Pages

Saturday, December 24, 2011

saYang iTu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sayang itu
Kalimah yang memberi makna yang dalam
sesiapa sahaja, kamu atau mereka, dan juga saya
pernah atau sedang memiliki perasaan itu
Sungguh lain rasa itu bukan??

Sayang itu
Boleh membawa kepada kebaikan
Juga boleh beri kemudaratan pada diri.
Andai sayang kepada alam ciptaan Dia yang maha kuasa...
Alhamdulillah
Andai sayang dalam ikatan kekeluargaan
Alhamdulillah
Andai sayang sesama sahabat
Alhamdulillah

 Andai kasih sayang yang kamu pelihara itu mendekatkn diri kamu pada DIA
Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah

Andai sayang itu sayang yang berpada-pada dan tidak melebihi sayang padaNya
Alhamdulillah. Dan berapa beruntung mereka yang tahu menyalurkan sayang itu pada yang patut.

Seseorang hamba itu hanya akan memperoleh kasih sayang Allah apabila dia mengasihi makhluk-Nya.
Jika ada dua sahabat berkasih sayang antara satu sama lain, maka yang lebih disayangi Allah antara kedua-duanya ialah yang paling kasih kepada sahabatnya.

Manusia yang memiliki sifat kasih sayang yang paling tinggi dan agung ialah Rasulullah saw.

Baginda sangat mengasihi umatnya hingga perasaan kasihnya yang amat mendalam itu dirakamkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman." (Surah at-Taubah, ayat 128)

Kasih sayang sesama insan yang berpada-pada pada jalan yang ALLAH redha akan membuahkan sikap bertolak ansur, hormat menghormati serta sedia berkorban demi kebahagiaan insan tersayang.
 
Tapi..
How about sayang pada si "dia" yang tidak halal
hurmm...this is complicated matter
Nama juga soal hati, memang sukar untuk ditafsirkan dengan kata2.
Nak cakap dalam2 pon, saya bukan org yang layak.

Apa-apa pun
sayang jenis ini more pada negative effect
Kalau ianya hanya dalam hati, istigfar banyak2 moga hati dipelihara dari menzalimi diri sendiri
Tapi kalau ia telah terungkap dengan kata2 dan perbuatan, sangat2 perlu berjaga-jaga.
DAN CARI PENAWARNYA secepat yang boleh.

one More 
sayang sesama sahabat juga tak boleh dipandang enteng ye.
sayang jenis ini juga boleh mendatangkan kemudharatan
dan pastinya ada diantara kita mungkin pernah alaminya.
Moga sayang jenis ini membenarkan kita melakukan kebaikan pada manusia lainnya.
Tidak bertindak untuk merahsiakan atau bertindak ingin memiliki
kerana sikap seperti bersembunyi itu akan melukakan hatinya.
Dia pasti ingin menyayangi n menegurmu secara terang2
Tanpa takut2 pada org lainnya.
Awak faham tak apa yang saya maksudkan?
huhuhuhu

Ringkasnya apa yang harus kita ketahui. Rasa ini sangat boleh dimanipulasikan oleh makhluk "syaitan" itu dalam pelbagai keadaan. Harus berhati-hati. Jangan melanggar batas2 yang ALLAH berikan. (kamu disana yang sememangnya sedang test power iman saya, cukuplah. Jangan kutuk kekuatan iman yang saya ada. saya juga manusia yang sering lemah dan tewas dengan nafsu. )

Satu berita baik buat kita : Rasa ini juga merupakan salah satu ujian dariNya. Bila dah sebut pasal ujian, tentu sahaja ia salah satu wasilah untuk menaikkan  martabat kita dihadapanNya. So dont frust sgt2 bila gagal memeliharanya pada satu2 ketika. sebab ia tidak membawa makna gagal sekali akan gagal selamanya. Allah akan mengujimu sampai kamu mampu menanganinya. So please think positive with Him and keep the best effort you have to win this test. Allah always with you!

Sayang saya pada awak kerana sayang saya pada pemilik agama ini.

Wednesday, December 14, 2011

kerana silapku!!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Siapa sangka 5 bulan yang baru aku lalui telah berjaya menumpahkan "berbillion" titis airmata untuk bukan pada yang hak.

Siapa sangka hati ini telah berkali kali terasa seperti ditusuk dgn benda yang tajam dan ia amat menyakitkan.

Siapa sangka lemahnya aku dengan hal seremeh ini.

Siapa sangka??

Dan akhirnya aku tersungkur sujud menyembah ALLAH memohon keampunan dan menagih secebis kekuatan atas ketidakupayaan menjaga hati tanpa belas kasih dariNya.

SEMUA ADALAH SILAPKU!!

ALLAH MENCINTAI KITA DENGAN NIKMAT

DAN DENGAN SOMBONG DAN TAK TAHU MALU

KITA MEMBALASNYA DENGAN MAKSIAT!!

ALLAH!!    T_T

Friday, December 9, 2011

Bukit jambul ku tawan!!!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Segala puji dan kesyukuran pada ALLAH atas segala nikmat dan rahmatNya  yang tidak pernah putus untuk membantu hamba2Nya melalui tiap detik dalam kehidupan. Yelah, Ibubapa mana yang tidak sayangkan anak. Inikan pula DIA yang lagi menciptakan semua makhluk di dunia ini. Tentu saja kasih sayangNya akan mendahului murkaNya. Cuma hambaNya sahaja yang sering melupakan asal usul kehadiran diri. Sombong dan bongkak dengan nikmat kesenangan dunia yang Allah HANYA pinjamkan. Terus menerus melakukan dosa dan maksiat meskipun janji dan amaran Dia semakin tiba. Aku akur akan kedhaifan ku. Dan ak juga akur dengan tiap kegagalanku dalam jalan2 yang kulalui. Hanya kepadaNya kuserahkan diri memohon keampunanNya.

