Pages

Tuesday, March 29, 2011

Perjuangan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang 
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam 
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian 
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa

By  Saff One

Monday, March 28, 2011

Cinta itu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

“Cinta kerana Allah tidak akan bertambah hanya kerana orang yang engkau cintai berbuat baik kepadamu, dan tidak akan berkurang kerana ia berlaku kasar kepadamu.” Yang demikian itu kerana cinta anda tumbuh bersemi kerana adanya iman, amal sholeh dan akhlaq mulia, sehingga bila iman orang yang anda cintai tidak bertambah, maka cinta andapun tidak akan bertambah. Dan sebaliknya, bila iman orang yang anda cintai berkurang, maka cinta andapun turut berkurang. Anda cinta kepadanya bukan kerana material, pangkat kedudukan atau wajah yang rupawan, akan tetapi kerana ia beriman dan berakhlaq mulia. Inilah cinta suci yang abadi tak lekang diterpa angin atau sinar matahari, dan tidak pula luntur kerana lebatnya air hujan.
(Yahya bin mu'az)

Bagaimanakah cinta kerana ALLAH itu

Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman.Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana  jika kalian melakukannya nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian! 
(HR. Muslim).

Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata.
 (HR. Bukhari).

Hadis dari Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban, ia berkata:
 
Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum tapi tidak mampu beramal seperti mereka? Rasulullah SAW bersabda, “Engkau wahai Abu Dzar, akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai.” Abu Dzar berkata; maka aku berkata, “Sungguh, aku mencintai Allah dan RasulNya.” 
Abu Dzar mengulanginya sebanyak satu atau dua kali.

Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.
 (HR. Al-Hakim).

................................
 
Betapa besarnya pahala bila hati itu betul-betul bercinta kerana DIA.
Betapa nikmat syurga itu pasti akan dapat kita rasai kerana kasih sayang kita keranaNYA.

Siapa kata kita tidak boleh untuk mengasihi manusia yang tidak kita kenali atau yang langsung tidak pernah kita temui. Bukankah Rasulullah s.a.w juga mencintai dan sangat mengasihi kita walhal jarak masa kita dengan dia sangat jauh.

Kenapa hanya nak akrabkan yang sedia ada atau dah dikenali? Bukankah menyebarkan ukhwah kearah yang diredhai itu juga adalah baik. Kita semua bersaudara. Jadi kenapa nak meletak benteng kukuh antara kita hanya kerana kita tidak pernah bertemu. spread our "hasanah" itulah yang patut kita tingkatkan. Semua juga bermula dengan perkenalan.

Alam maya atau realiti, asalkan niat tetap sama dan syara' itu dijaga, kita tetap boleh berkasih sayang keranaNYA. Fokus kita adalah DIA bukan sebab nak tarik perhatian manusia lainnya semata. 

Sunday, March 27, 2011

USA-3

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hari- hari bakiku di KTD terus berlalu dengan pantas. Tinggal 2 bulan sahaja untuk aku persiapakan hati ini sebelum menempuh alam yang lebih mencabar. Alam dimana aku akan berjauhan dengan keluarga, pensyarah, sahabat yang selama ini banyak mengajar dan membantuku berdepan dengan hakikat kehidupan.

Timbul rasa sebak, kerinduan, kesedihan dan pelbagai perasaan yang datang tanpa diundang. Adakah hubungan kami terus segar erat bertapak di hati. Adakah akan kutemui lagi insan-insan ini di luar sana. Tempat ini telah memberikan banyak kenangan dan nikmat yang sememangnya aku tidak pernah temui dahulu. Pensyarah yang tekun dan baik hati, sahabat yang tidak jemu menemani susah dan senang, didikan dan teguran tanpa kenal erti bosan pada hati untuk lebih mengenali DIA..Huh!, aku mula merasa takut. Aku takut kehilangan ini.

