Pages

Thursday, June 21, 2012

"Menjadi Seorang Sufi" by Genta Rasa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Setiap yang dilahirkan oleh manusia sama ada fikiran dan tindakannya adalah berpunca dari hati. Kalau baik hati, maka baiklah seluruh perbuatan dan pertuturan. Begitulah sebaliknya kalau hati jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan.
Kedatangan Rasulullah SAW untuk memperbaiki akhlak manusia mendapat kejayaan kerana baginda berjaya mendidik hati manusia.
Sebab itu, kalau kita mahu berjaya dalam melahirkan peribadi yang baik sama ada pada diri atau dalam masyarakat kita, maka pendidikan hati hendaklah difikirkan dahulu.
Tetapi bukan semua manusia faham dan nampak bagaimana dan apa kesan hati kepada perlakuan manusia. Sebab itu manusia masih gagal membina hidup aman damai kerana gagal memahami bagaimana untuk mendidik hati supaya menjadi baik. Manusia juga gagal untuk mengubat penyakit hati yang telah merosakkan seluruh perbuatan zahir seseorang.
Oleh kerana itu manusia cukup sensitif dengan penyakit zahir tetapi tidak ambil pusing dengan penyakit batin. Penyakit bati yang dimaksudkan ini bukanlah penyakit jantung atau barah tetapi adalah penyakit mazmumah seperti riak, angkuh, dengki, ego, tamak, pemarah dan lain-lain lagi. Tidak ada alat x-ray yang dapat mengesan penyakit mazmumah kecuali ilmu tasawuf dan didikan dari seorang guru sufi.
Sebab itu kepentingan ilmu tasawuf dan pendidikan sufi  amat penting sekali demi menjamin kebahagiaan hidup manusia. Jadi, orang yang bercita-cita dan berazam untuk membersihkan hatinya dengan mengikut panduan ilmu dan didikan guru tasawuf, sebenarnya sedang menempuh jalan tasawuf.
Sekarang kita paparkan beberapa kisah ahli sufi yang jika kita ingin mengikut jejak ahli sufi maka ikutilah mereka. Kalau hendak menjadi seorang sufi jadilah seperti Nabi Musa yang memakai pakaian yang sederhana tetapi berani berhadapan dengan Firaun yang memakai pakaian maharaja. Atau jadilah seperti Nabi Sulaiman yang menjadi raja besar dengan segala kemewahan dan kekuasaan tetapi makanan hariannya cuma roti kering.
Satu ketika Nabi Sulaiman sedang melayang di atas tikar terbang diiringi oleh pengawalnya dari kaum jin. Datang peringatan dalam hatinya.  Jika dalam hatinya ada sebutir debu dari rasa takbur nescaya dia akan dibenamkan ke dasar bumi sedalam tingginya dia terbang di udara. Malah pernah Nabi Sulaiman berkata: “Satu kalimah Subhanallah lebih berharga bagiku dari segala dunia dan isinya.”
Menjadi orang sufi ertinya sanggup memikul tugas besar seperti Nabi Yusuf yang telah menjadi menteri Perbendaharaan. Baginda menyimpan makanan yang cukup selama tujuh tahun untuk berdepan dengan musim kemarau. Bukanlah dipanggil orang sufi jika menjadi masalah kepada masyarakat dan hidup dengan meminta belas kasihan dari orang ramai.
Seorang sufi bukanlah orang yang memutuskan nafsunya seperti seorang sami Buddha tetapi dia sanggup mengawalnya seperti Nabi Yusuf ketika berhadapan dengan godaan Zulaikha. Seorang sufi juga mesti sanggup menahan rasa sakit sepertimana Nabi Ayub, menahan penderitaan walaupun hanya tinggal hati dan lidahnya sahaja yang masih tidak dijangkit penyakit.
