Pages

Wednesday, February 9, 2011

Bersangka Baik

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.w

Fitrah manusia kadang-kadang sukar untuk bersangka baik. Termasuk saya. ke saya saja yang selalu gagal bersangka baik. Wallahua'alam.

Pelbagai prasangka yang selalu bermain di minda. Kadang-kadang baik dan sebaliknya. Dan selalunya prasangka yang buruk akan memberi kesan negatif pada diri sendiri dan tidak hairan juga jika ia terkesan pada orang lain. Hajat dosa saya ini dimaafkan pada mereka yang berkenaan. 

Saya insan yang penuh dengan kelemahan.

Sama-sama kita lihat beberapa kategori prasangka yang selalu berlaku dalam kehidupan kita.

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Satu perkara atau perbuatan yang kita lihat mempunyai pelbagai kesimpulan yang boleh diputuskan.

siapa tahu

yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
yang senyum itu kerana bersedekah
yang masam itu kerana mengenangkan dosa
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Semuanya bergantung bagaimana kita melihat dan menafsirnya.

Hakikatnya mengetahui theory tapi gagal mengaplikasikan dalam perbuatan. Sungguh sia-sia pengetahuan itu dan betapa ruginya individu itu.

IKLAN!

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya
kayu dimakan api
(peringatan buat saya dan anda)

Kesukaran dan kegagalan untuk memujuk hati bersangka baik memang tidak dinafikan. Mudah bagi mereka yang berkeyakinan boleh dan berfikiran positif sebaliknya sukar bagi yang tidak berkeyakinan dan selalu berfikiran negatif. 

Walau apapun, mari kita sama-sama mencuba demi kebahagiaan kita dunia dan akhirat. 

Apa yang paling penting, bersangka baiklah dengan ALLAH. Setiap perkara baik atau buruk yang berlaku pada diri kita ada hikmah disebaliknya. JANGAN kiranya ujian yang gagal kita tempuhi mnyebabkan bencinya kita pada DIA. Dan lupanya kita pada nikmat yang telah DIA berikan. Nauzubillah.  Sentiasalah bersyukur dengan segala bentuk pemberianNYA.

Percaya dan yakinlah bahawa

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Bila bersangka baik, hati pun tenang..hidup jadi happy dan ceria.

Muhasabah buat diri ini.

~Sekadar Bicara Hati~

No comments:

Post a Comment