Pages

Sunday, February 6, 2011

Hati

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Travel "hati"

Sejauh mana kita mengenal?
Sejauh mana kita mengetahui kondisi sebenar?
Sejauh mana kita cuba merawat?
ANDA BERUSAHA??

Ketahuilah, bahwa di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, jika segumpal darah itu baik, maka seluruh tubuh akan menjadi baik, tetapi jika segumpal darah itu rusak, maka seluruh tubuh itu akan rusak. Ketahuilah! Bahwa yang demikian itu adalah hati.
(Al-Hadits)

Hatilah yang pada hakikatnya taat kepada Allah Ta’ala, sedang ibadah-ibadah yang dikerjakan oleh anggota badan itu adalah penjelmaan dari cahaya hati, sebaliknya hati jugalah yang derhaka dan ingkar kepada Allah Ta’ala, sedang kejahatan-kejahatan yang terjadi pada anggota badan itu, merupakan pantulan sinar gelap yang membekas di hati. Jadi dengan bersinarnya hati, akan muncullah kebaikan-kebaikan dzohiriah dan dengan gelapnya hati, akan muncul pula kejahatan-kejahatan, kerana tiap-tiap perbuatan itu dek kerana percikan dari apa-apa yang ada di dalamnya.

Maka manusia apabila telah mengenal hatinya, bererti ia telah mengenal dirinya sendiri dan seterusnya ia akan mengenal Tuhannya. InsyaALLAH. Sebaliknya, apabila ia tidak mengenal hatinya, bererti ia tidak mengenal dirinya sendiri dan malangnya ia akan jahil terhadap Tuhannya. Barang siapa yang tiada mengenal hatinya sendiri, maka ia lebih tidak akan dapat mengenal hati orang lain. Kerana kebanyakan manusia itu apabila tidak mengenal hati dan diri mereka sendiri, maka mereka akan terdinding dengan diri mereka sendiri. Dan sesungguhnya Allahlah yang mendindingi antara manusia dan hatinya, sehingga dengan adanya dinding itu ia tercegah (terhalang) dari musyahadah, muraqobah dan mengenal sifat-sifat Allah.

Sesungguhnya dengan cuba mengenal "hati" akan membuka jalan untuk mengenal penciptaNYA. Dan ia bukanlah perkara yang mudah. Memerlukan kesungguhan dan usaha yang gigih kerana ia akan disusuli dengan proses perawatan yang memakan masa. Mereka yang tidak cuba mengenal hati mereka sendiri tidak akan dapat mengenal penciptaNYA apatah lagi untuk mengingatiNYA. Dan itu satu kerugian yang sangat BESAR. 

Firman ALLAH:

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada ALLAH, sehingga ALLAH menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang fasiq

(QS. Al-Hasyr: 19)

Wallahua'lam..

~Sekadar Bicara Hati~

No comments:

Post a Comment