Pages

Thursday, April 28, 2011

FOR HEAVEN'S SAKE, MY HEART!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

For heaven's sake, my heart, keep secret your love,
and hide the secret from those you see
and you will have better fortune.

He who reveals secrets is considered fool;
silence and secrecy are much better for him
who falls in love.

For heaven's sake, my heart, if someone asks,
"What has happened?" do not answer.
If you are asked, 'Who is she?"
Say she is in love with another.
And pretend that it is of no consequence.

For heaven's sake, my love, conceal your passion;
your sickness is also your medicine because love
to the soul is as wine in a glass- what you
see is liquid, what is hidden is its spirit.

For heaven's sake, my heart, conceal your troubles;
then, should the seas roar and the skies fall,
you will be safe.

By : Gibran

Really hurt

Berada di kemuncak dan kini telah hampir tiba di penamat. Aku mula berusaha melupakannya sikit demi sedikit.

Disebabkan merajuk dan terguris yang tersangat dengan sikap sahabat, Segala ingatan tentangnya cuba mula dilupakan sedikit demi sedikit dengan sibukkan diri dengan classmate sama ada lelaki atau perempuan. Bermesej  dengan mereka tak sudah-sudah walau tiada keperluan untuk itu. Malah tindakan itu adalah terlarang. Tapi hati bertegas untuk melakukannya. Akhirnya peristiwa lama berulang kembali.

Hati mengetahui tindakan ini tidak patut, tapi hati juga sudah terlalu kecewa dan terluka dengan orang yang dikasihi. Untuk mengurangkan kesakitan ini perlu beralih pada yang lain. Dan kebetulan hadir seorang yang take care di saat hati kecewa. Sekarang cuba untuk melupakan sahabat. Ceteknya pemikiran dan hinanya diri atas lintasan hati kotor yang datang ni. 

Melakukan tindakan ini rupanya juga melukakan hati. Buntu nak mengatasi masalah.

Alhamdulillah, rupanya ukhwah yang telah terjalin tidak akan semudah itu utk dilupakan. Kenangan lama bersama menggamit semula. Saat gelak ketawa + nangis + sweet memory mengimbau semula menuntut untuk menghentikan tndakan mngarut ni. Hati kecil mula menangis mengingati dan ingin kembali ke saat itu.

Bertindak sombong + angkuh dihadapan mereka seperti tiada perasaan rindu n sayang dgn mereka. seksanya berlakon cerita tipu. Ikutkan kata hati memang boleh menghancurkan. Bom saat dipasang dan di ikat pada badan sendiri...huh!..memang kerja gila. 

Just membiarkan masa menentukan apa yang akan berlaku esok hari. Let it them be. Sedar siapa diri...

Oh tidak!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hati yang kena panahan cinta terlarang
Boleh mati jika tidak mendapatkan penawarnya dengan segera.

Thursday, April 21, 2011

Irsyad Syahmi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Teringin bertemu dengannya
Teringin mendukung dan membelainya
Teringin untuk melihat senyuman dan mendengar tangisannya
Sungguh aku teringin meratap wajahnya

Alhamdulillah, di pagi yang cerah (17/4/2011), lahir seorang lagi penerus perjuangan pada sekitar 9.00 am. Tumpang gembira untuk kelahiran si cute n comel ini. Irsyad syahmi nama diberi. Sungguh indah dan bersih raut wajahnya. Dapat memberi ketenangan dan kegimbaraan pada yang melihatnya. Bak kata orang, Segala keperitan seorang ibu ketika melahirkan akan hilang dengan hanya melihat raut wajah anaknya yang lahir. Kata mereka la. Kesasihannya aku tidak mengetahui..hehe

Sungguh tabah Irsyad berjuang untuk dapat melihat dunia ini. Terasa seperti tidak menyangka dikau lahir ketika ini. Terlalu cepat masa berlalu. Seperti baru semalam aku mendengar khabar berita kak ijah mengandung. Tinggi sungguh semangat jihadmu. 

Cuba berdialog dari hati ke hati dengan Irsyad Syahmi..

Irsyad, masa di alam rahim ibumu, irsyad ingat tak yang irsyad telah berinteraksi, dan berjanji banyak dengan ALLAH. Malah dirimu akui akan Dialah tuhanmu yang wajib disembah dan Rasulullah S.A.W adalah pesuruhNYA serta akan taat melakukan segala peritahNYA.. Tentu sahaja kamu tidak mengingatinya. Kerana lahirmu adalah seperti hilang ingatan dan tidak mengetahui apa-apa pun melainkan setelah diajarkan oleh orang disekitarmu. Walaubagaimanapun kamu pasti tidak melupakannya. Di saat azan berkumandang, pasti sahaja kamu akan terdiam  membisu andai ketika itu kamu sedang menangis ataupun bergelak tawa tanda kamu menghormatinya. Laungan azan mengingatkan kembali kamu kepada janji yang telah kamu lontarkan sendiri. 

