Pages

Sunday, June 5, 2011

Bicara hati

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Pelihara cintamu!

Soal kamu suka siapa, sayang siapa, siapa sayang kamu dan suka kamu, biarlah rahsia antara kamu dan dia. Bukan maksudnya, rahsia kamu bebas berhubungan dengan dia. Maksudnya adalah kamu dan dia ada hubungan atau perjanjian. Lebih baik, perhubungan dan perjanjian ini dikawal oleh keluarga. Alternatif paling bijak adalah bertunang. Kemudian, kamu hidup dengan cara kamu, begitu juga dengan dia. Sekiranya ada perkara penting yang memerlukan perbincangan, maka kamu dan dia boleh berbincang. Sekiranya tiada, maka cukuplah kamu mengetahui yang dia masih hidup, tidak sakit dan dia juga begitu.

Seandainya tiada izinNya untuk ke proses itu pada ketika itu, maka hiduplah tanpa sebarang hubungan dengannya. Kerana itu adalah yang terbaik buatmu. Cukuplah untuk kamu berusaha mengejar dan mendapat cintaNya. Kerana cinta dan kasihNya lah yang paling utama dalam hidupmu yang perlu kamu
utamakn pada ketika itu. 

Sukar menahan perasaan??..Ya tersangatlah sukar kerana kategori itulah yang disebut mujahadah. Dan mujahadah itu sememangnya bukan sesuatu perkara yang 
mudah kerana Syurga itu juga bukan tempat 
yang murah dan mudah untuk ditempati. Ia sesuai dengan pengorbanan kamu.
 Pengorbanan yang suci mengejar cintaNya.

Bukan Dia tak tahu sakit peritmu
Bukan Dia tak tahu perasaan hatimu
Bukan Dia tak tahu kelukaanmu
Bukan Dia mahu menghancurkan hatimu

Tapi Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu
Dialah yang menghantarkan perasaan itu pada kamu
Dia tak perlu asbab dan keizinan kamu untuk apa yang patut Dia lakukan
Dia Maha Mengetahui.
Miliknya apa yang ada dilangit dan bumi
termasuk juga kamu

Sememangnya
Dia mahu menguji hatimu
Dia mahu menjadikan kamu kuat dan tabah
Dia mahu menjaga hatimu
Dia mahu kamu bermujahadah dan mendapat cintaNya
Bukan kah itu yang kamu kejarkan selama ini??

Setiap dariNya adalah ujian yang boleh menjadi dua perkara:

1. Menghapuskan dosa-dosa mu yang lalu
2. Menguatkan dan menjadikan kamu seorang yang layak untuk syurganya

Tapi, itu seandainya kamu berjaya melepasinya tanpa membelakangkanNya iaitu mengambil kira pandangaNya

kalau tidak, dua perkara lainnya yang akan menemani kamu:

1. MurkaNya
2. NerakaNya

Nauzhubillahiminzalikh..Maka segeralah bertaubat andai hati terleka dan terlalai. Kerana ampunan dan rahmatNya mendahului kemurkaanNya. Dia Maha Pengampun akan dosa hamba-hambaNya.

Maka, sekarang adalah tugas kamu untuk membuktikan yang kamu adalah sebaik-baik makhlukNya.

FirmanNya:

You are the best of Peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah. If only the People of the Book had Faith, it were best for them: among them are some who have Faith,
but most of them are perverted transgressors.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia; kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (yakni kufur) serta kamu pula beriman kepada Allah dengan benar-benar iman; dan kalaulah ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasrani itu) beriman sebagaimana yang semestinya tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka.Tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.

(Ali-'Imran:110)

Matlamat tidak menghalalkan cara. Berhati-hatilah dengan perjalanan hidupmu!. 
"dia" sungguh ghairah berjuang untuk memesongkan hatimu. 

notahatiku : Membuat pilihan adalah diri kamu. Maka pastikanlah pilihan yang kamu itu adalah pilihan yang sebenar- benar benar dan berlandaskan padaNya fully..
notahatiku : Jawapan ada padaNya. Istikharah cinta.

No comments:

Post a Comment