Pages

Monday, September 26, 2011

Allah, Aku ingin kembali padaMU!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Setinggi kesyukuran ku panjatkan padaNya yang ESA kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya, aku masih punya kesedaran untuk merasai nikmat iman (walau sentiasa goyah) dan memperbaiki tiap kelemahan diri. Sesungguhnya aku hamba yang hina yang sentiasa memerlukanNya untuk tiap apa yang aku lakukan dimuka bumi ALLAH ini. Dan aku mengakui sejujurnya, aku adalah milikNya. Juga apa yang ada diatas muka bumi ini juga adalah milikNya termasuklah kamu wahai sahabatku. Kita hanya diberi pinjam untuk semua nikmat itu. Dan bila tiba masanya, semuanya akan kembali padaNYA.

Hari demi hari kita lalui. Masa yang dahulu itu terus berlalu dan masa yang akan datang ni meminta kita menghargai sebaiknya kerana masa tidak berpatah balik. Yang tinggal hanyalah penyesalan untuk masa yang terabai bila kita tidak menggunakan sebaiknya. Dan aku hambaNya yang lemah telah mensiakan banyak peluang dan masa yang telah Dia berikan. Sedih..Kecewa..Menyesal..Ya,perasaan itu terus akan terus mengganggu. Tapi aku tidak akan kalah dengan sejarah yang telah berlalu. Yang berlalu adalah untuk dijadikan ikhtibar dan memperbaikinya untuk masa akan datang. Seperti entry yang baru2 ni, siapa kita sekarang tidak menjanjikan itulah diri kita dihadapanNya nanti. Kita masih boleh melakukan perubahan dan memperbaiki diri dengan izin dan masa yang ALLAH kurniakan. Kita mampu untuk menjadi lebih baik. Kita mampu!. Yang penting kita kena yakin, percaya, nekad dan berusaha. Allah pasti membantu. Dia adalah sebaik pencipta yang sentiasa mendahulukan kasihNya daru murkaNya. Allah!..

Letih menjaga hati ini
Sakit mengabaikan dan diabaikan
Peritnya ditusuk dengan duri-duri
Sungguh perasaan ini sukar untuk dikawal
Meronta-ronta memujukku untuk melakukan kemungkaran padaNYA tanpa berputus asa
Sikit demi sedikit dan menjadi banyak tingkah ini membelakangkanNya
Mujahadah memang bukan perkara yang mudah
Sungguh aku sangat penat, kaki terkulai, lemah dengan nafaz yang semakin sesak.

Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur denganMu ya ALLAH. Dengan tiap kesukaran dan kesakitan yang Kau berikan inilah menyedarkan aku dan sentiasa mengingatkan Aku padaMu. Aku menangis mengenangkan tak malunya aku terus melakukan kemungkaran padamu padahal Kau terus menyedarkan aku tanpa henti. Ya Allah, Ampunkan aku. Aku juga takut pada kesenangan dan Kemudahan yang Kau berikan. Takut ku jika aku akan terus bongkak dan lupa padaMu. Takut ku kufur. Astagfirullahal'azim

Setiap apa yang kita lakukan akan ada imbalannya. Baik tindakan kita, pahala menanati. Mungkar yang kita lakukan, dosa memberatkan timbangan amal.
Maka jangan pernah berhenti mengejar cintaNYA. Dia pasti akan menghapuskan dosa-dosa kita dan menggantikannya dengan pahala. Ya, Dia akan mencucuri rahamat keatas kita. Subhanallah.

Tersilap langkah??
Banyak berrbuat dosa??
Mengabaikan amanah dan tanggungjawab??

Kembalilah padaNya. Mohonlah keampuanan dan kekuatan padaNya. Dia maha penerima taubat. Dia Maha Pengampun wahai sahabat2 ku. Jangan diteruskan lagi langkah yang salah itu. Jangan terus menerus berbuat dosa dengan sengaja. Jangan terus mengabaikan tanggungjawabmu dikala kamu mengetahui kesalahan itu. Baliklah pada fitrah kejadian kita. Kitalah khalifah ALLAH. Kita sebaik-baik umatNya. Sedarlah semula siapa diri kita yang sebenarnya.

katahatiku: Terus melalui sisa-sisa hidup dengan penuh pengharapan aku akan kuat     berhadapan dengan kesesakkan dunia, nafsu yang bermarajalela dan iman   yang terus berpusing seperti roda.  Moga pegakhiran hidup kita, iman berada di roda atas. Ameen.

No comments:

Post a Comment