Seketika sharing masa bersama Dr Zubir.

Alhamdulillah Allah izin untuk mendengar perkongsian bersama Dr Zubir (Pensyarah fizik USM)" sebelum hari pendakian ke bukit jambul yang bertajuk "Islam pilihan kita dan kesannya terhadap diri". Tajuk ini sangat familiar pada zaman ini. Mana taknya, kebannyakan antara kita memilih islam tetapi tiada kesan pada diri untuk tiap syariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Melanggarnya seperti tidak takut akan hukuman yang bakal dihadapi. kalau takat hukuman manusia, nak lari pon boleh. Tapi kalau dah kata hukuman dari DIA, lari pelusuk mana pon Dia tetap melihat.

Manusia yang beruntung adalah mereka yang terserlah keislamannya dan bersemangat tinggi memperjuangkan salah satunya agama yang benar yakni ISLAM. Mereka adalah golongan yang sentiasa sibuk dengan beramal kepada ALLAH dalam pelbagai bentuk. Masa yang ada sepenuhnya untuk mempertingakatkan hubungan dia dengan Dia. Kejanggalan dan ketidakselesaan dalam diri mereka bila masa kelapangan mengisi hari2 mereka. Mereka sukakan kesibukan berjihad dijalan Allah dari masa lapang yang banyak yang berlalu tanpa mendatangkan kebaikan pada diri.

Firman Allah maksudnya:

Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan.19

Dan adapun orang-orang yang fasik (kafir), maka tempat mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya, mereka dikembalikan (lagi) ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka: `Rasakanlah siksa neraka yang dahulu kamu mendustakannya.20

As-Sajdah :19-20

Bukan mudah untuk mendapatkan islam dengan penyerahan sepenuhnya padaNya. Sememangnya hidayah atau petunjuk itu adalah milkNya. Dan Dia akan berikan pada sesiapa yang Dia kehendaki. Tetapi ketahuilah juga satu perkara, Kalau kita nak pada Islam dan petunjuk, bergantung pada usaha kita juga. Ibaratnya kejayaan tidak akan datang bergolek andai kita tidak berusaha untuk mendapatkannya.

Firman Allah swt maksudnya:

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”

Ar-Ra’du:11
Ringkasnya, kita perlu bermula dengan paksaan iaitu paksa hati kita untuk melakukan ketaatan pada Dia sedikit demi sedikit. InsyaALLAH Maha Pengasihnya Dia pasti akan menunjukkan jalan kebenaran dan kelapangan hati pada kita untuk mentaati perintahNya.

Selangkah kita melangkah menujuNya, berlari Dia untuk mendapatkan kita. Betapa kuatnya kasih pencipta terhadap hambaNya. Adakah nasih tidak menyedarinya??

Pendakian bermula

Alhamdulillah, keesokan hari selepas halaqah bersama sahabat iaitu pd pukul 9 pagi, pendakian bermula hinggalah Pukul 11.30 pagi kami bertolak balik. Pendakian yang mengambil masa dalam 2 jam setengah memberi makna yang amat besar pada diri. Melihat kehijauan dan kesuburan tumbuhan hijau, merasai nikmat menghirup udara segar, Melihat ketabahan lelaki dan perempuan tua mendaki, melihat indahnya ciptaan tuhan dan betapa kerdil dan lemahnya aku tanpa sumber kakuatan dariNya. Akulah insan yang bergelar HAMBA Allah.

Kami bertiga (saya, kak zah dan kak emilia) meneruskan pendakian walau kelihatan ada antara kami keletihan yang amat yakni saya. huhu. Untuk mencapai matlamat sememangnya bukan mudah. Banyak halangan yang perlu dilalui. Tapi bukanlah banyaknya halangan itu akan membantutkan perjalanan tapi kayakinan yang mutlak padaNya mestilah 100%. Matlamat kita semua adalah sama yakni syurga ALLAH. Dalam perjalanan untuk memilikinya jangan kamu ingat ia akan diiringi dengan kesenangan dan kemudahan semata. Pastinya kesukaran, kesakitan, keperitan akan menemani hidupmu. Kerana hakikatnya syurga itu indah dan hanya mereka yang sabar dan tabah dalam manghadapi ujian kehidupan sahaja yang layak. Andai kamu mengatakan kamu ingin menjadi penghuninya, tunjuklah kesungguhan dan kebolehan kamu padaNya. Jangan hanya tahu mengatakan tapi tidak mengikuti perintahNya.

Dan akhirnya bukit jambul ini dapat kami tawan. Tapi bagaimana pula dengan syurga ALLAH??. Adakah aku layak untuk memilikinya. Sejujurnya ak memang tidak layak dan jauh sekali untuk ganjaran yang sangat besar itu. Tapi tidak pula aku sanggup untuk menghadapi seksa api neraka ALLAH. nauzhubillahiminzhalikh. Sesungguhnya kesakitan berada didalamnya tidak akan ada sesiapa yang mampu untuk tanggung.

wallahua'lam.

p/s: Terima kasih yang amat pada semua sahabat2 yang terus mendoakan sy sama ada yang dekat juga yang jauh. Terima kasih juga pada wani yang sudi mengisi masa lapang yang ada bersama sama untuk memperbaiki diri. Program, usrah dan sembang2 bersama kamu semua yang sering tak lupa untuk saling mengingatkan diri padaNya membuatkan diri ini terharu.

Saturday, November 19, 2011

Ilmu bermanfaat, kejayaan bersama

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Inilah kata ucapan tanda keyukuran kehadrat ilahi akan tiap nikmat dan kasih sayangNya yang mencurah curah untuk tiap hambaNya.

Hari ini berkesempatan duduk di dalam majlis ilmu bersama insan yang sememangnya telah menambat hati ini untuk terus berada di jalan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Sangat menghormatinya dan berhajat mengikut jejak langkahnya. 

