Pages

Thursday, November 28, 2013

With my new hobby

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Saya dengan hobi baru. Haha. Banyak sangat angan-angan saya sebelum ni. Tapi banyak diantaranya yang jumpa jalan mati. then stop. Kira angan-angan tahi ayam la. Tapi kalau ikut tafsiran jiwa, dosa-dosa lalu, atau jauh dengan Allah is salah satu faktor why banyak yang saya buat tidak menjadi. Walhal pon macam tu, itu bukan bermakna saya akan biarkan diri terus kecewa. Tetapkan hati untuk terus memohon ampun pada yang kuasa. bersangka baik sahaja. Allah itu maha mengasihani lagi maha mengampuni. Insha Allah

Now, bertemu dengan aktiviti baru pulak, Tapi kali ni lain plk versinya. I buy sewing machine untuk menemani saya since saya tidak lagi sambung belajar part time. Dengan banyaknya masa free, saya boleh jadi gila atau membazir untuk yang sia2. So, i choose tuk bercinta dengan mesin jahit pula. Hilang la boring saya disamping boleh bergaya dengan hasil tangan sendiri. jimat sikit duit yang tidak berapa nak ada ni. hehe

Act dunia jahitan ni tidak la baru atau asing bagi saya. Sebab 14 years ago saya selalu diminta tuk jahit baju kurung budak tadika. Sambung2 saja la. Guntingnya tetap my sis. Sebab takut sy rosakkan kain. Dengan dorongan sedikit upah, saya mengagahkan diri .Dan secara tidak sedar i got sedikit skill in jahitan ni. Alhamdulillah

Sangat tidak mudah mengunting +menjahit ni. banyak yang dah lupa. Sudah lama berlalu. Tapi tidak apa. Saya tetap pilih this skill tuk jadi peneman hidup saya. Tidak rugi pun belajar. Esok2 insha Allah berguna. Feeling excited with new challenge. Hehe

So dengan rezeki lebih yang saya dapat 2,3 bulan lalu saya beli lah 2 mesin singer ni. Asalnya nak buat deposit tuk buy a car. Tapi disebabkan isu 12 tahun lupus car tu, sy padam hasrat beli 2nd hand car. Tunggu rezeki lain pulak to buy own car. :)

Mempersembahkannnnn..

Dua mesin ni tidak boleh dipisahkan taw. =)

Inilah hasil tangan pertama saya. since saya suka pakai skirt dan sangat kesah pakaian ketat2 ni, so saya pilih cutting umbrella. Alhamdulillah selesa pakai.

...................
kembang mengembang sudahhh.. =D

Kalau dulu saya keseorangan dihimpit keboringan, sekarang tidak lagi. Masa lapang saya guna untuk menjahit mana-mana style yang berkenan. sambil tambah2 style sendiri. Baju kurung pun dah nak siap. Tengah solve masalah nak buat bahagian leher ja. Since i still dont have time to learn at KEMAS, I am use to refer buku, my sis and tenet. Alhamdulillah banyak sumber yang saya boleh rujuk. 

Akhir kata, buatlah apapun diatas muka bumi Allah ni dengan menjaga mutiara kata dibaliknya (niat). Agar kelak ia berbuah pahala dan masa itu tidak lah berlalu sia. :)

Thursday, November 14, 2013

Masa emas saya..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah yang sentiasa membuka ruang untuk hambaNya memperbetulkan dan memperbaiki tiap kezaliman/kecuaian/kalalaian terhadap diri sendiri. Alhamdulillah kesedaran datang juga mendamping walau hati dalam keadaan lebih kepada dunia dari mengutamakan akhirat. Alhamdulillah ruang itu terbuka lagi.

Dalam masa menyepi dari realiti, saya gagahkan juga mengikuti program yang boleh bawa saya kembali kepada Allah. Almaklumlah, perasaan ini selalu saja memikirkan diri ini lebih pada islam atas kad pengenalan sahaja. Akidah yang tidak mantap kawan saya kata(gangguan emosi). Mana tidaknya. Perintah Allah diabaikan. SyariatNya dilanggar dalam keadaan mengetahui. Tidak masuk lagi yang buat tanpa kesedaran dan keikhlasan. Entah apa mau jadi laaaaa. It means nafsu bertahta di hati. Bukan Dia. Jadi, ini adalah salah satu suntikan usaha pada hati agar kembali merebut tahta yang telah dirampas. 

