Pages

Thursday, November 14, 2013

Masa emas saya..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah yang sentiasa membuka ruang untuk hambaNya memperbetulkan dan memperbaiki tiap kezaliman/kecuaian/kalalaian terhadap diri sendiri. Alhamdulillah kesedaran datang juga mendamping walau hati dalam keadaan lebih kepada dunia dari mengutamakan akhirat. Alhamdulillah ruang itu terbuka lagi.

Dalam masa menyepi dari realiti, saya gagahkan juga mengikuti program yang boleh bawa saya kembali kepada Allah. Almaklumlah, perasaan ini selalu saja memikirkan diri ini lebih pada islam atas kad pengenalan sahaja. Akidah yang tidak mantap kawan saya kata(gangguan emosi). Mana tidaknya. Perintah Allah diabaikan. SyariatNya dilanggar dalam keadaan mengetahui. Tidak masuk lagi yang buat tanpa kesedaran dan keikhlasan. Entah apa mau jadi laaaaa. It means nafsu bertahta di hati. Bukan Dia. Jadi, ini adalah salah satu suntikan usaha pada hati agar kembali merebut tahta yang telah dirampas. 

Panelis ni hebat2 belaka. Sudah menjelajah kesana sini. hebat2. hehe

Saya tidak pergi seorangan. Sempat mengajak seorang sahabat non-muslim. Kebetulan dia ni telah lama berminat dengan islam. Doa pun banyak yang telahpun ada kat kepalanya. Kadang yang mengaku islam pun tidak semua tahu doa2 tu. Gigih sungguh dia berusaha mencari jalan yang benar. Cuma tidak sampai lagi hidayah tu. Bnyak yang perlu diambil kira. Yelah, kalau boleh mestilah nak memilih secara baik2. Pendapat sekeliling tetap kena ambil kira. Lagi2 family tercinta. Tidak mahu la sampai gaduh2 dan putus saudara kan. Apapun harap Allah beri petunjuk dan hidayah pada dia sebelum kembali kepada Dia.  

GAMBAR TELAH DI PADAM KERANA AURATNYA ADALAH
UNTUK YANG BERHAK SAHAJA. :)

Stacy binatus and me at Dewan Konvokensyen USM

Sebelum program start sempatlah shopping dulu. ada gerai jual pakaian dan tudung yang buka. Pantang tengok terus maju. padahal dompet tidak lah berisi mana pun. huhu.. Dalam masa saya sibuk mencari tudung shawl, budak ni rupanya sibuk juga memilih tudung untuk diri dia. Alhamdulillah. Tak sangka pulak dia boleh berkenan sangat dengan tudung dalam gerai tu. and the last saya just beli handsock, dia yang beli tudung. 2 helai plak tu. semangat betul dia. 

Gambar dia bertudung. comel kan dia? Melaram bagai lah budak ni. Padahal tudung pinjam je..hehe

.................

Actually, tidak lah faham mana apa yang panel lain sampaikan (selain brother kamaruddin). Penggunaan "full english" merencatkan usaha saya untuk sedikit mengenal apa yang mereka yakini. Tapi itu tidak menjadikan saya boring duduk sana. Sebab tujuan saya kesana pon  mahu membetulkan akidah saya. Goyah sangat. Dasar ni kalau tak di kukuhkan memang tambah rencat la langkah saya.  

Tiga ahli panel yang duduk bersama berkongsi tentang agama yang diyakini, kelihata masing2 sangat strong dengan kepercayaan mereka. Hindu, kristian dan islam, masing2 menyampaikan hujah mereka dengan tidak terpengaruh dengan agama panel lain. 

Untuk panel bro kamaruddin, alhamdulillah ada yang saya dapat tangkap untuk makanan hati saya disana. Persoalan yang dilontarkan dan jawapan yang diberikan serta bukti2 yang diselitkan dalam Al-Quran mengetuk kembali jiwa yang ingin memantapkan akidah mereka. Alhamdulillah. Walau tidak sebanyak mana, hopefully yang sedikit ni boleh dihadam dengan baik. Tapi saya tidak lah mahu menghuraikannnya atau berkongsi dengan kamu semua. Hati tidak bersedia lagi. Walau memberi itu lebih baik, saya redha keadaan diri saya yang hanya mampu menerima bila masuk soal penghayatan pada agama. 

Apa-apapun satu yang jelas saya lihat pada tiap pendengar yang datang, ada juga sememangnya dengan agama masing2. juga atas IC. tapi, tidak lah tahu banyak sangat pasal agama masing2. Pokok dan dasarnya. sekadar menganuti. dan mungkin juga sebab sudah peninggalan orang2 yang dahulu. lantas agama itu dianuti. Orang islam dengan agama islam. orang kristian dengan agam kristian. orang hindu dengan agama hindu.
 (Ini hanya pandangan kasar saya sahaja. bukan fakta atau auta)

Dalam pengangan agama, masing2 juga cuba mendalami atau mengenali agama yang diperjuangkan. Begitu juga saya. kepercayaan yang disokong dengan tindakan. kini agak sukar bagi saya. Masa penyampaian memang kelihatan agama islam banyak peraturan yang kena diikuti. Juga suruhan yang kena dilaksanakan. Itu la yang membezakan agama islam dengan agama lain. Tapi andailah syariat tetap dilanggar, Suruhan lantas megah ditinggalakan, apa beza saya dengan agama lain. Sebab orang dulu2 mengucap kalimah syahadah maka saya lahir dengan ucapan syahadah mereka. Tapi apa gunanya. Allah tidak menilai sesorang atas siapa mak, ayah, datuk dan nenek juga moyang dorang. Allah menilai atas diri dan jasad dimana roh itu menumpang. Allah menilai semua yang ada di muka bumi ni secara individu! Bukan melalui keturunan. 

Apapun syabas buat 3 penelis. For brother kamaruddin, im really proud with you!! Moga Allah redha juga merahmati the whole life you have. For me, moga saya mampu lepas serendah-rendah tahap ujian yang Allah berikan pada saya sekarang. 

nota hati : Saya bangga dengan agama saya!!--> where your aaactioooonnnn!!

No comments:

Post a Comment