Sedikit mengenai penyampai

Dr Abdullah Sudin merupakan presiden Haluan. Juga merangkap Ketua Eksekutif di kolej Teknologi Darulnaim iaitu tempat yang telah banyak menyedarkan saya tentang matlamat hidup seorang hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Kenangan berjihad di kolej ini akan terus mekar dalam ingatan saya. InsyaAllah.

Pembuka kata beliau saja sudah memberi hentaman pada hati. Nampak sangat hati ini telah lama lalai dan leka. Astagfirullahala'zim. Peringatan beliau bahawa apabila sampai 40 hari atau lebih kita tidak duduk dalam majlis ilmu yang membolehkan kita mengingati Dia maka hati akan menjadi keras. Kesannya, kita akan tanpa takut dan malu akan berani melakukan dosa besar padaNya. Sangat tersentak hati ini bila mengenangkan dah lebih 4 bulan berada di perantauan ni tapi hanya 2 kali menghadiri majlis ilmu. Muhasabah diri. T_T

Perkongsia beliau

Antara 7 golongan yang akan merasa nikmat syurga itu:

1. Mereka yang bertaubat dari melakukan dosa. 
2. Mereka yang sentiasa bersedekah.
3. Melaksanakan solat Dhuha.
4. Mereka yang apabila diuji kehilangan harta tidak menggugat keimanan mereka.
5. Mereka yang menangis kerana takutkan Allah.
6. Mereka yang suka mendekati ulamak.
7. Pemimpin yang adil.

4 amalan yang mesti dilaksanakan selepas terbit matahari (pesan imam al-Ghazali):

1. Tambah ilmu pengetahuan. Sentiasa memperbaharui dan menambah ilmu yang telah sedia ada. 
2. Ibadat. Melakukan ibadat tambahan seperti membaca Al-Quran, solat sunat dan lainnya. Ini kerana hati
    sering digugat dengan perkara yang melalaikan dan merosakkan hati. Dengan membaca Al-quran,
    insyaAllah akan membersihkan hati kita kembali. Ibarat memberi makanan pada hati yang kelaparan la.
3. Beramal. Beramal ini bermaksud kita membuat kebaikan pada org lain. "Hidup buli tupe" gitu. Tiada lah
    makna hidup seseorang itu bila orang lain tidak dapat memberi manfaat untuk org sekelilingnya. 
4. Mencari rezeki. Bekerja adalah satu aktiviti yang wajib dan perlu dilakukan oleh sesiapapun yang
    ada kemampuan. Rezeki itu perlu dicari. Ia tak kn datang bergolek pada kita. 

Tambahan pesan imam Al- Ghazali:

1. Sentiasalah berdoa kerana ia adalah senjata utama umat islam. 
2. Bacalah Al-Quran tiap harimu.
3. Berzikir.
4. Sentiasa dalam keadaan berfikir. Cari jalan bagaimana untuk kita nak hidup dalam jalan takwa. Fikirkan 
    bagaimana harus kita sentiasa berpijak pada jalan yang benar. Akal yang kosong akan menyebabkan 
    kita akan lalai dengan memikirkan perkara yang merosakkan hati. Harus sentiasa berwaspada!!

Istimewanya menjadi manusia sehinggakan makhluk lain cemburu keatas penciptaan kita. Ilmu telah membezakan kita dengan makhluk ciptaan ALLAH yang lain. Subhanallah. Betapa kasih dan sayangnya Allah pada kita.

Antara aktiviti yang membuatkan malaikat jibril cemburu dan ingin menjadi manusia:

1. Sembahyang 5 waktu yang dilakukan secara berjemaah.
2. Duduk bersama ulama'.
3. Menziarahi orang sakit.
4. Memuliakan jiran dan anak yatim.
5. Mengiringi jenazah ke perkuburan.

Secara keseluruhan penyampaian ini adalah memberitahu kita akan mulianya menjadi manusia dengan ilmu yang menjadi kelebihan bagi kita dari makhluk2 ciptaan Allah yang lain. Jadi adakah mungkin kita berhenti meneroka ilmu Allah yang tersangat luas ini sedangkan dengan ilmu lah yang akan mengangkat darjat kita dihadapan Allah s.w.t. Ilmu yeng betul-betul bermanfaat pada kita adalah bila ilmu itu mampu melahirkan rasa takut pada diri kita untuk melakukan kemungkaran di atas muka bumi ini. Apa saja jenis ilmu akan menunjukkan pada kehebatan Allah S.W.T. Maka adakah mungkin saya akan terus hidup dalam jiwa kosong begini. Oh tidak!! 

p/s: Kejayaan seseorang itu adalah dilihat dalam kumpulan. Iaitu bila ia mampu memberi manfaat pada
      lainnya. Makna  kata lain, ia diukur bila kita mampu melksanakan tugas dakwah dan tarbiyah dengan 
      istiqomah dan jayanya. insyaALLAH.
p/s: Sebarang kesilapan,kekurangan dan tokok tambah amat dikesali. Moga bermanfaat

Monday, November 14, 2011

hati oh hati!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ya ALLAH mungkinkah jodohku dengannya?
Mungkikah dia yang akan menemani perjalanan hidupku?
Mungkinkah dia yang akan membimbingku ke jalanMu?
Mungkinkah dia yang akan bersama sama ku mengejar cintaMu?
Mungkinkan dia yang halal tuk ku kasihi dan cintai?
Mungkinkan dia yang aku nantikan selama ini..??

Semuanya adalah mungkin, tapi tak pasti.