Irsyad, mungkinkan kamu akan melupakan janji-janji mu padaNYA dan mengikut arus zaman dengan memaling dari landasanNYA?.Na'uzhubillahiminzalikh. Tidak sama sekali. Membesarlah kamu dalam rangka mencari jalan pulang kepadaNYA. Dunia yang penuh dengan halangan dan penipuan akan menemani kamu. Maka hati-hatilah kamu dengan perjalanan hidupmu yang panjang. Tapi, janganlah kamu khuatir kerana disebalik ini semua terselit nikmat dan kemanisan yang ALLAH nak bagi untuk kamu. Ia datang bukan untuk membuatkan kamu lagi jauh dengan DIA malah lebih mendekatkan kamu dengan DIA. Maka lalui lah dengan penuh kesabaran dan ketabahan.
..............

Entah kenapa hati ini bulih teringat akannya, jeles yang teramat dengannya. Bersih tanpa dosa. Sedangkan aku?..huh!. Terkenang ketika aku sepertimu ketika dahulu (Cuba mengingat padahal tidak akan dapat). Timbul rasa sayang dan rindu keatas bayi ini. Bayi ini tidak lah ada hubungan dekat apatah lagi pernah melihatnya secara live. Pelik gak. Maybe salah satu penyebabnya dia cucu kepada pensyarah yang amat kusayangi (Puan Wan Hamidah) juga anak buah kepada salah seorang sahabat (Asmaa' Syakirah). Aku tidak ingin untuk skip dari mengetahui detik-detik kebahagiaan mereka.  Keluarga yang punyai fikrah dan tujuan hidup yang jelas. Aku gembira dapat merasa perasaan ini. Duduk di tempat yang punyai rasa tanggungjawab.

Tiga bulan lagi, aku bakal mempunyai anak buah yang ke-11. Akak aku mengandung enam bulan skang ni. Tumpang gembira yang teramat. Wah!. Asyik dapat anak buah je. Bila pulak aku nak ada anak sendiri ni. Khawin pun tak lagi. Ada mimpi untuk punya anak. hahaha (hatiku menyindirku).

Lahirnya bayi ini membuatkan aku berfikir kembali. Panjangnya perjalanan hidup ni. Lahir dengan tidak mengetahui apa-apa kemudian ibubapa dan persekitaran mencorakan kehidupan kita diperingkat awalnya hinggalah masa ketika kita mampu untuk berfikir waras dan akan meneruskan corak kehidupan dengan bimbingan dan ketabahan. Andainya berjaya mengenal siapa diri (siapa aku), maka jelaslah aku akan matlamat hidupku. Andai tidak, maka berhati-hatilah kerana kegagalan mengenal siapa diri akan melumpuhkan perjalanan untuk mengenal ALLAH.

p/s: Mencari jalan pulang disebalik kesesakan yang menghimpit.

Wednesday, April 20, 2011

Wahai Sahabat, Janganlah Bersedih!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.
  • Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.
  • Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.
  • Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.
  • Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.
  • Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.
  • Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.
  • Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.
  • Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.
  • Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.

Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.

Kegagalan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dalam keadaan jiwa yang sangat lemah, meneruskan kehidupan dengan terus memandang kehadapan tanpa cuba menoleh kebelakang lagi. Terus dan terus memberikan harapan pada hati bahawa semua akan kembali pulih. 

Kini baru aku rasai sukarnya menjadi seorang mad'u dan apatah lagi mas'ul kepada halaqah masing-masing. Banyaknya kepincangan menyebabbkan hati mula terguris kerana mereka. Rasa tak nak sahaja meneruskan pesat. Betul-betul gagal dan tak layak untuk duduk dalam halaqah ini. Bukan lah salah mereka, tapi hati ini yang sangat-sangat banyak kekotoran dan kelemahan meyebabkan kegagalan mewujudkan kemesraan yang boleh memberikan kesenangan dalam hati untuk terus melaluinya dengan semangat yang tinggi. Sekali lagi teori tidak bergerak seiring dengan amal. 

Gagal dalam bersahabat
Gagal menjadi seorang kakak yang baik
Gagal menjadi anak, adik, kakak dalam keluarga yang mampu menyenangkan hati mereka
Gagal menjadi seorang pelajar yang bersungguh-sungguh
Gagal membawa amanah PESAT yang diberikan oleh pihak HEP
Aku tersungkur menitip tiap kegagalan ini

Di saat ini hanya mampu menerima kegagalan demi kegagalan menjenguk jiwa yang lemah. Putus asa?..oh tidak!.Tidak lah hati ini sanggup untuk berputus asa akan tiap kegagalan yang menyinggah. Sungguh jiwa ini masih mengharapkan tempat untuk di SANA.  Ini juga adalah teguran dariNYA. Sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dalam jiwa hingga segala urusan menjadi sukar.

Mencari jawapan kenapa aku jadi begini di saat-saat akhirku di tempat ini. My spiritual, be fade.