Apabila ditanya orang mengapa baginda tidak berdoa meminta sihat sedangkan baginda seorang Nabi yang makbul doanya. Lantas baginda berkata: “Aku malu untuk berdoa  pada Allah kerana aku baru ditimpa sakit selama dua tahun sedangkan Allah memberi aku sihat selama enam puluh tahun.”
Seorang sufi bukanlah orang yang lari daripada kemungkaran masyarakatnya tetapi dia adalah orang yag berjuang menegakkan makruf di tengah banjir kemungkaran. Kalaupun mereka lari, adalah dengan niat untuk membina kekuatan sebagai persediaan untuk kembali ke tengah gelanggang perjuangan. Seorang sufi adalah orang yang sanggup menurut jejak Nabi Ibrahim.
Baginda sanggup dibakar kerana meruntuhkan berhala pujaan Namrud dan rakyatnya. Jadilah pemimpin yang mempunyai jiwa sufi seperti Nabi Zulkifli yang tahan berhadapan dengan karenah pengikutnya. Atau milikilah kehebatan seperti Nabi Isa  A.S. yang sanggup berbantalkan lengan ketika tidur di malam hari.
Itulah hidup sufi yang dituntut oleh Allah pada kita untuk dimiliki. Syukur berhadapan dengan nikmat, sabar berhadapan dengan ujian, berani berhadapan dengan kezaliman, tawadhuk bila berhadapan dengan kebenaran dan dalam apa juga keadaan sekalipun hati tetap sama dan tenang tanpa cacat atau berubah.
Menjadi seorang sufi bukanlah mengalah pada semua  suasana dalam berhadapan dengan kekufuran, tetapi sufi sebenar sanggup berperang seperti peribadi Nabi Muhammad SAW yang ada kalanya berbicara dengan pedang apabila kata-kata gagal menahan serangan fizikal orang-orang Musyrikin.
Seorang sufi juga bukan orang yang lari daripada harta ketika diperlukan untuk mengendalikannya tetapi menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf yang bertindak sebagai “bank” kepada masyarakat Islam. Namun jangan sampai ditawan oleh dunia seperti Tsa’labah. Seorang sufi juga adalah orang yang licin mengintip musuh seperti Abu Huzaifah ataupun mempunyai kepakaran strategi peperangan seperi Salman Al Farisi yang menjadi “master-mind” dalam Peperangan Khandak.
Nah, itulah peribadi contoh jika kita hendak mengikut jalan-jalan sufi. Bukan seperti sangkaan orang sekarang yang meletakkan hidup sufi sebagai hidup yang hina.  Pada sangkaan setengah orang, sufi menjadikan seseorang lepas bebas dari masyarakat sekelilingnya. Bila disebut sufi orang akan membayangkan seorang yang berjanggut dengan pakaian yang  buruk duduk tersepuk di mihrab-mihrab masjid menggetil tasbih.
Makanannya disedekahkan orang, sementara dia duduk sendirian mencari Tuhannya dalam ‘khalwat’ dan zikirnya. Bukan itu cara hidup sufi, kerana bukan seperti itu hidup para Rasul, Nabi dan para sahabat zaman dahulu!
Bukan itu yang dinamakan sufi. Kerana bukan itu cara hidup tokoh-tokoh sufi yang telah kita paparkan tadi. Walaupun tangan orang sufi selalu menggetil tasbih tetapi tangan itu juga sanggup memegang cangkul untuk bertani, tangan itu sanggup memegang pena untuk memerangi kebatilan dan ada masanya tangan itu juga sanggup memikul senjata memerangi kekufuran.
