Pages

Tuesday, February 8, 2011

Tenanglah wahai hati

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Marah??

Mereka tidak memahami
Ego diri dicabar
Perasaan hati di lukai
.......
Ada banyak lagi asbab kearah perasaan itu

PERSOALANNYA

Kenapa mudah sangat MARAH??
Kenapa biarkan Ia menguasai hati??
Kenapa marah sehingga merosakkan hati sendiri??

Marah bagi saya kekadang perlu jika marah itu adalah untuk kebaikan.  (Marah kerana sayang gitu). Tetapi hendaklah marah itu tidak menguasai hati hingga mengganggu ketenteraman dan ketenangan jiwa kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah

(Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Rasulullah s.a.w menganjurkan kita supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah:

 "Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!"

 (Riwayat al-Bukhari).

Mengatasi Marah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

 "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)."

 (Riwayat al-Tirmidzi).

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia   mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api."

 (Riwayat Abu Daud).

Situasi MARAH

Ketika kita marah seseorang, adalah sesuatu yang amat penting untuk kita memalingkan muka kita ke arah lain. Rasulullah SAW telah berpesan agar kita  memalingkan muka kita ketika kita marah.
Kenapa? Apabila kita marah, kita berada di fikiran bawah sedar di mana fikiran tidak dapat mengawal diri. Ketika ini, jika kita marah sambil melihat muka orang yang kita marah (sahabat, anak, atau sesiapa sahaja) kita telah menanamkan wajah mereka sebagai orang yang membuatkan kita marah tanpa disedari. Kita telah memprogramkan fikiran kita tanpa sedar.
Maka setiap kali melihat wajah mereka, walaupun pada ketika itu kita tidak marah, ia boleh membawa kita kepada perasaan marah disebabkan informasi yang telah tersimpan menyatakan bahawa kita mesti berasa marah apabila melihat wajah mereka.
Rasulullah SAW menasihatkan kita untuk memalingkan muka ketika marah. Ada juga nasihat Rasulullah SAW meminta kita duduk ketika marah. Semuanya adalah berkaitan dengan otak kita.

Antara Pesan Rasulullah
1. Selalu bangun sebelum subuh.
Rasul selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh, melaksanakan solat sunat & fardu solat subuh berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain:-

- berlimpah pahala daripada ALLAH
- Kesegaran udara Subuh yang baik untuk kesihatan/terapi penyakit TB
- Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan perasan

2. Tidak marah
Nasihat Rasulullah "Jangan marah" diulangai sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Antara terapi untuk menahan marah :

Membaca Ta'awwudz, kerana marah itu dari syaitan
- Mengubah posisi marah , bila berdiri maka duduk dan bila duduk berbaring
 - segeralah berwudu'
- solat dua rakaat untuk meraih ketengan dan menghilangkan kegundahan hati.

Setiap ujian yang datang, tidak datang hanya dengan kesulitan. Tetapi diiringi dengan kemudahan. Moga hati ini akan kembali tenang.

~Sekadar bicara hati~

No comments:

Post a Comment