Teringat pada mereka-mereka yang berhati besar. Bersemangat, Berkeyakinan. Mereka itu adalah sahabat-sahabatku. Tapi kenapa aku tidak langsung dapat menumpang semangat mereka. Kenapa mereka pergi dan terus pergi. Aku gagal menggunakan peluang yang ada.  Allah dah bagi banyak sangat peluang untuk aku memperbaiki kelemahan diri, tapi ternyata aku gagal menggunakan peluang itu sebaiknya.

"Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya". Betullah peribahasa ini. Aku takkn bisa boleh untuk aku mengundurkan masa apatah lagi mengulanginya pada situasi yang sepatutnya. Yang berlalu akan terus berlalu. Inilah pengajaran buatku. Untuk menghadapi hari seterusnya.

Hari demi hari proses pembelajaran ini berlangsung. Belajar dari kesilapan,kegagalan dan seterunya belajar untuk mengenal diri. Mungkin akan memakan masa yang lama untuk menjadi sehebat mereka apatah lagi untuk mencontohi ketabahan dan kesungguhan srikandi-srikandi menyebarkan keindahan islam dipelusuk dunia. Matlamatku masih sangat jauh dan semangnya perjalanan juga masih panjang.

Aku tidak mahu terus menjadi wanita yang hanya mampu mencipta kegagalan. Terus meraih jiwa yang semakin merundum. Aku perlukan motivasi. 

p/s: Entry ini tidak untuk menyinggung perasaan sesiapa. Hanya sekadar aku dengan diriku.

Monday, April 18, 2011

facebook

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Apakah peranan facebook yang sebenarnya?

Banyak takrifan facebook yang boleh kita buat. Dan ia tidaklah tertumpu pada satu-satu jawapan sahaja. Boleh jadi ada 2,3, dan banyak lagi jawapan yang boleh diterbitkan. Jawapannya adalah subjektif bergantung pada individu itu sendiri.

Jawapan saya?

Laman web sosial yang memberikan banyak kebaikan
mengeratkan silaturrahim (jauh didekatkan, dekat dirapatkan)
Bertukar pendapat (duniawi dan ukhrawi) 
Berkongsi ilmu (salah satu medan dakwah)
dan banyak lagi....

Ilmu yang tidak saya ketahui banyak saya jumpa di laman ini. Mana taknya, setiapnya pakar pada bidang lainnya. Berada di lain tempat plak tu. Sudah tentu pengalaman dan pengetahuan juga akan berlainan. Disinilah perkongsian mereka memberi 1000 makna bagi saya.

Dan sekarang saya rindu sangat dengan mereka. Rindu untuk mengetahui status sahabat-sahabat yang baru dan yang lama. Rindu dengan sapaan mereka semua. Melalui web ini saya dapat rasa betapa saya dekat dengan mereka walaupun tidak berhubung secara direct. Membelek wall mereka sahaja juga cukup untuk menyenangkan hati walau tidak pada zahirnya berbalas mesej dengan mereka. Sungguh saya rindu dengan mereka semua.

Tapi saya juga sakit dengan web ini. Hati banyak sangat terguris. Diri merasa sangat terabai. Sememangya pada setiap sesuatu akan ada baik buruknya. Banyak input yang boleh kita perolehi juga banyak yang akan ALLAH uji melalui ini. Kenapa boleh begitu pula?

Facebook tidak seperti ym, twitter, blog atau laman web yang lain. Facebook adalah secara menyeluruh. kita boleh bertegur sapa dengan kawan-kawan secara serentak, tidak hanya untuk dua individua sahaja. Setiap perbualan akan diketahui oleh semua yang jadi kawan pada kita. Bila sudah berlaku sedemikian, tiadalah rahsia pada apa yang kita perbualkan. Jangan salah faham plak. Saya tidak sakit dengan ini.

Dimanakah kesakitan itu muncul?

Si A dan si B, dua sahabat yang selalu bertegur sapa, macam menggedik atau menyibuk di wall orang la. tapi ini bukanlah satu perbuatan yang tidak baik. Ini juga salah satu langkah mengeratkan silaturrahim antara tiap individu. Wujud pula si C yang juga sahabat pada mereka berdua ni. Si C selalu menegur sapa dan mesej pada si B tapi selalunya tidak dilayan oleh si B. Si C akan anggap si B tidak mengendahkannya kerana setiap tag atau komennya pada wall si B tidak ada sebarang respon. Dalam masa yang sama si A dan si B tengah hangat berbual rancak. Disitulah kesakitan itu muncul. Si C mula menafsirkan yang bukan-bukan pada si B. Cemburu? Mungkin ya. Tapi si C tidaklah cemburu sangat pada hanya hal sedemikian. Ukhwah bukanlah hanya antara dua individu tapi manusia seluruhnya. Jadi dia tidaklah memikirkan untuk hanya bersama si B. Dia juga bersama si A. Cumanya berlaku sedikit kepincangan menyebabkan si C mentafsir yang tidak sepatutnya.

