Pages

Monday, May 16, 2011

Sijil oh sijil !

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah. BantuanNya mengatasi segalanya. Tampak simple je kan nak buat sijil ni. Hanya perlu buat sedikit ayat kmudian print. Tapi sebaliknya yang berlaku.

Alkisah kekangan demi kekangan yang muncal

Bermula dengan mengenali siapakah dia puan laili. Erk pelik. Duduk KTD dah hmpir 3 tahun tapi lecturer yang sedikit ni pon tak leh nk kenal. Jgn kan kata anda, saya pon pelik napa saya jadi kurang peramah sejak dua menjak ni. Kenal je rupa tapi tak kenal nama. 

Berurusan dengannya memberi saya pengalaman baru yang sangat tak dapat dilupakan. 

Saya : Assalamualaikum..Pn aida kan??

Pn laili : Walaikumsalam..hah?..Aida??

Saya : Eh, puan lecturere DDZ kan?

Pn Laili : Ye saya lect DDZ tapi nama saya bukan Aida

Adeh!..Aku terlupa nama. Memandang sekeliling dengan harapan adelah nama Pn yang terlekat mana-mana..
Alhamdulillah, dengan izinNya aku jumpa cari nama itu.

Saya : Pn Laili kn?

Pn Laili : (Senyum sengeh melihat telatah kalut saya). Ye saya. Ada apa?

Cerita la tentang buat sijil untuk dinner DDE ni. Sembang punya sembang rupanya Pn tak buka lagi email yang  En Rahim kirim pada Dia. Bermakna sijil itu tak buat langsung lagi la. Lidah terkelu seketika mengingatkan program yang hnya tinggal sehari saja lagi. Act, saya nak je direct gi jmpa Pn ni mggu lalu, tapi atas nasihat mereka saya tangguh dahulu kerana ini urusan staf, student tak leh la direct gi jumpa. Kenalah melalui orang atasan.

Saya : Pn boleh tak klo kita settlekn benda ni hari ni?

Pn Laili : Boleh, tapi...awak ada kelas ke skang?

Saya : (Dengan ketidakjujuran)Tak de puan...

Pn Laili : Bolehlah klo camtu. Awak bantu saya urus benda ni..

Hati ini beristighfar kerana jawab menipu. Act ade je kelas. Tapi sensitif hati tidak sanggup klo sijil itu tak dapat di siapkan.

Saya : Apa y sy kena buat Pn?

Pn Laili : Awk cuba dapatkan sijil kosong

Saya : Boleh

Haha. Langkah terus ke HEP, kerana mereka ada bekalkan sijil. Staff Kasmini cuba membantu saya untuk dapatkan sijil kosong tu dan meminta saya datang kemudian kerana sijil kosong di bahagian mereka dah habis stok.

Dipendekkan, setelah berjumpa Pn utk menyampaikn maklumat, Pn meminta saya berjumpa En Affendy untuk tanya tentag sijil kosong dan chop logo KTD. Sekali lagi saya tidak mengenali siapa dia En Affendy. Allah izin dia takde dan setelah berurusan dgn cik aimi, dia meminta utk saya datang selepas zohor.

Kemudian saya terus berjumpa En Asri utk mngetahui status printer color. Alhmdulillah Allah permudahkan. Misi dapat diteruskan.

Act pejalanannya tidaklah semuda penceritaan di atas. Berita En Affendy keluar dan akn masuk pada waktu petang, sijil kosong tak cukup, ink printer yang hanya tinggal sedikit, dan ada pula khabar angin yang En Affendy cuti membuat saya terduduk.

Memikirkan sedalamanya rancangan seterusnya. Dan hampir sahaja menerima cadangan untuk menggunakan scroll kosong. Tapi hati yang bersifat sensitif ni terkenangkan sahabat2 yang baru menerima anugerah. Sebenarnya perkara kecil je pon. Dan mungkin sahaja mereka tidak kisah. Tapi aku kisah. Sangat2 kisah. Takkan mereka tak de gambar kenangan dengan sijil ori kot. Tambahan pula ada yang tidak berniat untuk sambung belajar lagi. Hati tak sampai hati membenarkan itu berlaku. Dalam keadaan yang rasa tidak berdaya dan nak putus asa, airmata berguguran memohon pertonlongan dariNYA. Terduduk di kerusi rotan itu dengan kebuntuan. Berperang dengan jiwa yang mula bersifat manja.

Berulang alik berjumpa Pn laili. Sungguh terharu melihat ketekunan Pn menyiapakan typing ayat pada sijil itu dihadapan laptopnya. Hati bersemangat semula. 

Meneruskan misi dengan harapan akan berhasil..Pukul 4 tepat, suhaili datang dengan sijil kosong. Hati senyum gembira. Tapi nmkpanya tidak semudah itu. Suhaili silap beli sijil. Terbeli yang siap ada chop merah. Dalam keadaan yang sgt kasihan mlihat keletihn suhaili, terpaksa juga memintanya utk menukarkannya. Huhu. Timbul menyesala dalam hati. Klo lah aku teruskan lesen motor ku dulu pasti aku sahaja y p beli. Tak sggup lg rasanya menyusahkn dia.

Apa khabar buku?..Ini lagi lah tidak mampu tuk disentuh. Saya klo sibuk berprogram memang tidak akan boleh fokus klo kerja tak beres. Alahai bila la nak berubah.

Kul 4.40, suhaili datang dengan sijil yang benar. Tanpa buang masa terus menuju ke Lab. En Asri yang mula membebel meminta saya cepat kerana dia nak tutup lab kul 5. Satu demi satu sijil itu saya print dengan doa agar ink tidak habis. Alhamdulillah semua sijil dapat diprint walaupon ade la 2 org sahabat yang menumpang print gambar baju 4 helai. Print full color plk tu. Disaat ini btol2 berserah pada ketetapanNya.

Tamat kisah sijil last minute...

Alhamdulillah sangat2. Memang tak menyangka ALLAH membenarkan ini terjadi. Detik2 putus asa ku kenang semula. Sangat manis saat itu bila dikenang semula. Benarlah janji Allah itu. Bila kita inginkan sesuatu yang baik, Dia pasti membantu. Dan dalam bantuanNya itu juga akan diiringi proses mendidik hati hamba2 Nya. Perkara yang pada mulanya amat mustahil akhirnya berjaya dilakukan dengan izinNya.  Pengalaman bersama mereka2 ini memberi buah ingatan yang indah pada diri ini. Thanx to all of you.

Firman ALLAH:

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Kalaulah aku berputus asa di tengah hari itu, pasti tidak kurasa nikmat perasaan ini. Alhamdulillah..Thnx Allah..<Sangat bersyukur dalam keletihan> :)

p/s: Kepada anda yang membaca entry ini, maaf sgt2 atas kemerepekan jari jemari ini menbuat tarinya.

p/s : Untuk anda juga, marilah kita sama2 berusaha membawa hati kita padaNya. Moga kita antara mereka   yang layak mendapat tempat yang baik dihadapanNya. insyaALLAH.

No comments:

Post a Comment