Semudah memetik biji-biji tasbih di dalam zikirnya, maka semudah itu jugalah ia mentadbir dunia ayang diamanahkan padanya. Kerana apa? Kerana hati yang berpaut pada Allah boleh mengendalikan apa sahaja dengan mudah dan berjaya
Rasulullah SAW sebelum berjaya menegakkan Islam telah melalui banyak ujian dan segala ujian itu sebenarnya menyuburkan jiwa sufi baginda. Rasulullah diuji menggembala kambing sebelum berjaya memimpin manusia. Rasulullah tetap sujud ketika dilonggokkan dengan perut unta yang busuk sebelum berjaya meruntuhkan berhala-berhala di sekeliling Kaabah.
Bermula dari dua buah gua iaitu gua Hira’ dan gua Thur maka bangkitlah satu kekuatan Islam yang menguasai dua pertiga dunia. Mana pejuang-pejuang sufi seperti peribadi mereka itu kini? Mana lambang pusat latihan kerohanian (gua-gua) yang tegak di zaman moden kini? Mana sekolah-sekolah latihan sufi yang sanggup mencabar sistem pendidikan sekular (penyambung lidah penjajah)? InsyaAllah, semuanya mula kelihatan mercup tumbuh sekarang.
Sesungguhnya kita memerlukan jiwa sufi yang dapat menggunakan kemodenan zaman ini untuk Islam. Orang-orang sufi mesti bangun menggunakan jentera-jentera moden, komputer, alat-alat elektronik dan segala gajet teknologi yang “sophisticated” untuk memperjuangkan Islam.
.........
Alhamdulillah syukur atas nikmatNya yang tak henti kunjung tiba dihati-hati mereka yang semakin gersang dan hanyut dengan tipu daya dunia. Perkongsian-perkongsian yang di bongkarkan oleh mereka yang sedar akan tanggungjawab sebagai saudara seislam membuatkan diri semakin kagum dengan mereka. Mana tidaknya, merekalah yang insan hebat yang patut dijadikan idola masyarakat zaman kini kerana tidak pernah putus asa membawa manusia lainnya pada ALLAH azza wajallah. Walhal mengetahui ALLAH akan menguji mereka dengan ujian yang lebih berat lagi bagi membuktikan kata2 dan keimanan mereka. Mereka lah idola saya selepas Rasul dan para alim ulama. 
Sedang aku, hanya sering terlalai dan mengikut arus zaman yang melekakan. Niat kuat dihati untuk membuat arus islam itu sendiri d tiap persinggahan hidupku malangnya aku tidak kuat dan tidak pernah mampu untuk itu. Malah aku semakin longlai dan menunggu masa untuk tersungkur untuk yang kesekian kalinya. Kembali padaNya  lah satu2 nya jalan untuk menyelamatkn hati ini.
Menerokai coretan blog "Genta Rasa" mengajak kita bermula dari asasnya dimana punya kekuatan itu. Aku tidak mungkin akan menjadi seorang sufi. Tapi aku pasti mampu menjadi ya lainnya. Hanya satu, menjadi hamba yang dicintai dan di kasihi ALLAH sudah cukup untuk aku. Biarlah ini menjadi satu2 nya matlamat hidupku agar gagah aku untuk terus melangkah walhal berkali2 jatuh. Kerana Dia yang menyayangi itu tidak akan membiarkan aku terpesong dari jalanNya. 
"Penerokaan hidup yang sangat mencabar ini sebenarnya belum cukup mencabar lagi, Nantikan ujian yang lebih hebat dihadapan anda kelak dan kamu akan menjadi lebih baik...^_^"

