa indah dan nikmat, sebab atas dasar cinta dan takut dengan ALLAH.

Mengenal ALLAH sebagai Tuhan, itulah rahmat paling besar. Itulah ubat bagi penyakit-penyakit manusia di dunia ini.

p/s : Mesti agak pelik dengan aktiviti mencopy paste artikle org lain ni kan. Actually nak buat khazanah atau tatapan pada hari-hari seterusnya.Nak harap buat sendiri tunggang terbaliklah jawabya dek kerana kesukaran mengconvert kata-kata kedalam bentuk tulisan. Lagipun Ilmu dalam bidang agama ni masih setahun jagung. 

p/s : Eh kamu! i got my way to improve my self. So, please find your way too. 

Wednesday, June 1, 2011

Noted must always remember!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1. Akan berusaha berubah tuk jadi yang lebih baik. In case, tinkatkan iman and siapkan diri.                                      
    (Hal-hal yang perlu banyak diperbaiki dan dijaga)

2. Never lost contact but rasanya akan ada masa-masanya baik untuk lost contact before that waiting time.
    For this sentence, please keep safety the promised n try not broke it.

3. Maximum - 3 years

This is my decision and i will take care about it.InsyaALLAH

Indahnya solat subuh

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh. 

**Petikan from halaqah.net..

p/s : Untuk kamu!. Lets have fight together..