Masa yang tinggal ini akan cuba dimanfaatkan sebaiknya. Kita tidak tahu apa yang berlaku pada esok hari. Even sesaat selepas ini pun kita tidak akan mengetahui. Kerana itu rahsia ALLAH supaya kita menghargai masa-masa y kita lalui.

Terlalu banyak mutiara iman di tempat ini. Tapi dah banyak sangat yang aku tak dapat capai dan tak kurang yang terlepas dari  genggaman.  Aku mula terkesima.

Pergantungan dan mengharap sepenuhnya pada DIA dan membuat sesuatu keranaNYA semata. Inilah pelajaran yang akan aku cuba untuk hadamkan sepenuhnya. Kerana aku tahu, bila keyakinan dan hubungan aku dengan DIA bertambah baik, maka jalan untukku akan terbuka luas. Aku akan berfikiran lebih matang dan bersemangat. Ya. Aku nak pastikan perkara ini selesai sebelum aku keluar dari tempat ni. Paling tidak pun ada peningkatan dan aku boleh berkelakuan sebagai manusia yang berguna pada manusia lainnya.

Disaat aku cuba tarik hati ini, disaat ini juga aku berdepan dengan pelbagai cabaran yang tidak diduga. Aku berhadapan dengan mereka dengan pelbagai prasangka. Hati aku terus rasa sakit. Inilah ujian aku.

Tapi ini bukan penghalang aku, aku akan terus berusaha. dia kata, "bersabar sikit sahaja lagi, aku dah nak lepas dengan ujian ini". Ya. Aku juga yakin itu. aku tak kan putus asa. dia yang lain juga kata, "dont stop". Ya. Aku tak kan berhenti. Berehat seketika mungkinlah. Tapi tidak untuk give up. Ada banyak lagi ujian yang perlu aku lepasi. Jadi aku tak akan mengaku kalah. Never

Kalau betul mereka memang sudah tidak ada masa untukku lagi. Mengabaikan aku pada zahirnya. Aku terima. Munkin ini didikan ALLAH untuk aku belajar bergantung harap sepenuhnya pada DIA. Dan mereka pasti ada sebab untuk berbuat begini, dan pasti mereka tetap mendoakan aku selalu.

Husnuzhon pada ALLAH dan mereka, itulah jalan terbaik.

Aku adalah sebaik penciptaan. So, aku kena hargai itu
Aku akan terus membina diri!
Dalam kesakitan mahupun kesenangan.
Sakit hanya di dunia, di sana tidak akan lagi. Malah penuh dengan nikmat yang tidak dijangka.
Aku akan berusaha!
Aku akan berusaha!
Aku akan berusaha!

Oh hatiku
Please be strong
Teruslah bersabar
Indah sabar itu akan kau rasai juga
Percayalah bisik hati kecilmu ini.

Saturday, March 26, 2011

USA-2

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Seringkali kita melihat, sahabat bertindak mementingkan diri pada suatu keadaan, namun pernahkah kita terfikir sahabat ini mempunyai kepentingan lain yang perlu dilakukan? Apa dalam hati, jawapan hanya pada Allah.  Begitu sukar untuk menunjukkan wajah kita sentiasa gembira dalam keadaan hati banyak masalah, kepala penuh persoalan dan fikir macam2 tentang dunia hari ini. Cuba untuk menunjukkan kegembiraan, suka dan bahagia pada semua, lagi susah untuk menyembunyikan apa yang dalam hati supaya tak terpancar di wajah. Tapi perkara ini berkaitan bukan?

Apabila banyak hati perlu dijaga, akan ada hati yang perlu dikorbankan demi memastikan akan ada hati yang terubat walau hati sendiri tak rela dengan mengorbankan hati sahabat-sahabat ini. Akan tetapi, apabila Allah tetap diletakkan paling tinggi sekali, tiada perlu kerisauan, kegelisahan atau kebimbangan. Pasti akan datang petunjuk dan bantuanNYA.