Monday, June 11, 2012

...

Aku membutuhkan waktu untukdiriku...
Kejadian bebrapa hari lepas cukup memerangkap aku..
Dan berperang dengan jiwa sendiri bukan suatu yang mudah..
Aku tersungkur oleh tindak tanduk ku sendiri..
Tidak mampu untuk bersangka baik..
Maka aku memilih untuk berdiam diri...

Berdiam juga mendatangkan mudharat..
Tapi aku tak da kekuatan untuk berdepan atau buat spt tiada ap yang berlaku..
Maka berdiam menjadi keutamaan aku..

Thursday, April 26, 2012

.......(quated)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

Friday, March 23, 2012

Hilang kata

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran, takkan pernah lekang hati ini dari tersekat dengan pelbagai situasi. Monolog dengan diri sendiri tidak akan pernah letih untuk berdebat bagi memenangkan hujah masing-masing. 

Merekalah...

dialah..

kamulah...

Jari telunjuk tak sudah2 mengarah kearah orang lain bagi melepaskan diri dari title "pesalah". Saat jatuhnya diri sendiri terus cuba meminta tanggungjawaban dari orang lain. kenapa??

kenapa mereka mengabaikan dan melupakan aku??

kenapa dia tidak menghargai aku??

kenapa kamu tidak memmbantu dan mendorong aku??

Mana pergi sensitiviti awak dengan ukhwah kita sesama islam??

Monolog dalaman andai gagal dikawal memang akan bertemu jalan yang paling mudah dan dhaif. Husnuzhon akan bertukar su'uzhon. Hati bermonolog lagi" sampai hati kamu??". memang akan terlukalah saat ini..huhu

Dalam situasi ini sesiapa sahaja akan mengalami. Yang membezakan adalah keberkesanan yang punya hati menundukkan nafsu jahat yang cuba meracuni fikiran. Aku juga tidak lari dari saat2 kegagalan itu. Tapi tidak bermakna kamu harus gagal selama-lamanya. Terus perbaiki diri walau peningkatannya hanya ibarat sebesar zarah. Berusaha means pasti akan bertemu kejayaan yang abadi. pasti!!

Hidup memang akan ditemani dengan pelbagai ujian, tapi ujian tu pun bukan untuk siapa2 melainkan untuk keperluan diri kita sendiri nanti. Kita perlu akan ujian itu kerana kita perlu pada syurga ALLAH. Tapi macam mana pun hidup tetap akan indah bilamana kita mengamati sedalamnya kehidupan seorang hamba yang mengejar cinta RabbNya. Sebab RabbNya pasti menguji kehidupannya dengan pelbagai warna kehidupan. Macam pelangi. Pelangi kalau satu warna je mana cantik Meh letak banyak warna. cute apa..:)

Btw, walau apapun yang kita hadapi, saat perit, sakit, gagal, hilang kawan yang memahami, hilang rasa dihargai oleh sidia, yakinlah adanya ALLAH memerhatikan dan "senyum" kepadamu kerana melihat usaha kamu melaui ujianNya dengan sabar dan tabah. Yakinlah bahawa Allah bersamamu di saat manusia mencemuhmu. Yakinlah bahawa Allah bersamamu ketika engkau berjalan sendirian tanpa sahabat. Yakinlah Allah akan membangkitkan kamu semula bila mana kamu jatuh tersungkur kaku.Yakinlah bahawa Allah adalah sebaik – baik penolong . Yakinlah dan pujuklah hatimu.

So apa kita nak buat nak bila berdepan dengan saat2 sukar. haha. Apa kata kali ni kicuba cara ini plak. 
Jom tunjuk kearah diri kita dan muhasabah semula. Sebaiknya semak diri kita sebelum nak semak orang lain. Memang hati akan tidak berpuas hati saat kita tidak menyalahkan orang lain, tapi ketahuilah itu sebaik jalan untuk kita meningkatkan keimanan diri. Dan berbaliklah pada fitrah yang kita juga buat kesilapan. 

Bak kata pesan seorang sahabat:

"Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda.. tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda.. tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda.. tapi sedihlah kerana anda pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu. 
ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan.
Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik.
Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih,
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki seribu alasan untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar. :) "

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda.. tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

-syukran ya ukhti-

**Monolog dalaman memang sangat penting dalam kehidupan kita. Tapi bukan sebagai pendorong dalam memburukkan keadaan tapi sebagai pembangkit semangat. Bermonolg lah dengan betul dan pujuklah hati disamping berdoalah moga ALLAH buka jalan yang terbaik untuk kita.

Thursday, March 22, 2012

.....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam disimpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalmu
tuhan beri aku cinta...

Ku bertemu sang adam disimpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalmu
tuhan beri aku cinta...

