Pages

Saturday, February 12, 2011

Cemburu @ jealous

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Mempertikaikan

Si dia lebih bijak
Si dia hidup senang
Si dia mengatasi prestasi anda
Si dia ramah dengan orang lain
Si dia selalu dipuji

anda CEMBURU??

tepuk dada tanya hati..

Bila perkatakan tentang cemburu, saya rasa sayalah manusia yang paling kuat cemburu. Ada-ada sahaja perkara yang nak dicemburukan. Hati pun apa lagi. Selalu sangat lah menghadapi keretakan. (muhasabah diri)

Bagi saya cemburu bukan lah sesuatu sifat yang tidak sihat sepenuhnya. Ada cemburu yang elok dan ada yang sebaliknya. Dalam erti kata lain, ada cemburu positif. Dan ada cemburu yang negatif.

Cemburu positif

 Dalam soal study misalnya, dengan cemburu akan kejayaan orang lain memberi kesan
 pada motivasi diri dalam membangkitkan semangat untuk berusaha 
dengan lebih gigih lagi.

Cemburu negatif

Cemburu dengan kejayaan orang lain sehingga si dia mnjadi bahan umpatan atau  mengata yang bukan-bukan. Sangat malang pada situasi ini kerana kesan bukan hanya pada mulut kita tetapi kondisi ketenangan 
hati juga akan turut terjejas.

Kisah disebalik cemburu

Cemburu pertama wujud adalah cemburu Iblis kepada Nabi Adam. Apabila Allah menyuruh Iblis sujud pada Nabi Adam, Iblis enggan. Iblis merasakan dirinya lebih bagus dari Nabi Adam. Iblis cemburu kerana Allah memberikan penghormatan yang begitu tinggi kepada Nabi Adam. Akibatnya, Iblis dicampak keluar dari syurga dan kini tempat tinggal abadinya adalah di dalam neraka.

Cemburu dua orang beradik (Putera Nabi Adam) iaitu kisah Habil dan Qabil. Qabil tidak puas hati dengan Habil kerana Habil akan dinikahkan dengan Iqlima (saudara kembar Qabil) yang jauh lebih rupawan dari Labuda (saudara kembar Habil). Ini kemudiannya membawa kepada adegan-adegan dramatik yang mencemaskan. Klimaks kepada kisah ini adalah Qabil tergamak membunuh Habil. Ini kes cemburu pertama dalam sejarah manusia, dan cemburu pertama ini juga telah membawa kepada tragedi pertumpahan darah yang pertama di atas muka bumi ini.

Abu Faraj menjelaskan dalam An-Nira bahwa menurut Mu’awiyah terdapat tiga macam kemuliaan, yaitu sifat pemaaf, mampu menahan lapar dan tidak berlebihan dalam memiliki rasa cemburu (yang tidak pada tempatnya). karena berlebihan itu merupakan hal melampaui batas dan merupakan suatu kezhaliman terhadap pasangannya.

Menurut Imam al-Ghazali pula di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa manusia jenis yang kuat hasad dan cemburu, apabila diceritakan kepadanya kesenangan yang diterima oleh orang lain, hatinya akan jadi benci dan resah. Apabila dia mendapat tahu musuhnya ditimpa musibah dan nasib malang, hatinya akan menyanyi keriangan.

Bagi saya,tidak salah nak cemburu dengan kejayaan seseorang. Cuma jadikan sifat tersebut sebagai pendorong untuk kita lebih maju ke hadapan. kita tidak tahu yang tersirat. Mungkin sahaja Allah beri dia ujian kejayaan, Allah bagi kita kegagalan. Mungkin itu yang terbaik untuk kita. Entah kalau dia mendapat kegagalan, kejatuhannya lebih besar dan kalau kita pula berjaya, tak mustahil kita lupa akan sang pencipta. Na'uzubillah.
Allah Maha Mengetahui. Mungkin Allah rindu dengan rintihan kita. Atau mungkin kejayaan itu sekejap sahaja lagi kerana Allah ingin menguji kesabaran hambaNya. Bersama-samalah kita  berdoa dan bertawakkal kepadanya.

Saya insan yang sangat lemah.Masih dalam proses mencari diri. Tangga pertama plak tu. Jauh lagi perjalanan. So, selalu dihimpit dengan sifat-sifat yang negatif.  Lagi-lagi sifat cemburu. Selalu sahaja menganggu pemikiran. Sampai perkara yang tidak patut pun turut dicemburui.(muhasabah kembali)

Apapun tahap cemburu dalam diri, yang pentingnya belajar untuk berlapang dada dan bersyukur dengan segala pemberiannya. Moga dengan itu, hati tidak akan bertindak  melampaui batas dan melanggar syara' yang telah ditetapkan.

Renungan buat kita

"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia".
 [hadis riwayat Muslim]

wallahua'lam

~Sekadar bicara hati~

No comments:

Post a Comment