Sebelum terfikir untuk menjaga hubungan dengan orang lain (habluminannass), terlebih dahulu fikir tentang penjagaan hubungan dengan ALLAH (habluminAllah). Kesahkan hati kita dengan DIA terlebih dahulu dalam masa yang sama kita cuba kesahkan hati kita dengan orang lain. Jaga hati DIA terlebih dahulu dalam masa yang sama cuba jaga hati orang lain. Jika kita gagal menjaga hati orang lain padahal kita cukup jaga hati kita dengan DIA, itu bukan satu kegagalan tapi mungkin juga satu proses ALLAH mendidik hati kita dan dia. Allah lah yang memiliki hati- hati kita. Pemilik seluruh alam. Ayuh kita rujuk pada DIA. Pada tiap kejadian, pasti ada hikmah disebaliknya.

Apabila da’ie tidak menjaga hatinya, maka rosaklah dirinya, terfitnahlah Islam kerana nya,dan runtuhlah dakwah di tangannya,Kejayaan dakwah bukanlah terletak pada Kepandaian seorang da’ie berkata-kata, Bukanlah kecantikan paras rupa,Bukan juga dengan aktif berpersatuan. Tetapi terletak pada keikhlasan &Kejernihan hatinya.Maka waspadailah hatimu selalu agar ia terselamat dari kekotoran nafsu yang menipu.

Ya Allah, letakkan hatiku bersandar hanya padaMU.
Bila manusia bersandar pada makhlukNYA,
Tika terpisah rasa kehilangan, 
Tika terasing rasa ditinggalkan, 
Jiwa menderita gelisah sentiasa. 

Tapi bila hati bersandar padaNYA,
Merasai cukup hanya denganNYA,
Allah sentiasa di dalam jiwa, 
Membuatkan kita tersenyum bahagia

Ingin, bahagia menjadi solehah,
Ingin bahagia menjadi mujahidah,
Ingin bahagia menjadi syuhadah,
Menanti bahagia menuju syurga.

InsyaAllah, impian dalam doa

Friday, March 25, 2011

USA-1

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ya Allah, please guide my way

Banyaknya dosa
Sombongnya
Kotornya hati ini
Lemahnya
Seringkali gagal mengawal emosi
Sedihnya
Dengan sikap mereka
Teruk sangat ka?
Hina sangat ka?
dengan penulis coretan ini

Tiada manusia yang sempurna
Juga tiada manusia yang akan sentiasa kuat

Hati kosong
Hati sedih
(its come back)

Pasti ada sesuatu yang menyebabkan ALLAH beri perasaan ini
Mungkin juga Dia marah
Dia kecewa
Dia mahu memalingkan mukaNYA
Dan mungkin juga ini ujian untuk menguatkan hatiku

Ada banyak kemungkinan
Dan aku mengaku dan akur pada tiap kelemahanku
Tapi Dia pasti tidak akan memberi perasaan ini untuk menjauhkan aku dengan DIA
Pasti ini salah satu cara DIA mendidik hambaNYA

Dia dah pun janji padaku
Bahawa kasihnya mengatasi murkaNYA
Untuk tiap kesalahanku dan kelalaianku
Pasti akan diampunkan kalau aku bersungguh-sungguh

Perasaan ini
Bukan menandakan Dia mahu menjauhkan diri dariku
Murka padaku
Ini petanda Dia mahu aku lebih berusaha untuk mendekatiNYA
Dia mahu mendidik dan menegur 
Dia mahu aku kuat
Dia mahu aku belajar erti hidup sebagai hamba padanya
Bukan hamba pada nafsu atau makhluk lainnya

ALLAH pasti sedang memadangku dengan penuh harapan 
Untuk aku hadapi ujian ini
Untuk aku lebih berusaha
Walhal apa yang hati ini rasakan adalah sebaliknya

HusnuZhon padaNYA
Itulah jalan terbaik
....................