Keterasaan dengan sikap si B dan si A menyebabkan mata Si C tidak sanggup lagi untuk melihat keadaan itu. Lantas membawa diri dari laman ini. Masalahnya sekarang, bawa diri pun tak berkesan gak untuk mengubat hati sebab si C rindukan juga sahabat-sahabatnya itu + yang lainnya. Melihat khabar berita dari mereka. Mengetahui status mereka. Dan sekarang si C berada dalam dilema.

....Tamat untuk salah satu contoh situasi.....

Kesimpulan pada situasi

Sebenarnya web sosial ini sangat berkesan untuk kita kenal diri kita sama ada berlapang dada, bersangka baik atau tidak dengan kenalan-kenalan kita. Kalau seandainya kita masih sibuk mempertikaikan sikap kenalan-kenalan kita, merasakan kononnya dia tidak adil, mengabaikan, melihat apa yang mereka peroleh tidak pada diri sendiri, juga asyik mempertikaikan kemesraan org lain,  kita gagal berlapang dada dan bersangka baik. Teruk sangat dah ar tu. Selemah-lemah iman pun si C tidak dapat genggam.

Yang berada dalam laman web sosial ini adalah manusia. Lumrah manusia itu memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing. Makanya kadang-kadang kita akan terguris dengan kenalan-kenalan kita. Bukan atas kelemahannya semata tapi atas dasar untuk memdidik hati kita bersikap lebih matang dan berfikiran terbuka. Test power hati. Itulah salah satu yang berlaku dalam laman ini.

Web ini juga sedikit sebanyak mengajar kita mengenal diri kita sendiri. Kita macam ni. Kita macam tu. Dan ada kelemahan dan kelebihan kita yang tertonjol. Jadi sedikit sebanyak bolehlah kita cuba kenal status hati kita yang terkini. Oleh itu, selamat memanfaatkan peluang yang ada.

p/s : Masih tidak berkesan, tetap tidak mengurangkan kegurisan hati.
p/s : Entry luahan akan berterusan sehinggalah teori dan amal bergerak seiring

Sunday, April 17, 2011

Rawatlah hatimu!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah hati kembali tenang ketika ini. Merasakan kepentingan melaksanakan kewajipan sebagai sesorang anak, sahabat, kakak dan hamba ALLAH terutamanya. Betapa perjuangan itu sememangnya sesuatu yang mencabar dan pasti disinggahi dengan pelbagai cabaran yang menggerunkan hati. Tapi nilainya adalah pada mereka yang bergelar mukmin kerana melaluinya adalah menjadi satu kemestian baginya. Kesugguhan dan ketabahan hatinya untuk melalui dengan semangat jihad yang kuat. Terus melakar senyuman pada tiap kesakitan.

Beberapa ketika sebelum ini tersangatlah lalai dan leka dengan kehidupan dunia. Diperangkap dan ditipu dengan pelbagai agenda yang bertujuan menjatuhkan diri ke lubang yang gelap gelita. Dan pastinya sukar untuk keluar dari kegelapan itu andai itu terjadi. Alhmdulillah. Kasih ALLAH itu masih menyinggah pada hati yang sombong dan angkuh ini. Bersyukur atas nikmatnya..;)

Perlu untuk merawat hati dan mendapatkan penawarnya secepat yang mungkin disaat ia sakit. Diluar sana ada masalah yang lebih mencabar untuk dihadapi. Hati perlu bersedia itu. Makanya perlu rawat kesakitan yang sedia ada supaya bila berhadapan dengan ujian yang baru, hati tidaklah terlalu gersang, sakit dan takut untuk berhadapan dengannya. "Setiap kesulitan akan disusuli dengan kemudahan". Bantu diri ini Ya ALLAH

Untuk setiap kejadian yang berlaku, ada hikmah dibaliknya. Allah nak didik hati kita daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Allah nak jadikan kita hambaNYA yang layak duduk di tempat itu. Tempat yang sangat-sangat penuh nikmat. Mereka yang terpilih didalamnya bukanlah calang-calang orang, tapi yang berjaya melepasi tiap peringkat ujianNYA. Wahai hati, tak nak ka ke tempat itu?

Jom kita sama beristighfar memohon ampun padaNYA, agar kita layak untuk mendapat tempat di mata ALLAH. Dan pastinya kita semua memerlukan bantuanNYA dunia dan akhirat. Perlu untuk bersihkan hati agar diri betul2 layak untuk itu...Astagfirullahal'azim...

Aku dengan hatiku

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sungguh dia makin jauh dariku.
dia makin mengelak denganku
dia makin membisu padaku
dia terus dan terus mengabaikanku

cemburu, Ya
sakit hati, Ya
terguris, Ya

Mungkin aku sepatutnya rasa lebih baik melihatnya aktif dihadapanku
daripada dia menghilang entah kemana. Memang aku senang melihatnya boleh bersenda ketawa, berbual ceria, tertawa gembira walaupun pada hakikatnya hatinya mungkin juga tengah sakit. Tapi hati aku juga sedih kerana aku hanya insan yang mampu melihat tapi tidak merasainya. Betapa sakitnya hanya mampu melihat dari jauh walau jasadnya tersangatlah dekat. 