-Ayu shita-

Berjuang tidak akan ada titik penamat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

“Aku sampai pada keadaanku yang sekarang adalah dengan perjuangan
Dan selama nafas ini masih terus berhembus
Selama itu pula aku dan semua manusia akan terus berjuang
Berjuang dan terus berjuang

Kehidupan di dunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti
Sejak lahir hingga akhir hayat semua dari kita berjuang
Tengok saja seorang bayi berjuang untuk membiasakan diri dengan lingkungan asing yang ia belum pernah kenal sebelumnya
Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anaknya menjadi generasi yang unggul

Seorang ayah berjuang mati-matian untuk menfkahi keluarga
Seorang pelajar merjuang untuk meraih ilmu
Yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan kehiduan yang layak
Yang sedag jatuh cinta berjuang untuk menahan rindu
Yang baru bertudung berjuang untuk tidak tergoda dan membuka tudungnya

Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumah tangga
Yang terkena musibah atau ditinggal orang yang ddikasihi berjuang dengan sabar dan tabah menjalani kehidupan
Yang berselisih berjuang untuk damai
Dan setiap hamba Allah berjuang untuk kembali pada Allah serta memiliki tugas untuk memperjuangkan agama Allah menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi.”
- Oki Sentiana Dewi-

Tuesday, March 13, 2012

serahkan dia pada Dia

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Apa yang patut dana apa yang tidak patut,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika kau takdirkan masanya telah tiba untuk aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku insan yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
dan jika dia hilang agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Peliharalah hatinya agar tidak melebihkan cintanya kepadaku dari cintanya kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerana dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika pula ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,

Pisahkan kami,

Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..

Sunday, March 4, 2012

sejenak bersama mas'ul (Pakcik Rosdi Baharom)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Peringatan buat anak muda

"Masa muda bukanlah masa untuk kita membuang waktu pada perkara yang tidak mendatangkan manfaat pada org lain mahupun pada diri sendiri tetapi adalah masa untuk kita menghambat perubahan dan masa untuk meningkatkan iman yang turun naiknya sememangnya mengkhuatirkan hati2 mereka yang takutkan azab ALLAH". 

Teringat juga akan kata2 ustaz abduh

"Semangat orang muda dan hikmah orang tua." 

Ayat ini kuat menggambarkan bahawa anak muda mudi lah yang sangat diperlukan untuk 
meneruskan perjuangan mereka. Sememangnya Islam akan tertegak jua diakhir usia dunia kerana itu janji Allah. 

Tapi tidak mahukah kita menjadi salah seorang dari hambaNya yang menyumbang walau sedikit pon.??

Tidak merasa rugikah kita andai gagal mendapatkan kelayakan sebagai hamba yang disayangiNya??

Betapa ruginya hamba2Nya yang memandang ringan akan kasih sayangNya. 

Apa yang kamu nak jawab diakhirat nanti?? Inilah persoalan yang berkali2 ditanyakan oleh Rasulullah pada seorang sahabat. Dan berkali-kali juga sahabat itu meminta Rasulullah s.a.w berdoa pada ALLAH untuk mengampunkan dosanya walhal pada ketika itu usia sahabat itu masih muda. Betapa hanya pada ketika usia muda sahabat itu tetap merisaukan keadaan dirinya kelak..

"Apa yang kamu nak jawab di akhirat kelak pada ALLAH untuk tiap kezaliman yang telah kamu lakukan didunia ini wahai hamba ALLAH??"

"Tidak takutkah pada azab api neraka ALLAH andai Dia menghendakkan kamu dihumbankan 
disana?? Nau'zhubillahiminzalikh..

.................
Sememangnya penyampaian pakcik Rosdi telah menghentap hati ini bertubi-tubi. 

Antara wasilah untuk meningkatkan tahap keimanan pada Dia yang selayakya:

Tugasan 1:
Usaha solat walau hanya dua rakaat sebelum waktu subuh. Buktikan pernyataaan sayangmu 
padaNya. 