Panelis ni hebat2 belaka. Sudah menjelajah kesana sini. hebat2. hehe

Saya tidak pergi seorangan. Sempat mengajak seorang sahabat non-muslim. Kebetulan dia ni telah lama berminat dengan islam. Doa pun banyak yang telahpun ada kat kepalanya. Kadang yang mengaku islam pun tidak semua tahu doa2 tu. Gigih sungguh dia berusaha mencari jalan yang benar. Cuma tidak sampai lagi hidayah tu. Bnyak yang perlu diambil kira. Yelah, kalau boleh mestilah nak memilih secara baik2. Pendapat sekeliling tetap kena ambil kira. Lagi2 family tercinta. Tidak mahu la sampai gaduh2 dan putus saudara kan. Apapun harap Allah beri petunjuk dan hidayah pada dia sebelum kembali kepada Dia.  

GAMBAR TELAH DI PADAM KERANA AURATNYA ADALAH
UNTUK YANG BERHAK SAHAJA. :)

Stacy binatus and me at Dewan Konvokensyen USM

Sebelum program start sempatlah shopping dulu. ada gerai jual pakaian dan tudung yang buka. Pantang tengok terus maju. padahal dompet tidak lah berisi mana pun. huhu.. Dalam masa saya sibuk mencari tudung shawl, budak ni rupanya sibuk juga memilih tudung untuk diri dia. Alhamdulillah. Tak sangka pulak dia boleh berkenan sangat dengan tudung dalam gerai tu. and the last saya just beli handsock, dia yang beli tudung. 2 helai plak tu. semangat betul dia. 

Gambar dia bertudung. comel kan dia? Melaram bagai lah budak ni. Padahal tudung pinjam je..hehe

.................

Actually, tidak lah faham mana apa yang panel lain sampaikan (selain brother kamaruddin). Penggunaan "full english" merencatkan usaha saya untuk sedikit mengenal apa yang mereka yakini. Tapi itu tidak menjadikan saya boring duduk sana. Sebab tujuan saya kesana pon  mahu membetulkan akidah saya. Goyah sangat. Dasar ni kalau tak di kukuhkan memang tambah rencat la langkah saya.  

Tiga ahli panel yang duduk bersama berkongsi tentang agama yang diyakini, kelihata masing2 sangat strong dengan kepercayaan mereka. Hindu, kristian dan islam, masing2 menyampaikan hujah mereka dengan tidak terpengaruh dengan agama panel lain. 

Untuk panel bro kamaruddin, alhamdulillah ada yang saya dapat tangkap untuk makanan hati saya disana. Persoalan yang dilontarkan dan jawapan yang diberikan serta bukti2 yang diselitkan dalam Al-Quran mengetuk kembali jiwa yang ingin memantapkan akidah mereka. Alhamdulillah. Walau tidak sebanyak mana, hopefully yang sedikit ni boleh dihadam dengan baik. Tapi saya tidak lah mahu menghuraikannnya atau berkongsi dengan kamu semua. Hati tidak bersedia lagi. Walau memberi itu lebih baik, saya redha keadaan diri saya yang hanya mampu menerima bila masuk soal penghayatan pada agama. 

Apa-apapun satu yang jelas saya lihat pada tiap pendengar yang datang, ada juga sememangnya dengan agama masing2. juga atas IC. tapi, tidak lah tahu banyak sangat pasal agama masing2. Pokok dan dasarnya. sekadar menganuti. dan mungkin juga sebab sudah peninggalan orang2 yang dahulu. lantas agama itu dianuti. Orang islam dengan agama islam. orang kristian dengan agam kristian. orang hindu dengan agama hindu.
 (Ini hanya pandangan kasar saya sahaja. bukan fakta atau auta)

Dalam pengangan agama, masing2 juga cuba mendalami atau mengenali agama yang diperjuangkan. Begitu juga saya. kepercayaan yang disokong dengan tindakan. kini agak sukar bagi saya. Masa penyampaian memang kelihatan agama islam banyak peraturan yang kena diikuti. Juga suruhan yang kena dilaksanakan. Itu la yang membezakan agama islam dengan agama lain. Tapi andailah syariat tetap dilanggar, Suruhan lantas megah ditinggalakan, apa beza saya dengan agama lain. Sebab orang dulu2 mengucap kalimah syahadah maka saya lahir dengan ucapan syahadah mereka. Tapi apa gunanya. Allah tidak menilai sesorang atas siapa mak, ayah, datuk dan nenek juga moyang dorang. Allah menilai atas diri dan jasad dimana roh itu menumpang. Allah menilai semua yang ada di muka bumi ni secara individu! Bukan melalui keturunan. 