Ingin sahaja kulontarkan kata-kata yang tersimpan jauh dilubuk hati. Tapi pastinya ia sia-sia.
dia tidak akan pernah mahu memahami dan berkawan denganku sebagaimana dia cuba memahami berkawan gembira dengan orang lain. Makin ku tunjuk rasa kecil hatiku, makin juga dia diam membisu tidak menghirauku.

aku tahu aku tidak sehebat mereka. aku tidak pernah menyenangkan. banyak sangat bukti yang dia tunjukkan yang aku tidak penting pon pada dia. Mesti kamu akan kata aku ni tidak husnuZhon kan?. Tidak berlapang dada?. dan banyak lagi. Ya, betol la sangkaan kamu semua. Memang betol sangat la tu. Sebab tu aku sukar untuk mendapat kawan yang betul2 kawan. Bila dah jumpa, sikap aku pula tidak menyenangkan hati dia. Sebab tu dia lebih suka mendiamkan diri sama ada jauh dariku atau berada dihadapanku. 

Aku tahu bila kamu membaca entry ini, kamu juga akan mentafsir pelbagai keadaan padaku. Sudah tentu kamu akan mengatakan aku teruk sangat. Tapi tahukah kamu ini juga bukan kehendakku. Bukan aku tidak menghargai perkara yang aku miliki, Ya betol la tu.  Aku merasakan sangat2 tidak dihargai. Sangat2 tidak diperlukan oleh kawan sendiri. Aku ada atau tidak its da same situation. Adakah kamu juga pernah melaui situasi ini.??
Melihatnya bergembira dengan orang  lain tapi dengan kamu langsung tidak. 
Melihatnya bulih berbual mesra tapi tidak dengan kamu.
 Melihatnya bersenda ketewa dengan orang lain tapi tidak
dengan kamu.
 Melihatnya membalas contact or msg dgn org lain tapi tidak dengan kamu. 
Pernah atau tidak??Kalau tidak aku percaya dua keadaan, mungkin hati kamu kuat dan bersih tidak seteruk hati aku dan mungkin juga kawan kamu itu sememangnya menghargai kehadiran kamu. Bila ukhwah kamu itu penting buat dia, pasti dengan senangnya dia cuba untuk menjaganya.

Aku tahu banyak kepincangan pada ukhwah ini. Dan aku seteruk2 manusia dalam bersahabat. Kerana gagal bersangka baik. Makanya aku melalui saat2 ini.

Kalau 2 tahun dahulu aku merasakan sahabat itu dapat membantuku dari buat yang terlarang. Kerana aku merasakan perhatian dan kasih sayangnya. Kini apakah makna ketika ini pula bila hatiku mula rasa kosong dan mencari kasih sayang yang lain. Sakitnya pada ketika ini bila berhadapan dengan dua keadaan. Menagih pada halal dan yang haram. 

Aku perlu lepas dengan semua ni. Tapi harus bagaimana. Hatiku bersangkut pada tindakannya. Aku tahu pergantungan harap sepenuhnya hanya pada ALLAH. Dan mengejar cintanya tidak akan sia-sia. Tapi aku masih manusia yang lemah. Yang akan mengharapkan perhatian manusia pada satu-satu ketika. Yang akan percaya pada yang zahir bukan yang jauh dari lubuk hati. Aku belum kuat untuk meyakini kebenaran yang ada jauh di lubuk hati. Aku masih setahun jagung dalam mengenal erti persahabatn. 

Tidaklah sangat mengharap pada manusia, tapi rasa ingin dihargai dan diperlukan. adakah ini juga salah??..Ini akan berterusan sehinggalan aku berjaya. Ya, akan berterusan dengan ujian ini. Sehinggalah aku jatuh pada lubang yang besar dan tidak memungkinkan aku bangkit kembali. 

Bila keyakinan dan kepercayaan mula pudar pada dia, keyakinan dan kepercayaan pada DIA juga mula hilang. Rupanya ini yang ALLAH nak tunjuk padaku. Hatiku mengharap pada kasih sayangnya melebihi kasih sayang DIA padaku. Bila dia selalu dan terus mengabaikan, dan tidak memperdulikanku, tindakanku juga mula tidak melakukan tuntutanNYA padaku. mengabaikan kewajipanku pada DIA. Inilah petunjuk dari ALLAH taala  padaku. Aku hilang dalam kelemahan diri dan kelemahan manusia lainnya.