Mari kita sama2 semak kembali sama ada selimut dan nafsu yang lebih kita utamakan atau pada ALLAH yang lebih menjadi kebahagiaan dan kerinduan kita.

2. Beri sarapan pada hati sebelum beri sarapan pada perut. 

Tugasan 2:
Lapangkan masa sebelum memulakan hari dengan membaca Al-ma'thurat syugra dan membaca sekurang2nya dua muka surat. Note:Memahami apa yang kita baca. Untuk memulakan jujurnya sangat berat tapi yakinlah pada bantuan ALLAH. Kamu akan merasakan 
tidak cukup hanya dengan melakukan yang ini sahaja setelah ia sebati dalam diri. (pesanan ini masih terngiang ngiang di telinga ini)

Bila mana dosa sudah sebati dalam diri dan kita tidak lagi merasa bersalah dan berdosa pada tiap kezaliman yang kita lakukan baik pada orang sekeliling mahupun diri kita sendiri tandanya kita telah semakin jauh dariNya. Kita semakin menyimpang dan akhirnya kita dikuasai oleh nafsu dan syaitan laknatullah. Nau'zhubillahiminzhalikh...

****Bantuan ALLAH itu akan bersama hambaNya yang berjihad dijalaNya. Yakinlah. Pujuk lah hati dan tabahlah melalui apapun ujian dariNya..Allah always be with u...=) 

****Buat mereka yang sedang menuntut ilmu (pelajar muslim), recheck niat kembali. Pelajarilah ilmu ALLAH ini untuk menguatkan ikatan kita pada Dia dan semestinya kerana kita mahu menyumbang sesuatu dalam jalan ALLAH.

Tuesday, February 28, 2012

mencari hikmah dibalik keperitan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Stop think like this!!!

"Tidak cantik rupanya aku. Patutlah tiada lelaki yang berkenan dengan aku"

My heart familiar sangat2 dengan sentence ni. Baik dahulu mahupun sekarang. Masa-masa gagal husnuzhon, bermacam jenis keburukan yang ditolak pada diri sendiri. Menjengkelkan itu ini pada apa yang berlaku pada diri. Dengan kata lainnya, merendah diri pada tahap yang melampau. 

Pada situasi lainnya, sebenarnya aku tengah bersangka buruk pada Dia. Aku menghina ciptaanNya. Aku langsung tidak bersyukur dengan apa yang
telah Dia takdirkan pada aku. Langsung tidak tahu berterima kasih. Akulah seteruk hamba yang tidak tahu menghargai setiap kurniaan dariNya. Aku lenyap dalam nafsu dan aku tewas dalam dakapan syaitan laknatullah itu....Astagfirullahala'zim

Keluhan demi keluhan 
Tikaman demi tikaman
Penghinaan demi penghinaan
Terus menerus bermain dengan perasaan sendiri.

Aku tidak boleh begini
dan Aku harus berubah. MESTI!!.

Tatkala hati aku mula tertarik dengan dia kaum adam, dan dia semakin mekar tersemat dalam hati walau aku tahu hakikatnya, tapi ada satu kelainan yang aku dapat aku rasakan. Aku tidak marah padanya. Allah izin, aku tak bersangka buruk dengan diri sendiri malah dengan dia sekalipun. Aku seperti memahami. Sememangnya ada satu perasaan yang sukar aku ungkapkan telah lama mengisi hati ini. Hati aku seperti penuh dengan bunga yang mekar dan harum mewangi. Ia berlaku dalam diam. 

Kenyataanya aku takut untuk mengharapkan hubungan lebih dari saudara semuslim dengannya. Sememangnya pandangan aku adalah aku tidak layak untuknya. Totaly. Tapi itu tidak akan menjatuhkan aku. Malah kehadirannya mendorong aku untuk memperbaiki kelemahan diri sebelum panggilanNya pada aku tiba. Aku dengan Dia adalah yang paling utama untuk aku betulkan pada saat ini. Aku menyerahkan pada Dia seluruhnya untuk menentukan yang terbaik pada akhir2 masa yang masih berbaki. Perit dan sakit memujuk hati tapi pasti ada kebaikan dan hikmah disebalik apa-pon ujian dariNya. Aku akan mencari hikmah itu. Dan kasih yang hadir ini akan ku pelihara dan tidak sama sekali mengotorinya demi Dia yang maha Pengasih lagi Penyayang. Berhajat padaNya must come first always!! 