Apapun syabas buat 3 penelis. For brother kamaruddin, im really proud with you!! Moga Allah redha juga merahmati the whole life you have. For me, moga saya mampu lepas serendah-rendah tahap ujian yang Allah berikan pada saya sekarang. 

nota hati : Saya bangga dengan agama saya!!--> where your aaactioooonnnn!!

Sunday, November 3, 2013

Lupa daratan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Lupa daratan...
Jangan lupa daratan..
Jangan..
Dari mana kita datang dan dimana kita akan dikembalikan.

Jangan. Jangan lupa daratan..
Yang kita akan menjadi jenazah kelak. Membawa pergi hanya kain itu. Kain kafan

Jangan. Jangan lupa daratan
Yang kita akan dibangkitkan dan dihisab satu persatu. Siapa kita didunia akan ditayangkan kembali kelak disana. Lakonan demi lakonan dipersembahkan. Dan Allah beri ganjaran berupa syurga atau neraka

Jangan. Jangan lupa daratan.
Kita akan MATI!!
Membawa bersama hati dengan kondisi yang terakhir

sakit?
mati?
bersih?

Jangan lupa daratan!!

Lembutlah kembali hati yang kian mengeras dan membatu. ALLAH!

Tuesday, March 5, 2013

Be positif!!!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ada kala 
Disaat kamu bangun pagi
Keadaan tidak seperti yang kamu jangkakan terjadi
Everything going to so badly
Itulah saat dan ketika kamu harus positif pada diri sendiri
Membisikkan
"Nothing too worry much and ask for Allah's guide"
-->"keadaan akan kembali pulih"<--

Ada saat ketika manusia mengecewakanmu
dan membuatmu sedih
itulah saat kamu harus mengingatkan diri sendiri
untuk percaya pada penilaian dan pendapatmu sendiri
untuk tetap fokus pada keyakinan akan diri sendiri
akan ada tentangan dan perubahan yang harus kamu hadapi dalam hidup
Bagaiman untuk menerimanya, itu terpulang keatas kamu
Tetaplah jaga dirimu pada arah yang tepat untuk mencapai matlamatmu
Memang tidak mudah
tapi masa2 sukar itu akan menyedarkan tentang jati dirimu yang sebenar

Maka, bila hari-harimu dipenuhuhi dengan "stress"
dan tanggungjawab yang membebani
ingatlah untuk tetap yakin pada dirimu sendiri dan
segala yang kamu inginkan dalam hidupmu
kerana semua halangan dan cabaran itu akan membantumu
menemukan matlamat yang kamu inginkan dalam hidupmu

yakinlah pada dirimu
yakinlah pada dirimu
yakinlah pada dirimu

No point to dissapointed and give up. 
Mujahid/Mujahidah Allah itu sememangnya akan sentiasa diUJI

Thursday, February 21, 2013

Dirimu tetap hebat!!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dirimu terhias sebagai sebaik-baik ciptaan, Maka jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah, Berjihad pada jalan Allah, Jadikanlah dirimu fatayat yang dijulang, Cantik dipandang susah untuk dipegang, Jadikanlah dirimu manis, Yang tidak pernah kalah, Dengan redup panahan mata Adam, Biar nafsumu hidup dalam Tarbiyyah di jalan Dakwah, Bertahtakan darah dan air mata perjuangan, Dititipkan atas warkah, Penuh kemuliaan dan Dikirimkan untuk mujahidah menuju Allah. -indah madah seorang srikandi-

Andai "satu ketika" dirimu pernah kecundang. Tewas mendidik hawa nafsumu. Kalah dengan bait-bait kata dari dirimu sendiri. Usahlah dikenang dan ditangisi lagi "satu ketika" itu. Bersyukurlah Allah tidak pernah meninggalkanmu. Didikan dan tegurannya datang juga. Tika kini dirimu telah sedar akan kesilapan langkah yang kamu orakkan maka bangkitlah semula. "Suatu ketika" itu bukan suatu yang sia-sia. Ada hikmah yang Allah aturkan buatmu. Bangkit dan atur lah langkah mu semula sayangku mujahidah Allah. T_T