Thursday, March 17, 2011

Warkah untuk sahabatku

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum

Sahabatku
Seringkali aku menyakiti hatimu
Tidak mengendahkan akan kehadiranmu
Tidak bersikap adil dan melayanmu seperti tiada perasaan
Menghukummu pada yang tidak sepatutnya
Memarahimu tidak tentu arah
Melayanmu seperti kamu tidak wujud dihatiku
Maafkan aku..

Sahabatku
Untuk kehilanganmu jujur aku memang tidak sanggup itu
Untuk ditinggalkan olehmu, sungguh aku tidak rela
Bukan itu sebenarnya kemahuanku
Aku cuba yang terbaik untuk memahamimu
Tapi aku gagal 
Bukan salahmu
Tapi salahku yang sukar berlapang dada padamu
Sukar menerima akan ketegasanmu
Gagal berfikiran positif akan tiap tingkahlakumu
Seringkali aku gagal mengawal emosi dihadapanmu
Apatah lagi bila melibatkan keegoan
Seperti antara kita tertegak benteng kukuh
Memisahkan kita berdua
Lantas aku membuat keputusan untuk mengasingkan diri darimu

Sahabatku
Aku tahu aku bersikap pentingkan diri
Melukakan hatimu kerana ingin menjaga hati sendiri
Itu memang tidak patut
Demi untuk menjaga hatiku
Ku jauhkan diri darimu
Lantas itu aku telah menerima hukuman yang sama
Sahabat ku yang lain juga mengasingkan diri dari ku
Kini ku merasai perasaanmu
Allah itu maha adil
Setiap apa yang kita lakukan pasti akan ada balasannya
Kini aku sunyi tanpa bicara ikhlasmu
Aku sepi tanpa sikap ambil beratmu
Aku menerima hukuman itu
Kamu berhak melakukan itu
Aku sedar

Sahabatku
Aku tidak tahu sama ada layak atau tidak aku bergelar sahabatmu lagi
Kerana kelemahanku seringkali merosakkan hubungan ukhwah antara kita semua
Ketidakpuasan hati sering kali bermaharajalela dihati
Aku malu
Teruknya, jahatnya, kejamnya
Aku padamu
Aku memang tidak berhati murni
Hatiku kotor dan penuh dengan maksiat

Sahabatku
Aku selalu terguris bila sahabat lain memujimu didepanku
Dirimu berfikiran matang, bijak kawal perasaan, pandai mengawal keadaan
Mereka selalu membandingkan dirimu dan diriku
Dan aku selalu berada tangga bawah
Yakni kontra dari sikap yang patut ada pada seorang mukmin
Lantas kemarahanku bertambah
Aku memang tidak patut

Setiap apa yang berlaku
adalah natijah dari perbuatan tidak patutku
Aku gagal dalam bersahabat
Aku tewas mendidik nafsuku
Aku gagal dalam apa sahaja yang aku lakukan
Kerana aku bermain dengan fikiranku sendiri
Aku sakit dengan perasaanku sendiri

Ingin sangat aku mengungkapkan yang aku sangat menyayangimu
Tapi maluku mengatasi segalanya
Egoku bermaharajalela
Bagiku cukuplah dahulu aku selalu perkatakannya
Dan jarang sekali kudengar dari suaramu
Dan kini
Adakah tercipta lagi ruang untukku setelah apa yang terjadi
Aku tenggelam dalam emosi

Sahabatku
Tahukah kamu bahawa aku berusaha melawan nafsuku
Tiap kali dirimu menyakitiku, aku cuba berfikiran positif
Tapi
Aku juga manusia
Aku tidak berdaya untuk perkara yang berulangkali
Hatiku sakit dengan sikapmu