"Mati itu pasti"

Saturday, February 25, 2012

Andai dia

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Andai dialah yang Kau takdirkan untukku,
maka bukakanlah pintu hatinya untuk menerima aku sebagai teman hidupnya.

Andai akulah pelenkap tulang rusuknya,
maka Kau peliharalah hati kami agar tetap berdiri di landasan syariatMU.

Andai dia adalah yang terbaik untukku,
maka satukanlah kami pada jalan Kau Redha.

Andai dialah lelaki yang aku nantikan untuk membimbingku,
maka jadikanlah hari bersama kami kelak itu adalah hari untuk kami sentiasa
beribadat dan mengagungkanMU lebih dari sesuatu apapun.
Jadikan masjid yang kami bina itu kukuh dengan kasih sayang keranaMu dan penuh dengan kebahagiaan hidup dengan sentiasa mengingatiMu.

tapi

Andai dia bukan yang tercipta untukku,
maka Kau hapus dan lenyapkanlah perasaan yang telah lama menumpang dihati ini.
T_T

Tunjukkanlah jalan yang terbaik buat kami ya ALLAH.

Belum masanya lagi!!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Keterbatasan akal menghadkan diri melakukan perkara yang di luar dari kemampuan. Kecetekan pengetahuan mengaktifkan diri untuk lebih berhati-hati akan sesuatu tindak tanduk yang tidak terletak  dibawa perintah dan suruhanNya. Dan soalan yang diluar dari pengetahuan akal menghasilkan jawapan yang pelbagai.

" Bila nak kawin?"
" Bila jodoh sampai."

"Bila nak kawin?"
"Tidak akan kawin"

"Bila nak kawin?"
"Tak ada perasaan pon fikir pasal kawin2 ni"

"Bila nak kawin?"
"Aku tak mau la kawin."

" Bila nak kawin?"
"Tak bersedia lagi"

Inilah antara jawapan untuk megelak dan lari dari soalan sensitive yang kerap sangat dipersoalkan. Ternyata status aku yang masih single dengan umur yang semakin meningkat sering tak lepas dari menjadi topik perbualan.

Dan aku kekadang sampai tahap terguris dan naik rimas dengan soalan itu. Sampai satu tahap, aku digosipkan dengan mana2 lelaki yang juga masih single. Apa motif yang sebenar agaknya.

Just joking??

Ya maybe

Caused most of them worry about me??

I hope so.

Oh i dont know what the truly reason. Btw, i hope is caused they worried about me lillah. hurmm

Bermacam nasihat yang aku terima yeng menyeru kearah walimah setiap kali alasan ak utarakan. My answer is short but deep in my heart have long sentence to tell them the reason why. And the best sentence i have is Allah tak izin lagi. Allah know the best for me and for you.

Bukan aku tak tahu perkahwinan itu salah satu tuntutan agama dan juga antara sunnah nabi. Aku tahu tapi usaha dan pemikiran ada batas-batasnya. Btw terima kasih kerana sudi mengingatkan. Really appreciate. =)

Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasang-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?

(An-Nahl ayat 72)

“Barangsiapa yang menolak sunnahku maka dia bukanlah bagian dariku.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Sememangnya tipu besar la jika hati ini tidak memiliki perasaan yang istimewa dengan mana-mana lelaki. Ya, i have one. Tapi cukuplah ia pada pengetahuan ALLAH. KeizinanNya untuk aku bersama atau tidak dengan dia adalah diluar dari pengetahuaku. Jadi cukuplah ia hanya berada dihati. Tidak mungkin untuk aku menjalinkan sebarang hubungan atau pertemuan berdua-duan selagi tiada akad yang menghalalkan hubungan kami. Kerana aku hanya menjerat diri sendiri untuk mendapat murkaNya andai aku membenarkan ia berlaku keatas diriku.