Ambillah masa
Bersendiri, Merenung
Menghitung dosa-dosa
Memahami keperluan diri
Mengenalpasti kesalahan dan kelemahan diri
Serahkan mutlak dirimu pada yang EMPUNYA
.......
Semua akan kembali pulih
Bersabar dan teruslah bermunajat denganNya
Dirimu pasti tidak akan kecewa

Mengenangkan kisah. "Suatu ketika" itu sangat memberi impak yang besar pada keyakinan diri. Everything is lost. Only headache and fever yang meneman. Hilang semangat. Hilang punca. Tersungkur baring disofa empuk. Dunia kelihatan suram. Seisi dunia seperti sedang mentertawakan. "Kononnya mujahidah Allah. Tapi bertopengkan keimanan semata". 

Terinigin mengakhiri semua. maka langkah bodoh yang boleh memurtadkan dipilih. Akal cetek menguasai hati. Astagfirullahala'azim......Alhamdulillah Allah masih meminjamkan nafaz dan fizikal. Memberi waktu untuk bertaubat.

And now, your journey begin again. Start from zero. Survive and independent. No matter how terrible you in past, let it become your lesson to face your future. You still is what you think. So, try hard to be positif. 

**The Choice in your hand!!!.**

Wednesday, January 16, 2013

by GENTA RASA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Seorang Suami Bernama Muhammad S.A.W...