Walaubagaimanapun
Sememangnya antara kita akulah yang bersalah
Dengan itu aku  memohon maaf
Atas tiap tingkah kurang cerdikku
Sahabat lain selalu kata aku tidak matang
Dan aku mengaku itu
Aku memang teruk
Aku memang jahat
Maafkanlah aku
Maafkanlah aku
Maafkanlah aku

Andai dirimu membaca warkah ini
Ketahuilah dengan sejujurnya aku amat menyayangi ukhwah kita
Sangat menyayangi dirimu
Pada tiap yang berlaku adalah salahku
Dan aku sedang memikul beban berat ini dibahuku
Letih, penat, sakit, siksa, sesaknya aku kini
Lemas dalam pelukan nafsu

Untukmu
Andai dirimu dah letih menunggu dan menantiku
Hilang sabar dengan karenahku
Sakit dan terguris dengan sikapku
Putus harapan untuk membantuku
Pergilah
Untuk membalas segala jasamu
Pergilah
Sebagai bayaran atas sikap tidak patutku
Pergilah
Mungkin itu yang terbaik untukmu
Kerana kutahu dirimu tentu sangat letih bersamaku
Tanda memohon maafku
ku lepaskan semua bebanmu yang disebabkan ku
Pergilah
Aku bukan sahabat yang layak bagimu..

Sambutlah tanganku kembali!

(bisik hati kecilku)
Pintaku padamu
Jangan tinggalkan diriku
Sudika dirimu membantuku kembali
Menarik tanganku dari kegelapan ini
Memimpinku pada jalan yang sepatutnnya
kerana ku tahu dirimu tahu yang aku juga mengimpikan jalan yang kau pilih
Jalan menujuNYA
Dan tidak mungkin aku dapat melalui jalan itu
Dengan sikapku sekarang
Dengan ketidak cerdikku
Keanak-anakanku
Aku membutuhkan batuanmu
Aku membutuhkan dirimu 
Duhai sahabatku

~Sekadar bicara hati~

Wednesday, March 16, 2011

Bersama MAMA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Sepetang bersama mama(penasihat akademik) juga dengan sahabat-sahabat lain sekali lagi memberi makna untuk tingkah tanpa kemahuan. 

Alhamdulillah. Sungguh rahmatNYA selalu mendahului murkaNYA.

Permulaan tu hanya berbincang tentang GPA dan CPA terkini. Meletakkan target pada subjek-subjek yang bakal berperang denganny 2 bulan lagi. 4.00 untuk GPA semester 6. huh!!..Kena dapat A untuk semua subjek kalau nak gred dengan CPA 3.70. Sungguh ia sangat mustahil. Apatah lagi untuk subjek IE. Dalam situasi sekarang, semua pandangan jadi mustahil.

Selesai meletakkan target masing-masing, tiba masanya untuk mendengar sedikit perkongsian dari mama. Awalnya mama nak share tentang kisah sedih, tapi kami menolak. Yelah, tak nak lah sedih-sedih. Ditambah lagi dengan hati memang tengah sedih. Lagilah saya menolak keras. Akhirnya mama memilih tajuk ini "Hati sebesar Cawan". 

Alkisah Hati Sebesar Cawan

"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.
Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.
Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.
"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.
Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
" Masin!"
Lelaki tua itu tersenyum lagi.
"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."
"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."
"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."
Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

(Da nice ending, tapi tidak akan semudah itu)

.............................................

Ingatkan cerita lawak je. Belum pun sempat pada kemuncak cerita, airmata telah meronta untuk dilepaskan.  Satu hentakan pada kantung airmata menyebabkan berlaku kebocoran tanpa diminta. Hajat untuk menyimpannya sekali lagi tidak kesampaian.

Entah kenapa, hati ni sensitif sangat. Mungkin kerana pembawaan cerita yang sama menimpa. Mendengar cerita ini, hati teringat akan seorang sahabat. Tingkahnya seperti lelaki tua itu. Yang hatinya sebesar lautan. Boleh menyembunyikan dan jarang sangat mendedahkan. Benar dia memang tabah. Dan bagi watak pemuda itu, sungguh tiap kesakitan yang bertandang meninggalkan luka yang sangat dalam kerana ceteknya pemikiran.

Ingatkan nak bergembira sahaja dihadapan mereka. huh!.Harap tiada siapa yang perasan. Nanti tak pasal-pasal kena chop kuat nangis. Tidak. Saya nak jadi tabah gak. Setabah lelaki tua itu. Setabah awak.

Masa terus berlalu. Bila dah sampai pada penghujung cerita mama terus menyambung ke cerita berikutnya. Ingatkat dah boleh balik. bisik hati kecil. Tak sabar nak hilang dari pandangan semua orang. Dalam kepala hanya dipenuhi keinginan nak baring dan tidur. Sangat letih dan sesak.

Kisah ini bertajuk "Jubah untuk Ibu". Ha nak tahu, cerita ini sekali lagi kisah sedih. adush!.Tentang jalan cerita kisah ini, bolehlah search kat internet. Saya tak berapa boleh bila kisah mak dan anak ni. Payah kawal emosi.

Sekali lagi terima kasih kepada mama untuk masa yang diluangkan. Melaluinya didikan dan teguran ALLAH itu mengunjung hati ini. Menunjukkan jalan keluar. Ya, jalan dah tebuka. Tapi kekuatan itu adalah milik DIA. Kekuatan untuk bangkit. Saya masih gersang yang itu.

Dari DIA kita datang 
Kepada DIA kita kembali
Dan untuk tiap urusan kepada DIA kita berserah

Moga yang menyinggah tanpa diundang tidak merosakkan akar pada kehidupan

~Sekadar bicara hati~

Sunday, March 13, 2011

Pesat Umum ~ Racun hati

Dalam keadaan jiwa yang lemah. Hati yang meronta-ronta untuk lepas dari futur yang masih kukuh bertapak di hati. Saya gagahkan juga diri untuk menghadiri pesat umum semalam. Dengan harapan hati ini akan terketuk dengan cahaya iman. Moga ALLAH terima dan REDHA dengan amalan ini yang kurang berlandaskan kemahuan dan keikhlasan.

5 Racun hati

Alhamdulillah tajuk pengisian yang kena tepat ke batang hidung sendiri. Moga hati ini kembali sedar akan banyaknya dosa yang telah menumpang selesa dalam hati.

1. (tak sempat tangkap)
2. Memandang berlebih-lebihan
3. Berinteraksi @ berkomunikasi berlebihan
4. Makan berlebihan
5. Tidur berlebihan

Hati tersentak. Kelima-lima racun yang disebutkan ini hidup subur dalam jiwa. Mengetahui tetapi selalu tewas menghadkan dan mengawal perbuatan diri. Sedih yang teramat.

Untuk pesat kali ini, mas'ul menekankan pada racun yang ke-3. Berinteraksi atau berkomunikasi berlebih-lebihan.

Agaknya organ mana yang terlibat dalam racun ke-3 ini. Lidah. Ya organ ini walaupun berat yang hanya mencecah dalam 500g mungkin, tetapi menjalankan tanggungjawab yang besar dalam kehidupan seharian kita. Lidah berkemungkinan melakukan banyak amal dan kemungkinan melakukan banyak dosa. Sangat sukar untuk mengawal tingkah lidah ini.

Himpunan beberapa hadis tentang lidah.