Sakit dan perit itu pasti "Ya". Tapi itulah jalan yang diredhai ALLAH. Ujian Nya yang datang tidak lain melainkan untuk mendidik aku dan mengembalikan aku padaNya dalam keadaan yang mulia dan dikasihi. Dan sememangnya itulah tujuan aku berada di muka bumi ini. Untuk diuji.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”

(al-Baqarah ayat 214)

Ya aku diuji kerana ia adalah syarat kelayakan untuk menghuni tempat yang penuh dengan kenikmatan dan sesungguhnya itulah anugerah tertinggi bagi mereka yang LAYAK. Syurga.

Dalam hal ini, kudrat diri tidak akan mampu untuk memikirkannya. Cukup untuk mempercayai bahawa Allah sebaik-baik perancang dan perancangannya untuk aku itu pasti adalah yang terbaik. Hari-hariku yang berlalu yang sentiasa diiringi dengan kesakitan kusambut dengan senyuman lemah. Tanda betapa tergugatnya iman yang hanya sedikit ini.

And the end, aku cuba kembalikan diri untuk lebih kuat berhajat padaNya kerana ketenangan hidupku terletak "ditanganNya". Moga dengan itu aku redha akan takdirNya keatasku.

notahati: Mungkin aku tidak layak untukmu dihayat ini, tp ak harap ak akan bertemu mu di akhirat nanti yakni syurga. Moga kita berdua layak untuk tempat itu. insyaALLAH.....Jom gandakan usaha!! 

notahati: Cinta ak padaNYA masih hanya sebesar zarah sedangkan kasihNya padaku mendahului kemurkaanNya padaku. Sesungguhnya sisa hidup dan peluang yang aku ada tidak lain adalah untuk mengejar cintaNya. Memperbaiki kelemahan diri. Dan masa inilah untuk aku mempersiapkan diri andai ALLAH izin untuk aku berjuang-juang bersama-samamu kelak. Moga kamu juga akan menyiapkan diri k..=)

"Matlamat tidak menghalalkan cara"

Tuesday, January 3, 2012

-bubling-

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..

The world is too wide bukan?. So dont worry about the small matter. Wherever you are, you will never leave with KEBULUR as long as u keep effort and trust HIM. See!..Allah maha baik bukan..

Dalam kitab Shahih Muslim terdapat hadis yang menyebutkan:

Dari jabir, ia berkata: saya pernah mendengar Nabi Saw. bersabda: “Amal saleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam surga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah.

-Riwayat Muslim-

Chop2. But it not means that you  just wait rahmat ALLAH come to you..seems like you give yourself untuk dihanyutkan oleh Dunia. huhu...untuk mendapatkan sesuatu kena dengan sesutu. sesuatu means qualifications kita la. Layak ka kamu??

Sebabnya firman ALLAH:

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Sememangnya hidayah itu milik ALLAH dan Dia akan beri pada sesiapa yang Dia kehendaki. Tapi ia perlu dicari untuk melayakkan diri memperolehnya. Ala..seems kita nak tambat hati seseorang la. I mean husband kita maybe..Must show ur  effort dan kehebatan diri dulu. Baru dapat melayakkan diri. Same like with our creator ni la. Malah kena lebih usaha lagi. Sebab Dia lah yang arrange our live. Nak ending yang baik maka kenalah dapatkan rahmat n redha dari DIA...

Hey kamu!!...U ar very special u know. Its ok if u act like u nothing towads others but important to u to think that u ar very very very good and special towards HIM..

So reduce doing wronged matter k.  i think u know that u body tired for doing smthing that ALLAH tak suka..hanya mengundang kemurkaanNya aja..takut ooo..NERAKA is painful place...remeber it!!