Pages

Saturday, November 12, 2011

Berlapang dadalah dengan ujian yang datang.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah..Warna warni terus mengiringi langkah dan menyinari hidup. Moga ALLAH terus menjaga hati ini.

Anda ada helmet?? Tentu saja yang memiliki kenderaan bermotor ini mempunyai helmet at least satu untuk diri dia.Dan saya yang tidak memiliki sebarang kenderaan bermotor, Allah izin memegang amanah menjaga sebuah helmet. pelik kn?.Actually helmet itu kepunyaan seorang sahabat yang meminjamkan untuk keselamatan bila nk gi merempit dgn dia kelak..hehe..

Tapi apa yang saya nak kongsikan ni bukanlah berkenaan helmet saya. Tapi helmet seorang sahibah. sahabat saya. Alkisah sahabat saya keluar untuk memenuhi sesuatu kehendak dan Allah izin helmet dia kena curi ketika sedang parking kat depan KFC. Yang memelikkan motor sahibah itu sangat secure. Mana taknya,siap bubuh alarm lg. pegang sikit jepasti benda yang suka buat bising tu beraksi. kuat kot bunyi nye. Tambah lagi park kat tempat ramai orang lalu lalang. Tapi ALLAH izin alarm itu tak bunyi dan helmet
itu hilang dgn tali2 nye sekali. Camna ek org tu bleh ambil dalam keadaan tali helmet dipasang kat bawah tempat duduk.

Tak tercapai akal saya memikirkan bagaimana cerdik insan itu melakukannya tanpa dikesan. Insan itu memang cerdik, kreatif dan berani.Berkenaan dengan kisah ini, suka saya berkongsi dengan sahabat semua apa yang patut kita lakukan bila berada di situasi ini? Marah?..Sedih?..Maki insan tu? Menyumpah itu ini dengan dia?..ataukah kita berada di tahap terus mengingatiNya dan terima dengan ketentuanNya.Apa-apapun tingkah kita pada ketika itu,ia bersangkut paut dengan iman kita. Kita boleh check apakah tahap kekuatan iman kita melalui situasi itu. Kerana itu juga merupakan ujian dariNya.

Jika itu adalah barang kesayangan kita, sanggupkah kita memberinya pada orang lain kerana ALLAH?
Jika itu adalah barang berharga , sanggupkan membiarkan ia menjadi kepunyaan orang lain kerana ALLAH?.Sanggup kita berkorban apa sahaja didunia ini untuk mendapatkan redhaNya??
Teringat akan kisah nabi ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya sendiri kerana menjalankan perinta ALLAH. sebesar pengorbanan yang tidak mampu akal untuk melakukannya. Sedangkan barang kesayangan sahaja sudah berat. Sedangkan harta benda saahaja sudah nak berkira. Ini kan pula pengorbanan yang berbentuk nyawa. Sugguh ujian itu akan datang mengikut kemampuan seseorang.

Jom kita sama2 fikirkan. Apa yang menjadi milik atau hak kita yang mutlak didunia ni?? Ada or tak ada?
Sudah tentu tak ada. Semua yang ada dimuka bumi ini hanya pinjaman untuk kita. Allah hanya meminjamkan. Even kita ini juga adalah milikNya. Jadi adakah apabila ALLAH uji kita dengan menarik sedikit demi sedikit nikmatNya ini, kita terus melatah yang bukan2. Bila ALLAH memberikan nikmat yang sememangnya cukup banyak dan hanya sedikit yang Dia tarik, kita terus mengatakan itu dan ini padaNya. Astagfirullahala'zim. Tidak kah kita harus lebih bersyukur kerana ALLAH masing memelihara kita dengan terus memberi ujian
pada kita untuk terus mengingatkan kita dan beri pelajaran pada kita. Bimbangnya ALLAH kerana takut kita terleka dan lemah,maka hadirlahujian-ujian dariNya.

Tapi perlukah kita risau dengan ujian2 itu?.Tidak perlu. Yang perlu kita lakukan adalah sediakan hati kita untuk tabah melaluinya dengan bersumberkan kekuatan dariNya. Kerana janji ALLAH akan tetap bersama dengan hamba2Nya yang ingin mendekatkan diri padaNya dan juga janjiNya memberikan ujian mengikut kemampuan hamba2Nya. Dia maha mengetahui segala2galanya. Jadi apa yang kita risaukan.Apa yang kita nak pertikaikan dengan benda yang sememangnya bukan milik kita. Kita sememanya kena berusaha menjaga tapi bila jadi juga perkara yang tidak diingini maka ada sesuatu yang ALLAH nak didik pada hati-hati kita. Jika kita pandang pada sudut positif pasti kita nampak akan kebaikan dibaliknya.

Andai dah kehilangannya, usaha lah mencari tapi andai tidak ketemu redhalah kerana ALLAH pasti akan menggantikan dengan benda atau perkara yang lebih baik lagi.

Terus mencari keredhaanNya dan mengejar cintaNya.

wallahualam

p/s: menulis sekadar muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment