Pages

Saturday, November 19, 2011

Ilmu bermanfaat, kejayaan bersama

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Inilah kata ucapan tanda keyukuran kehadrat ilahi akan tiap nikmat dan kasih sayangNya yang mencurah curah untuk tiap hambaNya.

Hari ini berkesempatan duduk di dalam majlis ilmu bersama insan yang sememangnya telah menambat hati ini untuk terus berada di jalan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Sangat menghormatinya dan berhajat mengikut jejak langkahnya. 

Sedikit mengenai penyampai

Dr Abdullah Sudin merupakan presiden Haluan. Juga merangkap Ketua Eksekutif di kolej Teknologi Darulnaim iaitu tempat yang telah banyak menyedarkan saya tentang matlamat hidup seorang hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Kenangan berjihad di kolej ini akan terus mekar dalam ingatan saya. InsyaAllah.

Pembuka kata beliau saja sudah memberi hentaman pada hati. Nampak sangat hati ini telah lama lalai dan leka. Astagfirullahala'zim. Peringatan beliau bahawa apabila sampai 40 hari atau lebih kita tidak duduk dalam majlis ilmu yang membolehkan kita mengingati Dia maka hati akan menjadi keras. Kesannya, kita akan tanpa takut dan malu akan berani melakukan dosa besar padaNya. Sangat tersentak hati ini bila mengenangkan dah lebih 4 bulan berada di perantauan ni tapi hanya 2 kali menghadiri majlis ilmu. Muhasabah diri. T_T

Perkongsia beliau

Antara 7 golongan yang akan merasa nikmat syurga itu:

1. Mereka yang bertaubat dari melakukan dosa. 
2. Mereka yang sentiasa bersedekah.
3. Melaksanakan solat Dhuha.
4. Mereka yang apabila diuji kehilangan harta tidak menggugat keimanan mereka.
5. Mereka yang menangis kerana takutkan Allah.
6. Mereka yang suka mendekati ulamak.
7. Pemimpin yang adil.

4 amalan yang mesti dilaksanakan selepas terbit matahari (pesan imam al-Ghazali):

1. Tambah ilmu pengetahuan. Sentiasa memperbaharui dan menambah ilmu yang telah sedia ada. 
2. Ibadat. Melakukan ibadat tambahan seperti membaca Al-Quran, solat sunat dan lainnya. Ini kerana hati
    sering digugat dengan perkara yang melalaikan dan merosakkan hati. Dengan membaca Al-quran,
    insyaAllah akan membersihkan hati kita kembali. Ibarat memberi makanan pada hati yang kelaparan la.
3. Beramal. Beramal ini bermaksud kita membuat kebaikan pada org lain. "Hidup buli tupe" gitu. Tiada lah
    makna hidup seseorang itu bila orang lain tidak dapat memberi manfaat untuk org sekelilingnya. 
4. Mencari rezeki. Bekerja adalah satu aktiviti yang wajib dan perlu dilakukan oleh sesiapapun yang
    ada kemampuan. Rezeki itu perlu dicari. Ia tak kn datang bergolek pada kita. 

Tambahan pesan imam Al- Ghazali:

1. Sentiasalah berdoa kerana ia adalah senjata utama umat islam. 
2. Bacalah Al-Quran tiap harimu.
3. Berzikir.
4. Sentiasa dalam keadaan berfikir. Cari jalan bagaimana untuk kita nak hidup dalam jalan takwa. Fikirkan 
    bagaimana harus kita sentiasa berpijak pada jalan yang benar. Akal yang kosong akan menyebabkan 
    kita akan lalai dengan memikirkan perkara yang merosakkan hati. Harus sentiasa berwaspada!!

Istimewanya menjadi manusia sehinggakan makhluk lain cemburu keatas penciptaan kita. Ilmu telah membezakan kita dengan makhluk ciptaan ALLAH yang lain. Subhanallah. Betapa kasih dan sayangnya Allah pada kita.

Antara aktiviti yang membuatkan malaikat jibril cemburu dan ingin menjadi manusia:

1. Sembahyang 5 waktu yang dilakukan secara berjemaah.
2. Duduk bersama ulama'.
3. Menziarahi orang sakit.
4. Memuliakan jiran dan anak yatim.
5. Mengiringi jenazah ke perkuburan.

Secara keseluruhan penyampaian ini adalah memberitahu kita akan mulianya menjadi manusia dengan ilmu yang menjadi kelebihan bagi kita dari makhluk2 ciptaan Allah yang lain. Jadi adakah mungkin kita berhenti meneroka ilmu Allah yang tersangat luas ini sedangkan dengan ilmu lah yang akan mengangkat darjat kita dihadapan Allah s.w.t. Ilmu yeng betul-betul bermanfaat pada kita adalah bila ilmu itu mampu melahirkan rasa takut pada diri kita untuk melakukan kemungkaran di atas muka bumi ini. Apa saja jenis ilmu akan menunjukkan pada kehebatan Allah S.W.T. Maka adakah mungkin saya akan terus hidup dalam jiwa kosong begini. Oh tidak!! 

p/s: Kejayaan seseorang itu adalah dilihat dalam kumpulan. Iaitu bila ia mampu memberi manfaat pada
      lainnya. Makna  kata lain, ia diukur bila kita mampu melksanakan tugas dakwah dan tarbiyah dengan 
      istiqomah dan jayanya. insyaALLAH.
p/s: Sebarang kesilapan,kekurangan dan tokok tambah amat dikesali. Moga bermanfaat

No comments:

Post a Comment