Ya ALLAH,

Saat rindu padanya menapak dihati
Saat bayang wajahnya bermain difikiran
Saat telatah dan karenahnya mengusik hati
Saat cinta dan kasih seakan berlabuh untuknya
Saat dia yang kuharapkan menemani di sisa hidupku
Saat dia yang ku nantikan untuk berjuang bersama sama ku mengentalkan hati dengan agamaMU,

Pelihara dan bimbinglah hati ini ya ALLAH
Jangan kiranya perkara ini menjauhkan hamba denganMu
Jangan hati ini mengabaikan dan melanggar syariatMu
Jangan hati ini melanggar batas-batas yang telah Kau berikan
Jangan hati ini hilang arah tuju kepadaMu
Jangan hati ini hilang pedoman hidup sebagai hambaMu yang berjuang menegakkan agamaMu di muka bumi ini
Pelihara lah hati kami dan kuatkanlah hatinya berdepan dengan sebarang bentuk ujian dari Mu.
Ampunkanlah segala dosa2 kami dan bimbinglah hati kami kearah yang Kau redhai..amin

Aku merinduinya? Aku menyanginya? Aku mencintainya?. Ya, ya dan Ya.
Tapi adakah dia halal untuk ku?. Tidak
Astagfirullahala'zim. Sungguh mujahadah ini sangat sukar. 
Berbisik hati mengharapkan dialah jodohku yang telah tertulis di lauh mahfuz. dan hati berbisik lagi, aku akan menunggunya.

Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu. Jadikan kami hamba yang bersyukur dan berlapang dada dengan tiap ketentuanMu untuk kami. 

p/s: Mendidik hati dalam kesakitan juga terselit kebahagiaan yang tidak dapat di ungkap dengan kata-kata.

Saturday, November 12, 2011

Berlapang dadalah dengan ujian yang datang.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah..Warna warni terus mengiringi langkah dan menyinari hidup. Moga ALLAH terus menjaga hati ini.

Anda ada helmet?? Tentu saja yang memiliki kenderaan bermotor ini mempunyai helmet at least satu untuk diri dia.Dan saya yang tidak memiliki sebarang kenderaan bermotor, Allah izin memegang amanah menjaga sebuah helmet. pelik kn?.Actually helmet itu kepunyaan seorang sahabat yang meminjamkan untuk keselamatan bila nk gi merempit dgn dia kelak..hehe..

Tapi apa yang saya nak kongsikan ni bukanlah berkenaan helmet saya. Tapi helmet seorang sahibah. sahabat saya. Alkisah sahabat saya keluar untuk memenuhi sesuatu kehendak dan Allah izin helmet dia kena curi ketika sedang parking kat depan KFC. Yang memelikkan motor sahibah itu sangat secure. Mana taknya,siap bubuh alarm lg. pegang sikit jepasti benda yang suka buat bising tu beraksi. kuat kot bunyi nye. Tambah lagi park kat tempat ramai orang lalu lalang. Tapi ALLAH izin alarm itu tak bunyi dan helmet
itu hilang dgn tali2 nye sekali. Camna ek org tu bleh ambil dalam keadaan tali helmet dipasang kat bawah tempat duduk.

Tak tercapai akal saya memikirkan bagaimana cerdik insan itu melakukannya tanpa dikesan. Insan itu memang cerdik, kreatif dan berani.Berkenaan dengan kisah ini, suka saya berkongsi dengan sahabat semua apa yang patut kita lakukan bila berada di situasi ini? Marah?..Sedih?..Maki insan tu? Menyumpah itu ini dengan dia?..ataukah kita berada di tahap terus mengingatiNya dan terima dengan ketentuanNya.Apa-apapun tingkah kita pada ketika itu,ia bersangkut paut dengan iman kita. Kita boleh check apakah tahap kekuatan iman kita melalui situasi itu. Kerana itu juga merupakan ujian dariNya.

Jika itu adalah barang kesayangan kita, sanggupkah kita memberinya pada orang lain kerana ALLAH?
Jika itu adalah barang berharga , sanggupkan membiarkan ia menjadi kepunyaan orang lain kerana ALLAH?.Sanggup kita berkorban apa sahaja didunia ini untuk mendapatkan redhaNya??
Teringat akan kisah nabi ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya sendiri kerana menjalankan perinta ALLAH. sebesar pengorbanan yang tidak mampu akal untuk melakukannya. Sedangkan barang kesayangan sahaja sudah berat. Sedangkan harta benda saahaja sudah nak berkira. Ini kan pula pengorbanan yang berbentuk nyawa. Sugguh ujian itu akan datang mengikut kemampuan seseorang.

Jom kita sama2 fikirkan. Apa yang menjadi milik atau hak kita yang mutlak didunia ni?? Ada or tak ada?
Sudah tentu tak ada. Semua yang ada dimuka bumi ini hanya pinjaman untuk kita. Allah hanya meminjamkan. Even kita ini juga adalah milikNya. Jadi adakah apabila ALLAH uji kita dengan menarik sedikit demi sedikit nikmatNya ini, kita terus melatah yang bukan2. Bila ALLAH memberikan nikmat yang sememangnya cukup banyak dan hanya sedikit yang Dia tarik, kita terus mengatakan itu dan ini padaNya. Astagfirullahala'zim. Tidak kah kita harus lebih bersyukur kerana ALLAH masing memelihara kita dengan terus memberi ujian
pada kita untuk terus mengingatkan kita dan beri pelajaran pada kita. Bimbangnya ALLAH kerana takut kita terleka dan lemah,maka hadirlahujian-ujian dariNya.

Tapi perlukah kita risau dengan ujian2 itu?.Tidak perlu. Yang perlu kita lakukan adalah sediakan hati kita untuk tabah melaluinya dengan bersumberkan kekuatan dariNya. Kerana janji ALLAH akan tetap bersama dengan hamba2Nya yang ingin mendekatkan diri padaNya dan juga janjiNya memberikan ujian mengikut kemampuan hamba2Nya. Dia maha mengetahui segala2galanya. Jadi apa yang kita risaukan.Apa yang kita nak pertikaikan dengan benda yang sememangnya bukan milik kita. Kita sememanya kena berusaha menjaga tapi bila jadi juga perkara yang tidak diingini maka ada sesuatu yang ALLAH nak didik pada hati-hati kita. Jika kita pandang pada sudut positif pasti kita nampak akan kebaikan dibaliknya.