Sebenarnya segala apa yang berlaku antara kami, akulah penyebabnya. Jambatan hati aku 
dengan DIA tidak kukuh menyebabkan hubungan aku dengan yang lain juga 
runtuh bagaikan runtuhnya bangunan akibat gempa bumi. Bulih ka bina kembali?. Terlalu sukar
Segala urusan semakin rumit. Kerja jadi terbengkalai. Masa jadi berlalu sia-sia. 
Aku hilang dari mereka kerana aku hilang dari pandangan DIA.

Friday, April 15, 2011

to me!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Betul sukar untuk menjaga hati

Sukar untuk membuang karat-karat jahiliyyah pada satu ketika dahulu
Disini dan disana sangat berbeza
Dalam dua keadaan, mencuba untuk melawan kehendak nafsu
Oh sungguh hati betul-betul sakit

Sakit dengan sikap sendiri
Sakit dengan perlakuan sendiri
Sakit dengah kawalan yang mula pudar
Sakit dengan hati yang mula tidak merasa 
Nikmatya menjaga diri seluruhnya.

Betul mujahadah bukan perkara yang mudah
Sebab itu ganjarannya sangat besar pada mereka yang berjaya
Pilihan berada ditangan sendiri
Sama ada mahu menjadi hamba y dikasihi atau dikeji olahNYA
Untung rugi akan ditanggung sendiri

Tuesday, April 5, 2011

"Biar orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang lain"

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan makan bersama seorang sahabat. Agak lama tak menikmati makanan bersamanya. Lebih dari 2 minggu rasanya. Lama lah tu kan untuk mereka yang selalu berjumpa. Terlihat pada makannya tu, kelazatan terus menyerlah. Tapi sebelum terlihat makanan tu, saya dah terhidu bau tu awal lagi ketika membelek laptop untuk mendapatkan sedikit maklumat. Cumanya tak tahu apa benda yang wangi tu.
Nak katanya, saya selalu teringin nak merasa makanan orang. Kalau dekat umah sewa pun camtu gak. Suka merasa makanan orang apatah lagi yang nampak lazat sangat. Bergantung pada orang tu la. Kalau saya kenal dan agak rapat laju je. Kalau tak kenal tu, alamatnya simpan je la keinginan tu. Pokoknya saya memang selalu nampak sedap pada makanan orang.

Saya suka makan mee goreng tapi jarang sangat beli. Sebab saya geli pada makanan yang sedikit mnyerupai haiwan. Masa tertentu je mee boleh masuk mulut, Ada plak seorang sahabat ni gemar sgt mee. Segala mee dia makan. Pelik2 plak tu. Saya apa lagi, suka sangat lah nak merasa. Bila dah rasa tu terus kata sedap. haha. Tapi situasinya kalau harap saya yang beli, sure saya tak kan beli. Cepat terbayang pelik2 dan cerewet pada makanan. Bukan mencari yang mahal tapi mencari yang sesuai. Kalau dia ni tanya nak makan apa, selalunya saya akan kata "beli je lah apa". Sebab saya sendiri selalu gagal membuat keputusan. Bila makan ramai-ramai plak, saya akan minta untuk pesan makanan yang berlainan. Sebabnya, saya suka merasa di samping menghilangkan rasa teringin tu. Kalau nak pesan banyak2, teruklah membayarnya.

Tamat alkisah makanan. hu99.  Kepala ni duk terbayang makanan sokmo. Maaflah, sangat2 memboringkan anda. Tadi tu introduction je. hehehe
.................................

Saya masuk pada apa yang saya nak kongsi dengan anda. Selama hidup dah lebih 25 tahun ni, banyak sangat kenangan pahit yang menyinggah. Dibuli oleh kawan-kawan. Dihina pada rupa paras yang tidak lawa. Disisihkan dan tidak dipedulikan. Sampai pada satu tahap tu saya  rasa tidak ada seorang pun yang sudi berkawan dengan saya. (Situasi sebelum masuk KTD)

Dikisahkan pula, sewaktu kerja kat shah alam. Kesuntukan masa bekerja menyebabkan saya tercekik dengan tulang ikan tongkol. Pada masa tu, mulut saya kena ulser dan perlu tuk makan perlahan-lahan. Tapi, disebabkan kejar masa, nasi masuk tanpa cukup mengunyah terlebih dahulu. Ketul-ketul melalui kerongkong. Akibatnya tanpa disedari kerongkong telah pun luka. Sukar untuk menelan sebarang makanan dan minuman. Dengan dompet yang hanya berisi RM15, terpaksa juga pergi klinik kerana kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Ubat berharga RM25. Hati tak terkejut pun dengan harga tu sebab sememangnya klinik swasta mana pernah murah. Kan mereka tak ada peruntukan kerajaan. Tapi yang menyedihkan saya kenapa mereka tidak mahu beri ubat tu untuk duit yang saya ada. Cukup nak sikit je untuk kurangkan sedikit kesakitan. Dia siap ambil RM15 yang saya ada kemudian menyuruh saya datang dengan wang baki baru boleh ambil ubat. Baru saya rasa bagaimana kehidupan orang mengemis yang nakkan sesuatu tapi tidak diendahkan.