1- Daripada Abu Hurairah: Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah saw tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab ”Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”. Baginda ditanya tentang apa yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab ”Mulut (lidah) dan faraj (alat kelamin)” (Fathu Bari. Jld 8:316)

2- Daripada Uqbah bin Amir: Rasulullah saw bersabda ”Kamu perlu menahan lidah, melapangkan keluargamu dan menangisi kesalahanmu” (Tarmizi:2406)

3- Daripada Abu Said al-Khudri: Rasulullah saw bersabda ”Bila pagi telah tiba seluruh anggota badan anak Adam akan mengingkari lidahnya. Semuanya berkata: Hendaklah engkau (wahai lidah) bertakwa kepada Allah mengenai kami. Kami ini (anggota badan) tergantung kepadamu, jika engkau lurus, maka luruslah kami dan jika engkau bengkok, maka bengkoklah kami. (Tarmizi:2407)-Lihat Sahih al-Jami’:351)

4- Daripada Malik bin Dinar: Rasulullah saw bersabda ”Apabila engkau merasakan kekerasan dalam hatimu, kelemahan pada tubuhmu dan kesempitan rezekimu maka ketahuilah bahawa engkau telah berkata sesuatu yang tidak berguna bagimu” (Minhajul Abidin, hal-139)

5- Daripada Ibnu Masud: Demi Allah, di muka bumi ini tiada sesuatu yang memerlukan sujud lebih lama melainkan lidah” (lihat al-Targhib, jld 3:526-oleh al-Mundziri)

6- Daripada Anas bin Malik: Rasulullah saw bertemu dgn Abu Dzar ”Wahai Abu Dzar, mahukah kamu ku tunjukkan dua keadaan yang keduan-duanya lebih ringan dipikul di atas bahuku tetapi lebih berat timbangannya drp yang lain. Abu Dzar berkata ”Ya ”. Baginda bersabda ”Kamu harus berakhlak mulia, banyakkan diam, dan demi Allah yang nyawaku ada padaNya, tidak ramai manusia yang berperangai seperti itu. (Lihat Takhrijul Hadis. Hal-1938).

Tambahan mas'ul lagi
Lidah seorang mukmin itu berada di belakang hati manakala lidah orang munafik berada di depan hati. Ini kerana seorang mukmin itu bertindak berfikir terlebih dahulu manakala orang munafik itu bertindak terus berkata-kata tanpa memikirkan baik buruk perkara yang diperkatakannya.

Mari kita selongkar bersama kegiatan yang biasa dilakukan oleh lidah

Mengumpat. Perbuatan ini selalu sahaja dilakukan sama ada bagi mereka yang ada fikrah ataupun tidak. Kerana untuk  menjamin organ ini berbuat baik tidak dengan hanya melalui ucapan syahadah. Tapi semangat mujahadah yang tinggi. Di akhirat kelak akan ada golongan yang mencakar muka dan dadanya dengan kukunya yang berunsurkan tembaga. Can u imagine it. Betapa sakitnya keadaan itu. Kuku kita sekarang yang tajam sudah cukup boleh melukakan kulit muka yang nipis. Apatah lagi dengan kuku tembaga. Minta kita dijauhkan.  Itulah hukuman bagi mereka yang mengumpat. Jom mengatakan TIDAK! untuk perbuatan ini.

Bagaimana dikatakan mengumpat?

Rasulullah pernah bertanya makna mengumpat kepada para sahabatnya. Kemudian para sahabatnya mengatakan tidak tahu. Kemudian Rasulullah berkata, “Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci.” Kemudian ada sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?” Baginda menjawab: “Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah memfitnahnya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Berdasarkan hadith ini, walaupun sesuatu perkara yang kita sebar-sebarkan itu sekalipun benar, tetapi tidak disukai oleh empunya diri maka ia termasuk dalam kategori mengumpat. Amat malang dan besar dosanya kepada sesiapa yang tergolong dalam golongan ini, kerana mereka yang tergolong dalam golongan ini disamakan dengan orang yang memakan daging saudaranya.

Firman Allah 

“Janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.”
(al-Hujrat ayat 12)

Yang tersembunyi tetap tersembunyi. Rasulullah tidak pernah menghebahkan atau membuka keburukan orang lain yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi, walaupun baginda mengetahui keburukan orang tersebut melalui pemberitahuan dari orang lain atau dari perlaku perbuatan tersebut. Hal ini dapat kita selami melalui sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim.