Jika ingin membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah masing-masing dan sayangi keluarga kita. Insya-Allah, apabila keluarga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. Oleh itu, apabila dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga. Ribut dalam cawan rumah tangga boleh mencetuskan badai di seantero dunia.
Perkara yang pertama dan utama dalam hidup seorang lelaki bernama suami adalah keluarga. Tidak ada gunanya dia berjaya di peringkat yang tinggi dan dalam bidang apa sahaja… sekiranya rumah tangganya sendiri berantakan. Justeru, Allah telah awal-awal lagi mengingatkan melalui firmanNya yang bermaksu, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka!
Setiap lelaki pasti ditanya tentang kepimpinanya. Dan kepimpinan yang pertama akan dipersoalkan di Hari Akhirat nanti, bukan kepimpinan masyarakat, organisasi, jabatan,  kabinet atau negaranya… tetapi kepimpinan dalam keluarganya. Seorang wanita mudah masuk ke dalam syurga walaupun tanpa suami bersamanya, tetapi seorang lelaki sangat sukar masuk ke syurga tanpa isterinya. Seorang suami hanya layak ke syurga apabila semua yang berkaitan isteri dan anggota keluarganya sudah dipersoalkan.
Oleh kerana itu tertib dalam usaha membina kehidupan yang baik dimulakan dengan membaiki diri, kemudian membaiki rumah tangga dan seterusnya pancarkanlah sinar dalam rumah tangga itu ke tengah masyarakat. Bukankah sinar Islam itu pun bermula dari rumah Rasulullah saw? Nur wahyu dari gua Hira’ terpancar ke dalam diri Rasulullah, kemudian menyinari jiwa Khadijah dan kemudian dari situlah… bermulanya cahaya Islam ke dalam masyarakat Arab di Makkah, seterusnya merebak ke Madinah dan akhirnya tersebar ke seluruh semesta.
Justeru, sebelum kita mencari pengiktirafan sebagai pengurus, pengarah, CEO, menteri, perdana menteri, Presiden, raja dan sultan yang berjaya, carilah dahulu pengiktirafan dari dalam rumah tangga sendiri. Jadilah suami yang berjaya. Tegasnya, kita belum benar-benar diiktiraf sebagai seorang yang baik sekiranya belum menjadi suami yang baik. Sekiranya kita bertanya siapakah orang yang paling baik? Dengarlah jawapan dari Rasulullah saw ini: ”Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik diantara kamu terhadap keluargaku.”
Mari sejenak kita layangkan fikiran dan terbangkan rasa menjelajah rumah tangga Rasulullah. Kita saksikan bagaimana manusia agung ini berjuang dalam gelanggang yang paling kecil tetapi sangat besar pengaruhnya kepada pembinaan ummah. Ya, bagaimana sikap, cakap dan diam baginda sebagai seorang suami. Semoga kita tidak hanya mengumpul riwayat dan hikayat, tetapi benar-benar menghayati makna sirah yang tersurat dan tersirat.
Adakalanya baginda pulang ke rumah lewat malam malah  menjelang dinihari. Kerja dakwah dan memimpn masyarakat acapkali menyebabkan baginda berenggang dengan isteri. Sejarah menceritakan bagaimana baginda tidak akan mengetuk pintu rumah untuk mengejutkan isteri yang sedang nyenyak tidur. Bahkan dibentangkannya sahaja kain ridaknya lalu dijadikan lapik untuk baginda tidur di muka pintu.
Apabila baginda bertanya kepada isterinya apakah pada hari itu ada makanan untuk dimasak dan apabila isterinya menjawab tidak ada… baginda akan tersenyum lalu memutuskan pada hari itu baginda akan berpuasa. Tenang dan indah sekali. Pada hari ada rezki untuk dimakan, baginda syukur. Apabila tidak ada, baginda sabar.
Sejarah menceritakan juga bagaimana baginda sendiri menjahit bajunya yang koyak dan menampal kasutnya yang bocor. Walaupun dia insan yang paling agung dan mulia, tetapi sentiasa sedia turun ke bawah membuat kerja-kerja yang dianggap remeh dan kecil oleh lelaki-lelaki lain yang kononnya lebih hebat dan unggul. Mereka terlupa bahawa pemimpin yang hebat ialah mereka yang rela membuat kerja-kerja kecil tetapi dengan jiwa yang besar. Dan Rasulullah telah membuktikan hakikat itu!
Bayangkan baginda yang sering menangis, bimbang dan takut akan nasib umatnya di akhirat tetapi masih punya masa untuk bergurau senda dengan isteri-isterinya. Bukan sekali baginda berlumba lari dengan iserinya hinggakan Aisyah berkata, “adakalanya baginda menang, adakalanya aku menang.” Sikap baginda yang romantik itu merupakan sesuatu yang masih sangat baru di kalangan umat Arab, kerana baru beberapa tahun sebelumnya wanita dianggap warga kelas dua sehingga bayi perempuan pun biasa ditanam hidup-hidup.
Sikap ‘gentleman’ dan romantik baginda bukan sahaja pada Aisyah yang jelita tetapi juga pada Saudah, seorang janda yang telah dinikahi oleh baginda ketika telah berusia. Oleh kerana Saudah telah tua dan kurang berdaya  dan badannya yang besar, baginda sering melipatkan lututnya untuk dipijak oleh Saudah apabila isterinya hendak menaiki unta. Sebagai perbandingan,  ramai daripada para suami kini yang membuka pintu kereta untuk isterinya?