Teringat juga pada kisah persahabatan dengan seseorang yang amat dikasihi. Saya gelarnya juga sebagai sahabat. Kami akrab dan saya selesa bersahabat dengannya. Agak menyedihkan pada satu ketika dahulu, dia berhenti menghubungi saya. Lama saya cuba cari jawapannya kerna tidak mahu terus menyalahkan diri sendiri. Bila ada sesuatu yang berlaku keatas saya dengan orang sekeliling, saya terus jatuh dan mengatakan yang buruk tentang diri sendiri. Akan terus menyalahkan diri sendiri kerana bagi saya, saya tiada sebarang kebaikan dan manfaat pon pd mereka. (pengaruh zaman silam). Bila cerita terbongkar, rupanya ada sahabat lain yang menyuruhnya berbuat demikian. Atas sebab apa?.wallahualam

Setiap peristiwa yang saya kisahkan ni, teringat pada kata-kata seorang sahabat. "Biar orang buat kat kita, tapi jangan kita buat kat orang". Dah ramai yang mengatakan tentang ini, cumanya ayat ini segar dalam ingatan bila saya berniat untuk merasa makanan tapi ditolak. Mungkin ada sebabnya tapi dek hati kecil ni terus merajuk kerana gagal merasainya. Bukankah molek jika kita berkongsi makanan yang kita ada. Ia pasti akan menambahkan keakraban kita. Dalam hati terus berbisik sedih dan bertekad untuk tidak melakukannya pada orang lain sebab saya tahu perasaanya. Perkara kecil sahaja, tapi tetap ada hikmah pada kejadian. Dahulu sebelum kita mendapatnya, kita sangat baik dengannya dan suka mempelawa sesuatu. Tapi bila keakraban itu mula terjalin, perkara yang biasa dilakukan pada permulaan tadi sedikit demi sedikit hilang. Tiada kemesraan pada perhubungan. Apakah maknanya itu?? 

Untuk kisah sakit kerongkong ni, teringat pada kisah "medical of dragon". Ada moral yang sangat menarik hati saya dimana seorang doktor pada klinik swasta, mengatakannya pada anaknya yang dia mengubati pesakitnya tidak pandang pada status kewangan dia tapi kerana pesakit itu sakit dihadapannya. Dan kewajipannya untuk cuba menyembuhkan tanpa kisah pada kemampuan pesakit itu membayarnya. Ada lagi ke orang macam ni saya pun kurang pasti tapi dalam Islam sendiri kita diajar untuk berusaha membantu dan menolong orang lain tanpa mengharap pada balasan. KE kata pada majlis watiqah MPP, sesorang pemimpin yang betul-betul mengikut ajaran Islam akan berubah dari sangat kaya sehingga langsung tiada lagi harta untuk disumbangkan kerana berpegang pada konsep cuba lebih pada memberi bukan untuk menerima. Lihat sahaja Siti Khadijah (srikandi terulung) yang merupakan seorang yang kaya raya pada mulanya terus membantu perjuangan Rasulullah s.a.w sehinggalah pernah mengatakan sanggup untuk menyerahkan tulang belulangnya jika ia juga juga dapat membantu perjuangan pada ketika tiada lagi harta yang mampu disumbangkan pada jalan jihad. Hati kembali sebak. Bagaimana pula dengan keadaan kita sekarang? Pemimpin politik? Oh, Saya tidak mahu menyentuh pada pemimpin politik kita, kerana anda pasti tahu sendiri jawapannya.
 
Dalam bersahabat , sememangnya kita akan diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Tapi apa yang baru teringat di benak jiwa, biar mereka bertindak menyakitkan, mengabaikan atau apa2 jenis perbuatan yang  melukakan, tapi jangan kita buat perkara yang sama pada orang lain. Setiap antara kita ada kelemahan masing-masing dan dalam proses pemulihan, tapi jangan kerana kegagalan dia juga menjadi kegagalan kita. Jadikan kegagalan dia sebagai pengajaran dan peringatan buat kita untuk cuba tidak melakukannya kerana kita sedia maklum kesakitannya.
Begitu juga dengan kisah kita dikeji, dihina, disisihkan. Cukuplah kita terhuyung hayang kerana perbuatan mereka yang pada masa itu kurang sedar. Jangan pula kita mengulangi dan membalasnya. Kerana ia masuk pada sikap suka berdendam. Jangan sesekali cuba untuk menghina ciptaan ALLAH. 
 
Allah mengajar kita untuk berbuat baik samaada pada mereka yang baik ataupun yang bertindak jahat pada kita. Kerana ini juga salah satu jalan dakwah untuk menyerlahkan keindahan islam dimana orang mukmin itu berlumba- lumba membuat kebaikan, mengutamakan sahabat pada hal dunia dan mengutamakan diri sendiri pada hal akhirat.
Pohon epal itu, bila batu dilempar padanya, apa yang dibalas pada orang yang membaling itu adalah dengan buah epal itu sendiri. Disaat orang lain berbuat jahat pada diri kita, mampukah kita membalasnya dengan kebaikan??..Jom kita fikir kembali..