Andai dah kehilangannya, usaha lah mencari tapi andai tidak ketemu redhalah kerana ALLAH pasti akan menggantikan dengan benda atau perkara yang lebih baik lagi.

Terus mencari keredhaanNya dan mengejar cintaNya.

wallahualam

p/s: menulis sekadar muhasabah diri.

Thursday, October 6, 2011

................

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Kamu kata kamu serabut dengan aku.
Kamu kata aku suka besar-besarkan hal yang kecil.
Kamu kata aku sangat cuai.
Kamu kata  aku kalut sangat..
dan banyak lagi yang kamu kata tentang aku

Pengakuan dari ku

Ya aku memang selalu tanpa sengaja buat orang serabut.
Aku selalu fikir teruk walaupun hal kecil sahaja.
Aku memang cuai dan lalai dan
Aku selalu kalut.

TAPI AKU TIDAK SENGAJA MAHU BEGITU

Kamu tau..
Tiap kali perkara tu terjadi dengan aku dan org tegur tentang kelemahan aku, betapa malu dan kecewanya aku dengan diri sendiri.
Dan berhasrat ianya tak berulang lagi. Seperti kes aku tertinggal kunci kat locker.

Dah berapa kali orang yang sama tegur.

Dan aku terima dengan senyuman dan menerima setiap nasihat ketika itu. Tapi hati aku sangat terluka dengan sikap sendiri. Aku malu sangat bila teringat
tentang kata2 kamu ketika menegur sikapku. Dan ak benci dengan diriku.

Kamu tau, Aku berusaha untuk tidak begitu.
Tapi mungkin usaha aku tiodak cukup lagi untuk mengubah sikap aku.

Dan kali ini bila kamu terus mengataku kerana sikap lemahku itu, butiran mutiara terus mengalir.
Aku hilang keyakinan.
Kamu yang aku anggap mengetahui jalan yang aku pilih terus mengataku, semangatku jatuh..

Kamu tau yang aku sedar akan kelemahanku yang tu.
Dan aku terus cuba perbaiki.

Dan pada kamu,
aku tahu niat kamu baik
Tapi aku semakin lemah mengahadap dengan diri sendiri
cukuplah mengataku bila perkara tu berulang lagi.
Aku letih untuk terus memujuk hati.

Aku tak boleh dengan cara itu....

katakan yang sebaiknya

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  • Apabila kita melihat budak kecil, katakanlah ; Budak kecil ini tidak pernah melakukan maksiat kepada Allah, sedangkan aku melakukan maksiat kepada-Nya. Tidak syak lagi bahawa dia lebih mulia daripadaku.

  • Apabila kita melihat orang tua, katakanlah; Dia ini lebih banyak dan lebih awal beribadah kepada Allah sebelum aku, tidak syak lagi bahawa dia lebih mulia daripadaku.

  • Apabila kita melihat orang yang alim, katakanlah ; Dia telah diberikan ilmu yang tiada padaku, dan telah menyampaikan yang tidak aku sampaikan dan mengajarkan apa yang aku jahil tentangnya, maka bagaimana aku akan sama sepertinya?

  • Apabila kita melihat orang yang jahil, katakanlah; Orang ini melakukan maksiat kepada Allah lantaran kejahilannya, sedangkan aku melakukan maksiat sedangkan aku mengetahuinya,maka akulah yang lebih teruk lagi. Aku tidak mengetahui bagaimana kesudahan hidupku dan kesudahan hidupnya.

  • Apabila kita melihat orang kafir,katakanlah; mungkin dia selamat di akhir hayatnya dengan amalannya yang baik, matinya dengan Islam yang mengeluarkan dosa-dosanya laksana bulu yang keluar dari tepung. Sedangkan aku, Nauzubillah.. aku takut sekiranya aku disesatkan Allah dan mati dalam kekafiran, dan akhir hayatku dengan amal yang buruk. Siapa tahu pada esok hari dia menjadi orang yang hampir kepada Allah sedangkan aku menjadi orang yang jauh daripada-Nya.

  • Risaukanlah tentang keadaan diri pada masa-masa akan datang. Jangan pernah puas hati dengan keadaan hati yang kita anggap stabil pada ketika ini. Kerana ia boleh berubah bila-bila sahaja. Bertambah baik atau tidak,wallahu'alam. Tapi biarlah kita berada dikalangan mereka yang berusaha dan terus berusaha mendidik hati untuk terus mengejar redha ALLAH. Mati dalam keadaan ALLAH yang utama dihati. InsyaALLAH..

    Wednesday, September 28, 2011

    Mujahadahku!

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya akan hinalah diriku dihadapanMU dan mereka andai hidupku tanpa rahmat dan kasih sayangMU. Akan hanyut dan tumbanglah aku jika tidak berpegang pada tali-tali Mu. Jadikalah hambamu ini sentiasa mensyukuri segala bentuk nikmat dan redha akan takdir yang kau tentukan untukku. Sesungguhnya tiap apa yang Kau tetapkan adalah yang terbaik untuk tiap hambamu. Dan sesungguhnya Engkau Maha mengetahui segala sesuatu.

    Ya ALLAH, Engkau mengetahui dibalik hati2 kecil kami ini sangat menyayangi dan mengasihiMu.
    Ya ALLAH, Engkau mengetahui tahap kemampuan hati kami menghadapi tiap ujianMu.
    Ya ALLAH, Engkau mengetahui tiap apa yang sembunyi dan terang dalam diri kami.
    Ya ALLAH, Engkau Maha mengetahui segala-galanya.

    Kerana sifat Mu yang agung itu, aku tidak akan dapat menyembunyikan apa-apa pun dariMu.

    Ya ALLAH, aku lemah Ya ALAH. Hatiku lemah untuk terus istiqamah dalam mengejar cintaMu. Disebalik kasih ku padaMu, aku telah mengasihi makhluk lain selain mu. Walaupun ku tahu dia tidak halal untukku sayangi. Aku terus menyayanginya dalam hati. Dengan tidak takutnya aku padaMu, aku terus membuat benteng untuk aku terus memelihara sayang dan cinta yang Engkau benarkan. Aku melanggar perintah Mu ya ALLAH. Aku cemarkan jalan-jalan kasih yang telah Engkau tunjukkan padaku. Ampunkan aku Ya ALLAH. Harus bagaimana aku??T_T

    Hanya Engkau yang mengetahui sakit perit yang aku rasakan. Dan ku mengetahui tiap sesuatu akan ada pahala disisi Mu andai aku terus bertahan dan tabah menghadapinya. Moga segala kesakitan yang ku lalui adalah penghapus dosa2 ku yang lalu. Dan airmata yang gugur menggugurkan pada tiap kemungkaran yang telah aku lakukan. Engkau didiklah hati kami untuk terus berjuang di jalanMu.

    Ya ALLAH, walaubagaimanapun dosa2 ku dahulu, bantulah aku menjaga hati ini untuk tidak lebih dari mengenalnya dalam hati. Kau jaga dan peliharalah hati kami dari terus melakukan mungkar padaMU. Sungguh, biarkanlah ia hanya di hati. Aku akan terus berusaha memperbaiki tiap jambatan yang telah ak rosakkan untukku sampai kepadaMU. Sungguh aku malu mengatakan aku mencintainya keranaMu andai jalan yang aku pilih tidak Kau redhai. Andai dia lah jodohku, bantu kami memeliharanya hinggalah tiba waktunya. Dan andai dia bukan jodohku, Kau tetaplah jodoh yang terbaik untuknya. Kau biarkanlah perasaan ku padanya terus menjadi rahsia antara aku dgn MU. Jangan kiranya aku hilang kawalan atas diriku sendiri hingga akhirnya Engau murka padaku. sesunggyhnya aku tak memerlukan kasihnya andai Engkau murka padaku. Engkau tetap yang paling utama.

    AKU AKAN TERUS MENGEJAR CINTAMU YA TUHANKU!

    Ameen..Ameen..Ameen

    Monday, September 26, 2011

    Allah, Aku ingin kembali padaMU!

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

    Setinggi kesyukuran ku panjatkan padaNya yang ESA kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya, aku masih punya kesedaran untuk merasai nikmat iman (walau sentiasa goyah) dan memperbaiki tiap kelemahan diri. Sesungguhnya aku hamba yang hina yang sentiasa memerlukanNya untuk tiap apa yang aku lakukan dimuka bumi ALLAH ini. Dan aku mengakui sejujurnya, aku adalah milikNya. Juga apa yang ada diatas muka bumi ini juga adalah milikNya termasuklah kamu wahai sahabatku. Kita hanya diberi pinjam untuk semua nikmat itu. Dan bila tiba masanya, semuanya akan kembali padaNYA.

    Hari demi hari kita lalui. Masa yang dahulu itu terus berlalu dan masa yang akan datang ni meminta kita menghargai sebaiknya kerana masa tidak berpatah balik. Yang tinggal hanyalah penyesalan untuk masa yang terabai bila kita tidak menggunakan sebaiknya. Dan aku hambaNya yang lemah telah mensiakan banyak peluang dan masa yang telah Dia berikan. Sedih..Kecewa..Menyesal..Ya,perasaan itu terus akan terus mengganggu. Tapi aku tidak akan kalah dengan sejarah yang telah berlalu. Yang berlalu adalah untuk dijadikan ikhtibar dan memperbaikinya untuk masa akan datang. Seperti entry yang baru2 ni, siapa kita sekarang tidak menjanjikan itulah diri kita dihadapanNya nanti. Kita masih boleh melakukan perubahan dan memperbaiki diri dengan izin dan masa yang ALLAH kurniakan. Kita mampu untuk menjadi lebih baik. Kita mampu!. Yang penting kita kena yakin, percaya, nekad dan berusaha. Allah pasti membantu. Dia adalah sebaik pencipta yang sentiasa mendahulukan kasihNya daru murkaNya. Allah!..

    Letih menjaga hati ini
    Sakit mengabaikan dan diabaikan
    Peritnya ditusuk dengan duri-duri
    Sungguh perasaan ini sukar untuk dikawal
    Meronta-ronta memujukku untuk melakukan kemungkaran padaNYA tanpa berputus asa
    Sikit demi sedikit dan menjadi banyak tingkah ini membelakangkanNya
    Mujahadah memang bukan perkara yang mudah
    Sungguh aku sangat penat, kaki terkulai, lemah dengan nafaz yang semakin sesak.

    Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur denganMu ya ALLAH. Dengan tiap kesukaran dan kesakitan yang Kau berikan inilah menyedarkan aku dan sentiasa mengingatkan Aku padaMu. Aku menangis mengenangkan tak malunya aku terus melakukan kemungkaran padamu padahal Kau terus menyedarkan aku tanpa henti. Ya Allah, Ampunkan aku. Aku juga takut pada kesenangan dan Kemudahan yang Kau berikan. Takut ku jika aku akan terus bongkak dan lupa padaMu. Takut ku kufur. Astagfirullahal'azim

    Setiap apa yang kita lakukan akan ada imbalannya. Baik tindakan kita, pahala menanati. Mungkar yang kita lakukan, dosa memberatkan timbangan amal.
    Maka jangan pernah berhenti mengejar cintaNYA. Dia pasti akan menghapuskan dosa-dosa kita dan menggantikannya dengan pahala. Ya, Dia akan mencucuri rahamat keatas kita. Subhanallah.