Diceritakan bahawa ada seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah, kemudian dia berkata, “Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (meraba-raba), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya, “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Jika pahala orang yang mengumpat sudah tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Inilah serba sedikit pengisian + sedikit tambahan maklumat dalam internet yang saya perolehi. Dalam keadaan iman yang sangat lemah tiada kata yang dapat diluahkan melainkan kesyukuran yang teramat atas tiap peluang yang datang untuk memberi kesedaran pada diri.

Mungkin inilah racun yang menyebabkan hati ini lemah dan tidak berdaya lagi. Kerana sesak dengan racun yang memusnahkan semangat. Inilah akbatnya tidak menjaga sebaiknya hubungan dengan DIA. Terleka dengan kenikmatan yang sementara (dunia).

Keangkuhan hati, keegoan diri dan kegersangan jiwa. Try da best to be change!
First, second, third........step maybe bertemu dengan kegagalan but unknown for da next. Just try ur best. Bantuan ALLAH pasti akan tiba. ~ Go on ur steps..

- Muhasabah diri. Jangan pernah give up..
- Muhasabah diri.
- Muhasabah diri.

wallahua'lam

Friday, March 11, 2011

Bisikku

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Semalam aku kegelapan

Melalui arus kehidupan tanpa arah panduan
Dipenuhi dengan kegagalan
Diselubungi dengan kealpaan
Reda tanpa arah
Sesak dengan kehidupan

Beberapa ketika berada disini
kau hadir dalam hidupku
Dikala aku dahagakan kasih sayang
Yang sememangnya aku tidak mengenali
Bagaimanakah perasaan itu
Disaat ku menyerahkan hidupku pada dunia
Disaat cahaya ALLAH itu tidak lagi ku kenali
Kerana hidup sebagai pendosa
Menjadi rutin dan kemestian dalam harianku

Kini
Hatiku mula tertarik
Dengan nama hubungan kerana ALLAH
Panggilan kasih dariNYA,mula mengetuk hatiku
kemanisan ukhwah bertandang
kenikmatan ujian menyinari
Matlamat itu mulai jelas
Kaki mula memberontak, untuk membuat langkah baru
Dah masanya untuk U-turn
Kearah kehidupan yang bermakna

Sedikit masa lagi
Jasad akan terpisah jauh
Ditinggalkan dan meninggalkan
Dilepaskan dan melepaskan
Berpisah setelah bertemu
Meneruskan hala tuju masing-masing

Dan sekarang
Apa khabar hati?
Bersediakah?
Redha kah dengan ketentuan ALLAH?
Pastinya kutahu jawapan pada tiap persoalan ini
Pujuk hatimu
Penawarnya ada bersama ALLAH

Untukmu
Sungguh aku bersyukur menjadi sahabatmu
Sekali bersahabat selama-lamanya dihati(doaku)
Terima kasih infiniti ku ucapkan padamu
Sungguh ku terhutang banyak padamu
Hanya ALLAH yang mampu balas
Kerana kudratku tak kan pernah mampu membalasnya
Sungguh
Ku sayangimu kerana DIA
Biar berpisah di dunia
Tapi di sana tidak sama sekali
Hatiku pasti tidak rela
Jom melayakkan diri menjadi penghuni tempat itu
Ukhwah fillah abadan abada
:)

Kaulah teman yang sentiasa menemaniku
Engkaulah sahabatku
Dalam sedar atau tidak
Duka atau bahagia
Susah atau senang
Hati kita telahpun berpaut
Tinggal untuk dikuatkan
Oleh pemilik kekuatan
Mendapatkan REDHA NYA
Jom usaha, usaha  dan usaha
Melepasi tiap ujian
 :)

- Buat sahabatku yang jauh dan dekat. Sungguh ku rindu kalian