Sekiranya terbayang juga kebimbangan pada raut wajahnya ketika masuk ke rumah isterinya, baginda akan menjawab jika isterinya bertanya kenapa? Ketika peristiwa perjanjian Hudaibiyah dimetrai dan para saabat begitu sedih sehinggakan tidak sedar akan perintah Rasulullah supaya bercukur dan menyembelih binatang, Ummu Salamah mendengar kebimbangan baginda itu lalu mencadangkan agar Rasulullah saw dahulu yang bercukur dan menyembelih korban…
Mata baginda bersinar atas cadangan dan pandangan isterinya lantas keluar semula lalu bercukur dan menyembelih kambing tanpa berkata sepatah pun kepada sahabat-sahabatnya. Baginda ‘bercakap’ dengan sikap seperti yang dicadangkan oleh Ummu Salamah. Dan melihat perbuatan baginda itu, para sahabat tersentak, tersedar lalu turut bercukur dan menyembelih binatang.
Bayangkan betapa besarnya jiwa baginda tetapi masih sudi mendengar cadangan daripada para isterinya. Jika benar dan betul, baginda akan menerimanya tanpa rasa malu dan ego. Tetapi jika batil dan salah, baginda tidak akan mengalah atau berundur walaupun selangkah.
Pernah baginda dihadiahkan seekor kambing untuk dimakan bersama keluarga. Baginda meminta Aisyah agar memberikan daging-daging kambing kepada orang yang lebih memerlukan. Aisyah dengan segera menunaikan perintah baginda… cuma ditinggalkan sedikit yakni bahagian kaki untuk Rasulullah saw. Ya, Rasulullullah gemar memakan kambing terutama bahagian kakinya dan itulah yang dititip oleh Aisyah untuk suaminya tersayang.
Apabila tiba waktu makan, Rasulullah bertanya apakah daging-daging kambing itu telah diberikan kepada fakir miskin? Lantas Aisyah menjawab sudah kecuali bahagian kaki yang dimasak untuk baginda. Baginda tersenyum gembira, namun masih sempat mengingatkan isterinya dengan kenyataan  yang penuh tarbiah dan hikmah, bahawa semua bahagian kambing itu menjadi hak mereka di akhirat kecuali bahagian kaki itu!
Di rumah baginda sentiasa tersenyum, ceria dan menolong kerja-kerja rumah. Hanya apabila azan bergema baginda akan berhenti dan serta merta menuju masjid seolah-olah tidak mengenal isterinya lagi. Jangan terkejut jika diberitakan adakalanya baginda akan mandi bersama dengan isterinya dan menceduk air dari bekas yang sama. Bukan berlakon-lakon, jauh sekali mengada-mengada, tetapi itulah realiti peribadi Rasulullah, insan paling kasih, paling sayang, yang segala perbuatannya lahir dari hati nurani yang paling murni. Sifat romantiknya lahir dari hati.
Banyak kali baginda mengingatkan, agar suami berlaku baik kepada wanita dan digalakkan bergurau senda dan bermain-main dengan isteri. Baginda bersabda:” bermain-main itu boleh dalam tiga hal. Ketika melatih kudamu, memanah dan bercanda dengan isterimu.” Biasa baginda mencium isterinya, ketika hendak berpergian jauh ataupun dekat, lama atau sekejap. Ciuman yang bukan hanya apabila nafsu bergolak, tetapi ciuman cinta yang lahir dari hati yang penuh kasih, kasihan dan sayang.
Baginda adalah suami yang ‘sporting’. Suatu ketika pada suatu Hari Raya, Sayidina Abu Bakar masuk ke rumah Aisyah di mana pada ketika itu ada dua orang perempuan sedang menari dan memukul gendang, sedangkan nabi menutup dirinya dengan baju (tidak melihat), maka Abu Bakar yang melihat keadaaan itu membentak kedua wanita tersebut, lalu Rasulullah menampakkan wajahnya seraya berkata, “hai Abu Bakar, biarkanlah mereka, sekarang adalah Hari Raya.”
Baginda minum daripada gelas yang sama dengan isterinya. Bahkan baginda mencecahkan bibirnya pada tempat di mana betul-betul bibir isterinya minum. Bahkan pada saat-saat akhir pemergiannya pun baginda meminta Siti Aisyah melembutkan kayu sugi dengan menggigitnya dan kemudian baginda minta disugikan dengan kayu sugi tersebut. Hinggakan kerana itu Aisyah menyatakan air liurnya dan air liur baginda bertemu sehingga saat akhir menuju kewafatannya.
Apabila baginda berada di bulan Ramadan, sentiasa baginda akan bangun pada waktu dinihari untuk solat dan munajat. Demi kasih sayang terhadap isteri, baginda akan mengejutkan mereka untuk sama-sama memburu kecintaan Allah. Tidak digerakkan isterinya  dengan gerakan yang kasar ataupun lengkingan suara yang tinggi, tetapi cuma disentuh dengan penuh kasih sayang dan dibelai dengan kata-kata bujukan.
Jika kita ingin menjadi suami… contohilah seorang suami yang bergelar Rasulullah – utusan Allah yang membuktikan kepada kita bahawa perkahwinan itu bukan hanya soal hidup bersama  tetapi ‘cinta bersama’ buat selama-lamanya.
Masyhurlah kemudiannya kata-kata “marriage is loving-together, not just living together” namun Nabi Muhammadlah suami yang membuktikan hakikat itu dalam kehidupan berumahtangganya lebih 1400 tahun yang lalu.Teladanilah seorang suami bernama Muhammad s.a.w.
nota hati : **Letak akhirat itu di hati, pasti dunia dalam genggaman!!!!!!"