    Tersilap langkah??
    Banyak berrbuat dosa??
    Mengabaikan amanah dan tanggungjawab??

    Kembalilah padaNya. Mohonlah keampuanan dan kekuatan padaNya. Dia maha penerima taubat. Dia Maha Pengampun wahai sahabat2 ku. Jangan diteruskan lagi langkah yang salah itu. Jangan terus menerus berbuat dosa dengan sengaja. Jangan terus mengabaikan tanggungjawabmu dikala kamu mengetahui kesalahan itu. Baliklah pada fitrah kejadian kita. Kitalah khalifah ALLAH. Kita sebaik-baik umatNya. Sedarlah semula siapa diri kita yang sebenarnya.

    katahatiku: Terus melalui sisa-sisa hidup dengan penuh pengharapan aku akan kuat     berhadapan dengan kesesakkan dunia, nafsu yang bermarajalela dan iman   yang terus berpusing seperti roda.  Moga pegakhiran hidup kita, iman berada di roda atas. Ameen.

    Saturday, September 24, 2011

    Jangan hukum dirimu!!

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    Masa yang terus berlalu akan terus melewati dan akhirnya menjadi kenangan dan sejarah buat kita. Siapa kita sekarang tidak menjanjikan itulah diri kita pada masa akan datang. Masa akan mengubah kedudukan hati kita tapi kita tdk akan mampu mengubah masa. Andai kata diakhir perubahan itu kita bertambah baik maka beruntunglah dan sebaliknya andai kita terus lalai dan leka. 

    Jahat kita mungkin akan jadi baik hati
    Alpa dan lalai kita mungkin akan menjadi taat dan patuh pada perintahNya
    Dari sering melakukan kemungkaran mungkin akan jadi soleh/solehah yang 
    sentiasa rindu melakukan ketaatan padaNya pada masa akan datang.

    Ya, mungkin itulah kita pada masa akan datang. Tapi juga harus kita ketahui, kemungkinan juga akan menjadi lebih teruk dari itu.  Yang baik itu juga tidak mustahil untuk berubah kearah yang tidak baik andai mereka tidak menjaga hati itu dengan baik. Nauzhubillahiminzhalikh.Hidup ini akan terus dibelenggu dengan pelbagai kemungkinan.

    So, bagaimana agaknya dengan keadaan hati kita di saat ini??. Kemungkinan manakah agaknya yang kita pilih untuk mencorakkan baki-baki kehidupan. Buatlah pilihan yang terbaik untuk dirimu.Hanya perlu kita yakini bahawa kemaafan sering mendahului murkaNYa pada kita.

    Allah, Kasih sayang ALLAH yang sentiasa melimpah ruah sentiasa terus menguji kita untuk membantu kita membuat pilihan yang terbaik. 

    Kekadang itu..
    Diuji dengan kehilangan orang2 yang disayangi
    Diuji dengan kegagalan dalam pelajaran
    Diuji dengan kesukaran dalam tiap urusan
    Diuji dengan gagal memiliki cinta yang telah memaut hati
    Diuji dengan kesempitan yang bermacam-macam.
    Allah, sakitnya ujian itu.bisik hati kecil. 

    Memang benar ujian itu sakit dan pedih. Tapi hakikatnya disebalik ujian  itulah terselit kemanisan dan kenikmatan hidup sebagai hambaNya.

    Dia sedang memangil-manggil nama kita
    Dia sedang memberi kita kasih dan petunjukNya
    Dia sedang menyedarkan kesilapan kita
    Dia sedang menarik tangan-tangan hambanNya yang sering terleka dengan nikmat Dunia.
    Dia sedang menyelamatkan langkah2 yang mula terjerat dengan bisik2 makhluk terkutuk itu.

    Ya, Dia sedang berhubung dengan hamba2Nya dengan sakit-sakit yang Dia lontarkan. Agar kita sedar dan cari penawar yang sememangnya penawar itu hanya ada padaNya.

    Semua pahit perit yang singgah di kehidupan kita bukan untuk menjauhkan kita dari landasan yang benar. Tapi membantu kita untuk memilih siapa diri kita yang kita ingini pada masa akan datang. Pada hari yang pasti akan tiba. Pada hari kebangkitan. Pada Syurga atau Neraka. Hidup ini akan terus bermain dengan pelbagai kemungkinan dan andaian. Oleh itu jangan pernah berputus asa melayakkan diri kita menjadi hamba yang 
    mendapat tempat dihatiNya. Dari sekecil usaha hinggalah yang bersungguh-sungguh pasti akan mendapat ganjaran yang tiada tandingan dengan apa yang ada di muka bumi ini. Teruslah cekal dan tabah wahai pejuang ALLAH. Rahmatnya pasti akan memayungimu.

    Biar jatuh tersungkur tapi jangan pernah putus asa untuk mengatur langkah semula!!

    katahatiku: Sering berhadapan dengan jalan buntu menandakan lalai dan  leka nya  hati.Astagfirullahal'azim..

    Friday, August 26, 2011

    I am home..Ibuku!

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    Alhamdulillah...

    Bersyukur sangat2 masih berpeluang menjejak kaki ke kampung halaman untuk beraya bersama ibu tercinta. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 3 hari berbaloi bila tangan yang agak kurang bermaya tu dapat kukucup. Rindu yang teramat akhirnya terluah juga. Bukannya apa, rindu itu telah terungkap dgn amat kuat sekali kebelakangn ini kerana sering kali menemani tidurku dgn gambaran yang sgt indah dan ada pula ketikanya ia muncul dgn sgt mengerikan. Tapi alhamdulillah tiada apa2 y tak baik berlaku. Aku di sini selama 2 minggu dgn harapan masa yang ada dapat aku luangkan sebaiknya terutama berkasih mesra dgn ibuku.