Biar apa orang buat pada kita, tapi kita sesekali jangan membalas perbuatannya itu, apatah lagi pada orang lain. Sangat-sangat tidak adil dan tidak membawa sebarang manfaat pada diri sendiri malah tambah merosakkan hati.

Wallahulalam. Berusaha bermuhasabah melalui jari jemari.. Astagfirullahala'zim

Sunday, April 3, 2011

Aku dengan kesulitan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Presentation without preparation. Serba-serbi kekurangan dan kekalutan bagi presentor. Sungguh kasihan kepada audience kerana banyak keraguan dan ketidakfahaman. Alhmdulillah pensyarah turut membantu dalam hal ini. Tapi markah tetap juga kena tolak. Rasa bersalah pada ahli kumpulan. Selalu jadi camni. Tapi tak serik-serik lagi. Harap inilah kali terakhir aku bersikap begini. Frederica dan Dierdre, maaf sangat-sangat. Dah selalu sangat menyusahkan korang. T_T

Selesai jer presentation kaki meronta untuk segera ke klinik. Dah tak leh nak bertahan tanpa sebarang ubat. Minta bantuan dengan AS, dek kerana dompet kosong dan tak rasa mampu untuk tunggu bas time tu. Hati yang tengah marah ditundukkan atas kepentingan diri sendiri. Bukan kerana menghilangkannya atas dasar berjaya memujuk hati. 

Sampai di bank, kad takde dan no akaun pon takde (nombor disimpan dalam handphone). So,takleh kuarkan duit melalui borang. Sekali lagi, AS yang meminjamkan duit tanpa mulut ini menyatakannya. Rasanya dalam hati ni, sudah cukup untuk menyusahkannya lagi. 

Setibanya di klinik, terus menjalankan prosedure seperti biasa. 70 person before me. Hati terus sabar menunggu giliran. Sedar tidak sedar, dalam keadaan mamai menyedari solat zohor belum dilaksanakan lagi. Kehulur kehilir mencari musolla rupanya sememangnya takde. Yang memelikkan saya, takkn bilik solat staff pon takde. Nak pinjam kejap pon tak bulih ka?. Klinik ni dah la selalu ramai pengunjung setia. Kena menunggu lama.  Untuk menunaikan kewajipan tu takkan tiap kali nak berkejar ke masjid. jauh tuh. Pengunjung yang datang pon bukannya berapa sehat sangat. Saya tidak faham ini. 

Selesai dengan ubatan ditangan gagahkan hati untuk menunggu bas. Ckp soal bas, saya dah lama geram pasal bas di kelantan ni. Selalunya saya kena menunggu sehingga sejam setengah smapai pernah mencecah 2 jam di pondok bas. Tidak kesah pon sebenarnya sebab saya selalunya menggunakan khidmat prebet. Pada keadaan tertentu je guna bas ni. Lagipon tambang bas dan prebet tak jauh beza kalau naik keta ramai2.

Tapi hari ini, bas  takde dan prebet pon takde. Nak call keta prebet, handphone plak yang takde. Public phone harapan terakhir kerana ada no yang melekat di kepala untuk dihubungi. Malangnya publicphone plak rosak. Alahai terpaksa juga menunggu dengan keterikan matahari.

Menunggu dan terus menunggu dengan harapan akan ada mana2 pengankutan yang tiba secepatnya. Dalam hati juga turut berdoa agar ALLAH menyampaikan pesananku pada AS untuk menjemputku. Haha, kali ini aku betul2 berdoa agar ALLAH gerakkan hatinya untuk datang. Dengan linangan airmata, hati berserah pada DIA sepenuhnya dan tidak mengharap padanya lagi kerana memikirkan dia tidak akan datang.

Akhirnya AS datang. Sungguh di luar jangkaan. Allah mengabulkan doa ku. Pada mulanya tidak percaya itu adalah dia, dan terbukti bila dia berhenti di hadapanku. Airmata bertambah deras. Mesej aku sampai. 

Baru kini kusedari kini betapa pentingnya handphone padaku. Time ia bersamaku takde pon aku hiraukan melainkan aku nak buat sesuati urusan. Bukan time tu, ia akan sunyi senyap sendirian walaupun ada panggilan masuk. Kerana biasanya panggilan masuk pon aku tak perasan.

Hari ini serba serbi tak kena. Mungkin ini adalah teguran buatku dan mungkin juga ujian. Berbagai perkara difikirkan. Baru dikurangkan sedikit nikmatNYA, aku terus hilang dalam kesedihan. Terdetik hati bagaimana pula dengan mereka yang ALLAH tarik nikmatNYA lebih banyak dari apa yang aku rasakan. Tiada kata yang mampu diungkapkan melainkan istighfar memohon keampunan padaNYA.