    Ibuku telah banyak berubah, Makin bertambah sihat dari setahun yang lalu. Yang paling mengembirakan hatiku, ibuku dah mula berjinak untuk beramal menyembah yang ESA. Dlm masa yang sama aku semakin jauh dariNya. Aku tersentuh dengan tingkahnya. Mungkin ini sekali lagi teguran kasih sayang dariNYA buatku. Mana-mana hati yang terpesong, peluang untuk membuat 'u-turn' tetap ada andai kita menyedari dan terus bersangka baik padaNYA.

    Hatiku sakit sangat disana, hak yang terabai dan mereka yang mengabaikan. Moga kepulanganku kali ini akan mengubat sedikit kelukaan. Mencari kembali diri yang hilang.

    Btw, sedar tak sedar aku dah berada di kampung halaman. Kesakitan ini mesti di sembunyikan agar hati lain tidak sedih dan sakit dengan kemuraman ini..

    MANFAATKAN masa yang ada sebaiknya. Peluang tidak akan selalu menyebelahi. 

    Friday, June 17, 2011

    sekadar luahan hati

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    strong??
    im independent??

    ...

    actually im not
    ...

    im just accept what had be happen n will be happen as the best way from HIM. But im really hurt with that. 

    Alhmdulillah kata2 DIA kembali memujuk hati.

    “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah: 216)

    >>means that, apa yang kita suka lakukan or inginkan ia berlaku tidak semestinya baik untuk kita n sebaliknya. Ya, ini kata-kata ALLAH. So aku tidak sepatutnya begini berterusan. Perkara yang belum berlaku itu tetap belum berlaku. just sediakan hati before the bad thing for me itu btul2 terjadi..

    Kuatkan hati ini Ya ALLAH..

    Sunday, June 5, 2011

    Bicara hati

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    Pelihara cintamu!

    Soal kamu suka siapa, sayang siapa, siapa sayang kamu dan suka kamu, biarlah rahsia antara kamu dan dia. Bukan maksudnya, rahsia kamu bebas berhubungan dengan dia. Maksudnya adalah kamu dan dia ada hubungan atau perjanjian. Lebih baik, perhubungan dan perjanjian ini dikawal oleh keluarga. Alternatif paling bijak adalah bertunang. Kemudian, kamu hidup dengan cara kamu, begitu juga dengan dia. Sekiranya ada perkara penting yang memerlukan perbincangan, maka kamu dan dia boleh berbincang. Sekiranya tiada, maka cukuplah kamu mengetahui yang dia masih hidup, tidak sakit dan dia juga begitu.

    Seandainya tiada izinNya untuk ke proses itu pada ketika itu, maka hiduplah tanpa sebarang hubungan dengannya. Kerana itu adalah yang terbaik buatmu. Cukuplah untuk kamu berusaha mengejar dan mendapat cintaNya. Kerana cinta dan kasihNya lah yang paling utama dalam hidupmu yang perlu kamu
    utamakn pada ketika itu. 

    Sukar menahan perasaan??..Ya tersangatlah sukar kerana kategori itulah yang disebut mujahadah. Dan mujahadah itu sememangnya bukan sesuatu perkara yang 
    mudah kerana Syurga itu juga bukan tempat 
    yang murah dan mudah untuk ditempati. Ia sesuai dengan pengorbanan kamu.
     Pengorbanan yang suci mengejar cintaNya.

    Bukan Dia tak tahu sakit peritmu
    Bukan Dia tak tahu perasaan hatimu
    Bukan Dia tak tahu kelukaanmu
    Bukan Dia mahu menghancurkan hatimu

    Tapi Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu
    Dialah yang menghantarkan perasaan itu pada kamu
    Dia tak perlu asbab dan keizinan kamu untuk apa yang patut Dia lakukan
    Dia Maha Mengetahui.
    Miliknya apa yang ada dilangit dan bumi
    termasuk juga kamu

    Sememangnya
    Dia mahu menguji hatimu
    Dia mahu menjadikan kamu kuat dan tabah
    Dia mahu menjaga hatimu
    Dia mahu kamu bermujahadah dan mendapat cintaNya
    Bukan kah itu yang kamu kejarkan selama ini??

    Setiap dariNya adalah ujian yang boleh menjadi dua perkara:

    1. Menghapuskan dosa-dosa mu yang lalu
    2. Menguatkan dan menjadikan kamu seorang yang layak untuk syurganya

    Tapi, itu seandainya kamu berjaya melepasinya tanpa membelakangkanNya iaitu mengambil kira pandangaNya

    kalau tidak, dua perkara lainnya yang akan menemani kamu:

    1. MurkaNya
    2. NerakaNya

    Nauzhubillahiminzalikh..Maka segeralah bertaubat andai hati terleka dan terlalai. Kerana ampunan dan rahmatNya mendahului kemurkaanNya. Dia Maha Pengampun akan dosa hamba-hambaNya.

    Maka, sekarang adalah tugas kamu untuk membuktikan yang kamu adalah sebaik-baik makhlukNya.

    FirmanNya:

    You are the best of Peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah. If only the People of the Book had Faith, it were best for them: among them are some who have Faith,
    but most of them are perverted transgressors.

    Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia; kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (yakni kufur) serta kamu pula beriman kepada Allah dengan benar-benar iman; dan kalaulah ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasrani itu) beriman sebagaimana yang semestinya tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka.Tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.

    (Ali-'Imran:110)

    Matlamat tidak menghalalkan cara. Berhati-hatilah dengan perjalanan hidupmu!. 
    "dia" sungguh ghairah berjuang untuk memesongkan hatimu. 

    notahatiku : Membuat pilihan adalah diri kamu. Maka pastikanlah pilihan yang kamu itu adalah pilihan yang sebenar- benar benar dan berlandaskan padaNya fully..
    notahatiku : Jawapan ada padaNya. Istikharah cinta.